. Udara pagi yang sejuk dan segar dihirup oleh Anna di balkoni apartment miliknya.
Betapa lega nafasnya, ia juga sekaligus menaikkan semangatnya untuk yang menghadapi hari yang penuh bermakna bagi dirinya.
"Babe..Anna, awak kat mana ni? dah ready ke? " Suara Hani memecahkan kesunyian dalam rumah.
Sambil berjalan ke arah balkoni, dia menyeru nama Anna berkali-kali.
"Booooom..." Eh, mak kau boom...mak kau boooom" hahaha la kau ni Hani, adoiii sakit perut aku ketawa tau.
Astaghfirullahalazim, Ya Allah... Anna! Nasib baik aku tak ada lemah jantung.
Kalau tidak, kau ziarah aku kat kubur je.
"Lah, Hani janganlah cakap macam tu.
Kau tahu kan, kau satu-satunya kawan baik aku, im sorry ok.
Kalau kau tak ada dalam dunia ni nanti aku keseorangan, aku takut.
" "Amboi, aku gurau je..lah.
Tak yah nak buat muka kesian macam tu.
Seorang kat dunia ni konon...cheh.
Habis tu, buah hati kau Amsyar tu nak campak kat mana? Pastu, ayah dan abang kau tu pula kau letak mana pulak? Pandai kau buat drama sentimental eh.
" "Hehe gurau dengan kau seorang je pun.
Aku mana ada kawan lain.
Semua nak berkawan dengan aku pun sebab aku anak Dato.
Kalau tak, mana dia orang nak kawan dengan budak nerd macam aku ni.
" Anna duduk di kerusi sofa bersebelahan dengan Hani dan memeluknya.
"Dah, naik rimas aku, kau peluk macam ini.
Jom kita breakfast, pastu teman aku pergi Uni dan collect jubah.
Bulan depan konvo, aku masih belum ada baju yang sesuai pun.
" Hani membelek baju-bajunya dalam bakul pakaian di ruang tamu.
Tak yah risau pakai je dress hitam labuh with crystal stone yang aku baru beli tu, mesti cantik.
What?? No way.
Kulit aku ni tak secerah kulit kau tu, kalau tak dah lama aku rembat baju tu.
By the way you definitely will look stunning in that dress.
Ok jom..dah lambat ni.
Nanti kawan-kawan marah kalau kita lewat.
******************************** Flashback "Anna, papa dan abang pun sedih atas kematian mama tapi kita tak boleh begini sayang.
Jom turun makan, berapa lama Anna nak kurung diri dalam bilik mama.
" "Anna tak nak, please just leave me alone", suara tangisan anak bongsu Dato Rizal membuatkan dirinya sebak.
Sudah seminggu arwah ibu Anna meninggalkan mereka akibat penyakit kanser hati.
Ayah dan abang Anna sudah buntu dengan idea untuk memujuk Anna.
Kemunculan Siti Yuhani Binti Mo yang merupakan kawan persekolahan Anna sejak kecil telah mengubah hidup Anna.
Dialah satu-satunya kawan baik Anna yang sentiasa bersamanya selepas kematian ibu kesayangannya.
Sejak Anna menjadi murung ketika umurnya 15 tahun, dia enggan bercakap dengan sesiapa pun.
Ayah dan abangnya sendiri pun dihalau keluar dari biliknya, kalau tidak kerana Hani yang datang membawa kek harijadinya untuk Anna, mereka mungkin tidak serapat seperti sekarang.
Assalamualaikum Anna,boleh aku masuk? Anna yang baring di atas katil bangun dan duduk disisi katil.
Tak jawab dosa tau.
Waalaikumsalam.
jawab Anna dengan lemah.
Actually, its my birthday today.
I bought your favourite cake, chocolate cheese.
Nah, cuba rasa, aku suapkan eh.
"Chocolate cheese?" Anna menggaru kepalanya lalu memandang Hani dengan pelik.
Yes, your favourite kan?" Tapi awak tak suka cheese! Its your birthday, aren't you supposed to buy your favourite cake?" Hani terus sumbatkan kek itu kedalam mulut Anna.
Krim pula dicalit di atas hidung Anna.
Sumber:Internet