. Sudah seminggu Anna mengurungkan diri di biliknya, segala panggilan dari Amsyar ataupun Hani dielakkan.
Telefonnya dimatikan dan dicampak di tepi katil.
Menurut Mak Yah abangnya Aryan akan balik hari ini ke Malaysia dan papanya pula akan balik selepas 3 hari.
Dia sudah tidak peduli akan hal-hal yang berlaku disekelilingnya.
Jiwanya kosong, mindanya pula dibelenggu dengan sejarah hitam yang berlaku atas dirinya.
Cik Anna...... Cik Anna......ketukan di pintu semakin kuat.
Pintu dikuak dari dalam, Anna melihat Wanti yang tersengih-sengih.
Kawan Cik Anna, En.
Amsyar tunggu kat bawah ni.
Muka Anna berubah menjadi takut.
Dia masih tidak bersedia untuk jumpa sesiapa pun pada masa ini.
Bukan setakat Amsyar tapi kalau boleh dengan Hani dan kawan-kawan yang lain pun dia tidak ingin bertemu.
Dia tidak kuat memandang mata Amsyar.
Dirinya kotor! Dia dalam dilemma samada menceritakan segala kebenaran pada Amsyar atau merahsiakan segala-galanya.
Tangan mula terketar-ketar.
Sejak peristiwa hitam yang menimpa dirinya itu, tangan kanan Anna selalu terketar-ketar bila dia menjadi panik atau berhadapan dengan kaum adam.
Malah ketika papa dan abangnya Aryan bersamanya hari itu, tangannya mula mengigil.
Dia tidak dapat mengawalnya walaupun dia sedar dan dia tahu bahawa papa dan abangnya adalah antara orang yang paling menyayanginya.
"Cik Anna! Cik Anna! dah tunggu lebih setengah jam di bawah.
" Wanti seperti serba salah untuk meneruskan ayat seterusnya.
Selepas menilik muka Anna beberapa kali, dia menyambung kata-katanya.
"Dia pesan kalau Cik Anna tak turun dalam 5 minit lagi, dia akan naik atas sebab dia dah tak sabar menunggu buah hatinya.
' Anna tiada pilihan selain berhadapan dengan Amsyar.
Ya, dia tekad untuk jujur dan menceritakan segalanya kepada tunangnya.
Am mencintai Anna sepenuh hati, dia tidak mahu menipu Am.
Anna keluar dari biliknya dan menuruni tangga ke ruang tamu.
Dilihat Amsyar yang berpakaian kasual, sungguh segak dan senyuman Amsyar mebuatnya jiwanya memberontak.
Anna sangat merindui senyuman telus Amsyar.
Kalau bukan diperhatikan oleh Mak Yah dan Wanti pasti Amsyar sudah dipeluk dan Anna akan nangis sepuasnya di dada Amsyar.
Dear, are you ok? Wajah pucat lesi Anna menimbulkan pelbagai soalan di minda Amsyar.
Yes im ok.
Dear, Am nak tahu, kenapa balik Malaysia without my knowledge.
Aryan yang bagitahu yang dear dah balik.
I am shocked.
Dari penjuru, Anna dapat melihat Mak yah, Wanti dan beberapa pembantu rumah yang lain mencuri dengar perbualan mereka.
Wanti yang terlebih tersengih-sengih melihat Amsyar.
Wanti memang suka gedik bila jumpa mana-mana lelaki kacak.
Anna tahu, rumah agam mereka bukan tempat yang sesuai untuk menceritakan segalanya pada Amsyar.
shall we go out for fresh air? I will explain everything to you dan Anna ada sesuatu juga yang nak bagitahu Am.
Sure dear.
Am dah ambil cuti hari ini .
I want to spend the whole day with you.
Arfan invited me and another friend for business dinner in your house tonight so Am ingat nak bincang pasal wedding kita lepas itu.
3 bulan bukan masa yang lama.
Anna hanya mengangguk.
Sumpah tiada apa yang masuk dalm kepalanya sekarang.
Dia hanya bingung fikir bagaimana dia hendak membuka cerita tentang dirinya yang baru.
Sepanjang perjalanan menuju ke Tasik Titiwangsa, Anna hanya memandang ke luar tingkap.
Hanya Amsyar seorang yang bercakap, sekali-sekali Anna menjawab.
Setibanya di tasik titiwangsa, Am cuba mencapai pergelangan tangan Anna semasa mereka berjalan ke arah tasik tetapi Anna mengelak dan memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
Sentuhan lelaki padanya sangat menakutkan, ia seolah-olah mengingatkan dirinya kepada mimpi ngeri itu.
Sumber:Internet