. 'Adik......my baby girl, please dengar cakap abang.
Letak pisau dan kaca itu jauh-jauh.
Abang bawa Anna turun pergi klinik ya sayang.
' Anna menggeleng kepala seperti orang yang kehilangan waras.
No!...No! Jangan datang deka tak nak hidup macam ni.
Anna kotor! Adik.....banyakkan bersabar, mengucap adik.
Abang sayang Anna.
Adik pun sayang abang kan, so listen to me.
Campak pisau tu.
'Am tak nak Anna! Dia kata Anna jijik...aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh'.
Anna memegang kepalanya, fikirannya serabut, dia seperti dirasuk.
kakinya penuh dengan darah kerana tercucuk dengan serpihan kaca yang pecah.
Anna.....Annnaa kotor! Aku kena mati! Dia berlari masuk ke tandas dan menguncikan dirinya.
Arfan dan Danish bersama beberapa pekerja terpaksa memecahkan pintu 'Astaghfirullahalazim Anna! Annna! Nooooo.......' Arfan menjerit! Jantung Mak Yah hampir gugur melihat aksi di depan matanya.
Mak Yah pitam, nasib baik wanti sempat menyambutnya daripada jatuh lantai dan Danish memapahnya keluar dan terus menghubungi ambulan.
Apa yang berlaku seterusnya ialah laungan bunyi siren ambulans dan tangisan di rumah agam Dato Rizal.
Masing-masing diam di luar bilik pesakit di hospital.
Aryan meraup mukanya berkali-kali.
Dia masih tidak dapat menghadamkan apa yang telah terjadi kepadanya adiknya.
Dia juga telah pesan kepada semua di rumah untuk mengunci bibir dan tidak memberitahu hal ini kepada ayahnya mahupun orang luar.
Danish masih menemani Aryan.
Walaupun dia terkejut dengan insiden tadi tetapi dia perlu lebih bertenang kerana rakannya memerlukannya.
Hey Aryan, drink this first.
No thanks.
C'mon, awak perlu kuat untuk adik awak.
Aryan mengangguk kepalanya dan mencapai coffee yang diberi.
Dia meneguk sekali kemudian memegang kepalanya.
Aku kena siasat hal ini Danish.
Anna bukan seorang yang akan buat kerja gila macam ni, seolah-olah dia hilang pedoman.
I will kill that bastard Amsyar! Sabar Aryan, jangan ikut emosi.
Kita tanya dulu apa yang berlaku.
Jangan buat apa-apa keputusan dulu.
Setelah mendengar berita tentang apa yang berlaku pada Anna, Hani telah balik ke Malaysia dengan segera.
Dia risau akan keadaan kawan baiknya.
Dia telah memohon untuk berpindah dan menghabiskan housemanship nya di hospital di Kuala Lumpur.
Aryan yang menelefon Hani dan meminta bantuannya untuk berada di samping Anna kerana Aryan tahu hanya Hani yang boleh memulihkan semangat Anna.
Sepanjang malam itu, hanya Hani yang dibenarkan oleh Anna untuk menemaninya.
Mak yah dan Wanti pula hanya datang menghantar makanan dan pakaian.
Panggilan telefon kepada Amsyar beberapa kali oleh Aryan tidak dilayan.
Dush meja ditumbuk oleh Aryan dalam keadaan yang marah kedengaran.
Arfan, calm down buddy.
Kenapa ni? Danish tahu Aryan marah tetapi dia tidak mahu Arfan mencederakan dirinya kerana amarah.
Sumber:Internet