. Hari pernikahan Anna semakin dekat.
Anna cuba menghubungi Danish selama beberapa hari namun dia tidak berjaya kerana Danish tidak menjawab panggilannya .
Anna kembali kepada ayah dan abangnya dengan air mata.
Dia memberitahu mereka, secara lembut yang dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, "Tidak.
"Kedua mereka menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai pilihan dalam perkara ini: "Inilah yang akan abang yan lakukan untuk perkahwinan kamu berdua," kata Aryan menunjukkan gambar dan brosur perkahwinan.
Semakin Anna cuba menentang, semakin ayahnya mula menanya pelbagai soalan: "Adakah kamu fikir sebab berpendidikan dan berharta, kamu boleh buat suka hati? Anna jangan jadi bodoh sombong.
Jangan jatuhkan maruah papa dan keluarga kita!" Malam sebelum nikah, rumah Dato Rizal dipenuhi dengan jiran dan sanak saudara bagi majlis khatam quran.
Wajah Anna nampak sedikit tegang tapi dia terpaksa sembunyikan keriuhan di hati demi ayahnya.
Anna tidak dapat lelapkan mata walaupun sudah hampir subuh.
Kawan baik Anna pula sibuk hendak setting guest booth dalam khemah bersama rakan-rakan lain.
Mak mah dan pak pula bertungkus lumus melayan tetamu yang hadir.
Subuh hampir menjelma, Anna bangun dengan hati yang lemah.
Dia gementar sehingga sarapan pagi, mee goreng yang disediakan oleh Mak Yah pun tidak tertelan.
Cemas! Tepat pukul 2 petang, bunyi riuh di luar rumah kedengaran.
Kira-kira pukul 2.
15 petang, rombongan pengantin lelaki tiba.
Mereka disambut dengan paluan kompang.
Pengantin lelaki segak sudah bertandang ke rumah Anna.
Hani sibuk menjengah dari atas bilik Anna.
"Wei bakal suami kau Anna.
Jealous wei"Anna hanya kaku seperti patung tanpa membalas kata-kata Hani.
Ehem.. e ni mesti cik Anna dah mula berangan pasal malam pertama kan? Bunyi ketawa Wanti mengusiknya dibiarkan tanpa reaksi.
'Eh eh Wanti, amboi boleh tahan gatal ye awak ni" tegur Mak Yah.
"La gurau aje dong.
Jangan marah ye cik Anna.
Masing-masing sibuk berceloteh tentang bakal suami Anna.
Anna hanya diam.
Dalam hati, Anna berbicara, manusia baju putih segak bersamping itu ke bakal jadi suami aku hari ini? Tok kadi datang bilik Anna untuk ambil tandatangan serta menanya persetujuan.
"Aku terima nikahnya Alissa Aryanna binti Dato Rizal dengan mas kahwinnya, RM 10,000 tunai," Ungkapan ayat tersebut terngiang-ngiang di minda Anna dari tadi.
Fikirannya celaru.
Raja dan pemaisuri sehari diarak ke pelamin.
Pasangan pengantin kelihatan sama cantik sama padan, bak kata pepatah seperti pinang dibelah dua.
Mereka kemudian ditepung tawar oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak.
Selepas upacara persandingan, pasangan menjamu selera bersama-sama rombongan pengantin lelaki dan dan tetamu yang lain.
Aryan dan papanya sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir.
Di sebelah keluarga Danish, hanya keluarga ayah saudaranya hadir kerana Danish anak yatim dan dia juga tiada adik beradik.
Lelaki itu kelihatan sangat gembira seakan menang loteri.
Senyumannya tidak hilang dari bibirnya sepanjang majlis.
Anna jadi pelik dengan sikap lelaki itu.
Danish kaya dan bekerjaya, ramai lagi gadis di luar sana yang layak dibuat isterinya tetapi kenapa Anna yang menjadi pilihannya? Anna, wanita yang telah dinodai dan sedang mengandung anak luar nikah! "Hi, awak buat apa kat sini?" Sergahannya mengejutkan Anna.
Ingatan pada papa terus lupus serta merta.
"Saya rehat.
Penat dari tadi berdiri," Pakaian pengantin suami Anna masih melekat dibadan.
Cumanya kelihatan berkedut sedikit.
" Boleh teman saya.
Kawan saya datang nak tengok awak.
I know you dont like me for now.
But please demi keluarga awak dan saya, kita kena berlakon seolah-olah kita bergembira.
So please Anna," Rayuan manisnya Anna terpaksa turuti.
Sumber:Internet