. Kapal terbang yang dinaiki Amsyar dari London baru sahaja mendarat di KLIA.
Sebaik sahaja dia turun, dia mengikuti laluan ketibaan dan mencari tempat pengambilan bagasi.
Dia berjalan dengan laju untuk keluar dari balai ketibaan.
Hatinya teramat rindu pada isterinya yang baru dinikahi seminggu lalu.
Mana tidaknya, bukan sahaja dia tidak sempat berbulan madu di Paris malah malam pertamanya juga terpaksa ditangguhkan sebab perlu mengantikan ayahnya yang kurang sihat menghadiri mesyuarat penting dengan klien tersebar syarikatnya di London.
Hatinya dikeraskan kerana kerja terpaksa didahulukan.
Isterinya sangat memahami semasa Amsyar meminta kebenarannya.
Sungguh murni budi bicara isterinya dan dia sangat bersyukur kerana dia telah membuat pilihan yang tepat.
Memori cinta bersama Anna terus dipadam dari kotak ingatannya sebab padanya Anna seorang yang tidak layak berada dalam hidupnya.
Kereta Grab yang sudah di booking ditunggu.
Amsyar senyum kambing bila dia terfikir akan reaksi isterinya yang tidak tahu yang Amsyar sebenarnya balik 3 hari awal dari perancangan yang asal.
Amsyar memang suka membuat sweet suprise seperti ini.
Dulu ketika dia bersama dengan Anna, inilah salah satu cara yang digunakkannya untuk mengambil hati wanita idamannya.
NurAmelia Lee ialah seorang gadis kacukan Melayu dan Cina yang bertudung litup.
Orangnya memang cantik dan kelihatan ayu, lemah lembut.
Ayah Amelia seorang ahli perniagaan yang sudah menetap di USA.
Amsyar Khan ditemukan dengan Amelia pada pertama kali oleh ayah Amsyar semasa keluarga Datuk Muhammad Iman Lee datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti di hotel keluarga Dato Khan.
Kedua-dua mereka terpikat dan bersetuju untuk berkahwin.
******************************************************************************************* Boss, saya dah buat seperti yang dirancang.
Dengar kata Dato Rizal dah dapat info seperti yang kita harapkan.
Bagu nak tengok Rizal jatuh kali ini sampai dia tak boleh bangun.
Tak sabar aku nak tengok muka sahabat lama aku bila dia tahu aku lah punca kejatuhan dia hari ini.
Aku masih tak lupa semua yang dia buat pada aku.
Selagi aku tak musnahkan kebahagian dia, selagi itu aku tak akan tenteram.
Boss, Dolly dah sampai.
Hi Joe , kenapa panggil i malam-malam buta macam ini? Joe pergi ke arah Dolly dengan muka yang bengis dan rambut Dolly ditarik kuat.
"Hey perempuan bodoh, lain kali kau bagitahu Jay yang dia kena ikut arahan aku.
Aku tak nak dia buat apa-apa tanpa pengetahuan aku.
Aku tak suka.
Just follow my damn plan.
" 'Lepa Apa ni! Issshhh dah gila ke Joe?' Dolly melepaskan diri dari Joe dan berdiri di hadapannya.
Kemudian dia berteriak.
'Hallooo orang tua, kalau you nak tahu, you yang merayu pada Jay untuk join bersama untuk musnahkan Dato Rizal.
Kau ingat dia heran ke dengan apa yang buat? Jay lagi berpengaruh dan sebenarnya kalau you tak ada pun rasanya dia dah berjaya dalam rancangannya.
' Joe berdiri di sebelah Dolly dan melepaskan tawanya.
"Haha muda macam Jay tu terlalu mentah dalam dunia kegelapan.
Kalau aku tak tolong dah lama Jay tu masuk penjara sebab sikap pemarahnya itu.
Kalau aku tak halang dia daripada tembak Dato Rizal 5 tahun lepas, Jay kau sekarang dah makan bubur kat penjara.
Rasanya dia tak tahu pasal apa yang kau buat kat belakang dia pun kan? Seronok tak bersama orang-orang Arab hari itu?" Dolly hanya menahan geram dengan kata-kata Joe.
Malam ini aku nak kau layan seorang client aku.
Ini hotel pass dan nombor bilik.
Be a nice girl kalau kau degil dan buat macam-macam nanti aku akan bagitahu apa kau buat dibelakang Jay selama ini.
Lepas kau siap minta client tu tandatangan dokumen ini.
Dolly hanya menghentak kakinya dah berlalu pergi dari kamar Boss selepas mengambil kad hotel dengan dokumen yang diberi.
***********************************************************************************************
Sumber:Internet