. "Bigman! Bonzo! Come here" Yes boss.
"Aku nak kau berdua suruh maid tiga orang tu siapkan perempuan itu.
Get the car ready, kita akan pergi ke apartment dia malam ini.
Pastikan maid tu tak buka mulut kat sesiapa pun.
Got it?" "Ok boss" Anna masih tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan Jay awal pagi dalam bilik kurungan itu .
Jika Hani atau keluarganya melihat keadaannya yang begitu, pasti hati mereka merintih kesedihan.
Bonzo daan Bigman mengawal di luar pintu manakala tiga orang maid itu membersihkan badan Anna di bilik mandi, dirinya telah dimandikan dan dipakaian baju yang sopan.
Mukanya juga telah dicalit mekap nipis agar tidak kelihatan terlalu pucat.
Sudah hampir 3 petang tetapi Anna masih pengsan.
"Boss, saya rasa perempuan tu dah overdose" What? Jay mengangkat keningnya Bonzo menggaru kepalanya yang tidak gatal setelah melihat reaksi Jay kemudian dia bersuara kembali.
"Ermm....dia masih tak sedarkan diri, takut kalau dia terus tak sedarkan diri, nanti ki...".
Baguslah, biar dia mampus terus.
Kan senang kerja kita.
"Tapi bos apa kita nak jawab kat Big Boss tu?" "Kau tunggu setengah jam lagi, kalau dia masih tak sedar then kau panggil doktor peribadi aku.
" Baik boss.
"Hey bonzo, dah call doktor? Perempuan ini tak bangun-bangun pun.
Susah kalau dia mati kat sini.
" tanya Bigman.
"Dah, mungkin dalam setengah jam lagi doktor akan sampai" Anna membuka matanya perlahan-lahan, dia merasakan kepalanya berdenyut-denyut keras dan matanya seperti susah dibuka namun suara-suara asing di sekelilingnya memaksa dia membuka mata.
Pandangannya kabur tetapi dia masih dapat melihat dua figura yang besar.
"Wa please?" tanya Anna dalam suaranya yang serak dan sangat perlahan.
Tekaknya begitu perit dan kehausan.
Bonzo dan Bigman memandang sesama sendiri.
Air dituangkan dalam gelas dan dihulurkan kepada Anna yang masih baring di penghujung katil.
Tangan Anna sedikit menggigil dan tidak begitu kuat untuk memegang gelas yang dihulurkan.
Bonzo mencapai gelas dari bigman dan menyuapkan minuman itu ke mulut Anna, dia minum dengan rakus sekali.
Kerongkong Anna berasa lega dengan aliran air itu.
Anna memegang kepala yang makin kesakitan, tiba-tiba dia menangis dan meraung-raung dalam kesaki dan Bigman terpacak kaku disitu.
Raungan Anna makin menjadi-jadi dan mereka tidak dapat menenangkannya.
"Panggil boss, cepat, aku takut dia jadi gila" Bigman meluru keluar dari bilik itu.
Selepas 2 minit dia kembali bersama Jay yang termengah-mengah.
Mata Jay tertumpu pada Anna yang memusing-musingkan badannya di katil seperti orang gila.
Anna menggeleng-geleng kepalanya yang kesakitan.
Dirasakan seperti kepalanya hendak meletup bila-bila masa sahaja.
Jay melangkah ke arah Anna.
"Hoi, kau kenapa?" tanya Jay selepas dia duduk di sebelah Anna di katil.
Namun, Anna tidak memberikan respon kepada soalan itu sehinggalah Jay memegang pipi Anna dengan kedua-dua telapak tangannya.
"Aku tanya, kau kenapa?" tanya Jay dengan nada yang sengaja ditinggikan.
Entah mengapa tapi lelaki di hadapannya kelihatan seperti Amsyar dalam keadaan dirinya yang mamai.
"Am....Anna tolong Anna please.
" Tiba-tiba Anna merebahkan kepalanya di dada Jaya dan menangis tersedu-sedu dalam kesakitan.
Sumber:Internet