. ย Pertemuan itu pertemuan takdir.
Dan aku tahu.
Pertemuan ini bukan pertemuan biasa.
5 MEI 2010 Kebakaran itu meruntuhkan segala yang telah kami bina.
Ibu dan ayah terkorban bersama marakan api yang menjilat hangus bangunan kedai roti kami.
Malam tragedi yang patutnya menjadi tarikh kermat ulangtahun perkahwinan mereka nyata hanyalah malam celaka yang meruntuhkan segala cita-cita aku dan adikku.
Ibu dan ayah cukup terkenal pasangan ideal hebat dengan kedai roti yang segar.
Aku dan Haikal cuba untuk memberi ruang kepada mereka berdua.
Kami sediakan makan malam terindah untuk ibu dan ayah di ruang legar kedai roti kami.
Cukup untuk menambah sebuah lagi memori indah di dalam ingatan mereka yang kian rapuh.
Namun semuanya musnah dalam marakan api yang cukup menggila.
Ibu dan ayah ditemui berpelukkan dengan tubuh separuh rentung.
Hatiku hancur.
Haikal berada di rumah Isa meraung mula menyalahkan tuhan.
Tuhan.
Ironi bukan.
Manusia akan mengingati tuhan pada saat mereka sedang disaluti kehidupan yang menghimpit.
Kalau senang sering tuhan itu di tinggalkan.
Dan malam itu haikal bersumpah memusuhi tuhan.
Aku? Hanya menjadi saksi sumpahnya sebelum aku sedar, tuhan itu memang sudah semakin jauh dari kami.
Dan aku.
Kini perlu menghadapi sesuatu yang lebih dari semua tragedy ini.
2016 Panggg!!! Bunyi pinggan berserakkan menyedarkan aku keberadaanku.
Sudah lama aku tak mimpi kisah lama tu.
Enam tahun, rasanya cukup untuk mengubati kisah lama yang dramatic sangat tu.
Haikal.
Masih lagi memusuhi tuhan dan seakan tidak ada jalan untuk dia kekal mencari kembali pencipta kami itu.
Aku bangun lesu dari pembaringan.
Enam tahun juga aku menjadi pembantu rumah disini.
Sebuah rumah yang aku sendiri tidak tahu milik siapa.
Yang pasti, aku diambil bekerja selepas status aku sebagai anak yatim sebagai salah satu syarat.
Aku diberikan tempat tinggal di sini, atau lebih tepat dipenjarakan di sini.
Tidak dibenarkan keluar kemana-mana kecuali ke pasar untuk membeli barang dapur.
Itupun hanya untuk keperluan aku.
Sebab sejak enam tahun yang lalu rumah ini tidak berpenghuni.
Kata Pak Mat, klise nama dia kan, tapi memang itu nama dia.
Kata Pak Mat tukang kebun rumah agam ini, pemiliknya berada di luar Negara setelah trajedi yang menimpa keluarga ini.
Jadi mesti semua bayangkan pemiliknya adalah seorang lelaki kacak yang akan pulang dan kisah ini akan menjadi kisah cinta seorang pembantu rumah dengan tuan rumah.
Hah.
Pastinya itu fantasi yang menarik untuk aku memandangkan aku memang terperangkap di sini.
Tapi realitinya lebih dari itu.
TUAN TENGKU ZAFRUL "Pak mat?" suara halus itu keluar dari bilik belakang.
Bilik orang gaji.
Aku tahu ada penghuni rumah ini sejak aku tinggalkan 10 tahun yang lalu.
Tapi aku tidak pernah mengenali penghuni atau lebih tepat orang gaji yang satu ini selepas mak mah meninggal dunia pada 2010.
"Pak Mat nak Orked ma gadis itu terhenti.
Matanya membulat seakan ternampakkan hantu.
Namun apa yang menarik padaku adalah matanya.
Sepasang mata hitam penuh dan bulat.
Malah reaksi terkejutnya membulatkan matanya membuatkan aku inginkan sesuatu.
Aku ingin mendominasi dia.
"so you are the maid here?" Aku lihat dia mula kalut.
"Aaa... yes"
Sumber:Internet