Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Embun 7

. Kapal kecil itu belayar perlahan menyusuri pantai menuju ke kubu Portugis berhampiran muara teluk yang dalam berhampiran Padang.
Kubu Kota Muar itu adalah lebih kecil dari Kota Melaka mengawal dari tiga penjuru dan dibina dari runtuhan Kota Bentayan, tempat berundur Sultan Melaka yang terakhir setelah Melaka jatuh dahulu.
Mengikut cerita-cerita yang didengarinya dari orang-orang tua, di situlah juga tempat Sultan Melaka yang pertama bersemayam lebih kurang enam tahun sebelum kemudiannya mendirikan Melaka.
Tun Sura memastikan anak-anak kapalnya tidak membuat bising dan semua lampu di atas kapal itu tidak dinyalakan.
Malam yang gelap tanpa cahaya bulan itu memudahkan kapal yang dikemudi senang untuk menghampiri kubu itu tanpa disedari.
Tujuan malam ini adalah untuk mengintip dan bukannya menyerang.
Ianya dilakukan untuk memastikan jumlah tentera yang mengawal di kubu itu kerana sebelum Melaka diserang, kubu Portugis itu mestilah dimusnahkan terlebih dahulu supaya mereka tidak dapat menghantar bantuan ke Melaka.
Dari kubu itulah juga Portugis melakukan rondaan-rondaan di sekitar kawasan sama ada dari laut mahupun darat.
Dari jauh Cuma kelihatan sebuah kapal peronda Portugis yang berlabuh di pengkalan kecil berdekatan kota itu.
Berbeza dengan bahtera-bahtera besar Portugis, kapal-kapal peronda seperti ini lebih kecil dan tidak membawa banyak meriam besar namun mereka mampu belayar lebih pantas.
Sekiranya kapal Tun Sura berjaya dikesan oleh mereka, tidak mustahil sekiranya kapal Portugis itu akan dapat mengejar dan memintas.
Yang menjadi kelebihan kepada kapal yang dikemudi Tun Sura ialah kapal itu juga menggunakan dayung besar jadi ianya tidak hanya bergantung kepada angin untuk menukar arah.
Hanya terdapat empat meriam kecil di kiri dan kanan geladak kapal dan juga satu masing-masing di kepala dan buritan kapal.
Melalui cahaya lampu yang kelihatan dari kapal itu serta suara-suara dan nyanyian yang didengari, Tun Sura percaya masih ramai anak kapal yang berada di situ.
Malam yang gelap ini dipilih kerana esok adalah hari perayaan terbesar orang Portugis jadi mereka mungkin akan bersuka ria dan diharapkan mereka akan lebih leka.
Apabila menghampiri lebih kurang enam puluh rantai tak jauh dari muara sungai, Tun Sura mengarahkan agar sauh dilabuhkan.
Dua buah sampan diturunkan untuk mendayungkan beberapa pahlawan ke pantai supaya intipan lebih dekat dapat dibuat.
Sebagai ketua, Tun Sura turut bersama-sama dengan pasukan itu.
Sampan dikayuh dengan perlahan agar tidak kedengaran di telinga orang-orang Portugis.
Setibanya di pantai, Tun Sura dan anak-anak buahnya yang semuanya hulubalang yang handal dalam ilmu persilatan itu segera bergerak menuju belukar berdekatan.
Malam ini mereka tidak membawa senjata-senjata berat seperti istinggar, pemuras dan terakol.
Hanya keris pendek dan keris panjang sahaja untuk mempertahankan diri.
Lagipun mereka tidak menjangkakan akan ada pertempuran di kawasan lapang.
Sekiranya ada terserempak dengan peronda Portugis pun, senjata pendek seperti ini lebih mudah digunakan.
Dari belukar, pasukan itu mula bergerak perlahan dan berhati-hati menuju penempatan berhampiran yang terletak di seberang sungai yang memisahkan kubu Portugis itu.
Di situ, Tun Sura berhajat untuk bertemu dengan Si Bongkok yang bekerja mencuci dan mengangkut najis di kubu tersebut.
Hanya Tun Sura sahaja yang mengenali Si Bongkok.
Hatta anak buahnya sendiri tidak pun tidak mengetahui yang Tun Sura mempunyai orang kepercayaan yang boleh membantu mereka dalam mencari rahsia tentang kubu Portugis itu.
Setibanya di pinggiran penempatan, Tun Sura mengarahkan anak-anak buahnya berpecah, sebahagian memerhatikan kubu dan kapal Portugis manakala sebagagian lagi menjaga dan mengawal takut-takut kalau ada pihak musuh membuat rondaan pada malam itu.
Tun Sura kemudiannya perlahan-lahan berjalan menuju ke sebuah rumah buruk yang agak terpecil dan jauh dari rumah-rumah lain.
Waktu ini mungkin sudah hampir pertengahan malam jadi kebanyakkan rumah-rumah di situ sudah bergelap kecuali rumah Si Bongkok.
Karim atau lebih dikenali sebagai Si Bongkok adalah seorang pemuda yang cacat.
Tulang belakangnya membonjol menyebabkan dia berjalan agak membongkok menyebabkan dia dikenali dengan nama itu.
Kecacatannya telah menghalangnya untuk menuntut ilmu kepahlawanan seperti pemuda-pemuda lain di kampung asalnya.
Namun semangatnya tinggi menyebabkan dia mencuba juga untuk belajar namun malangnya dia selalu ditertawakan oleh rakan-rakannya yang lain.
Namun begitu, Si Bongkok tidak berputus asa dan masih cuba belajar walaupun dari jauh dengan hanya melihat sahaja guru silat mengajar anak-anak murid yang lainnya.

Sumber:Internet