. Deruman jentera pembungkusan pakej terhenti selepas terdengar bunyi letupan tiba-tiba dari suis penyambungnya.
Terperanjat aku! Beberapa saat kemudian, kepanikan aku bertambah setelah bau hangit mula meresap ke ruang udara.
Adoi... berpeluh-peluh aku dibuatnya.
Manakan tak cuak, ini sudah kali keempat ratus dua puluh satu aku jahanamkan mesin ini.
Aku pandang ke kiri dan ke kanan sekadar memastikan tiada sesiapa di sekitar itu.
Selamat, tak ada orang.
Aku cuba-cuba menekan suis mesin ini, manalah tahu untung-untung aku, kot-kot mesin ni boleh hidup semula! Tekan-tekan-tekan, BOOOMM!! Habis satu kilang bergelap.
Blackout! Dari jauh, aku terdengar Rosnah menjerit nama aku; "SURAYA!!!!!!!!..." Satu bangunan jabatan produksi terpaksa menghentikan kerja dek kerana aku.
Semua terpaksa duduk melangok di sekitar line sementara menunggu bekalan elektrik disambung semula.
Lama tidak lama, hampir setengah jam juga kalau juruteknik segera datang untuk membaiki litar.
Berkenaan mesin yang aku jahanamkan tadi pula, sumpah tak sengaja.
Manalah aku tahu, fius plag mesin tu mudah terbakar.
Aku ni jenis buta mesin.
Pegang apa pun, tak sampai lima minit, jahanamlah jawabnya.
Samalah aku rosakkan komputer riba Lokman pada minggu lepas.
Sampai mati dia haramkan aku pegang apa-apa harta benda kepunyaan dia selepas itu.
Bukan main dia bersumpah, padahal komputer itu aku juga yang belikan.
Dasar tak kenang budi! Sebenarnya sudah berbuih ketua line aku (digelar leader) yakni Rosnah atau lebih mesra kami se-line panggil dia, Kak Ros.
Dia selalu mengingatkan aku untuk berhati-hati untuk mengendalikan mesin-mesin.
Tapi kesengalan aku memang tidak disangkalkan lagi.
Kenalah bebel ke, diajar ke, dipesan atau diingatkan berpuluh-puluh kali pun, mesti mesin itu akan berakhir dengan hilang nyawa di tangan aku.
"Wei, Suraya! Kau reti ke tidak handle mesin?" tanya Ella sebaik duduk di sebelahku.
Aku buat-buat tak dengar.
Bukan dia orang tidak tahu aku macam mana.
Suka hidup dalam dunia sendiri.
Kalau hendak masuk ke dalam dunia aku, senang saja, belanja aku makan bakso daging satu mangkuk.
Selepas itu, kita boleh sembang sampai petang.
Aku pantang tengok makanan tu, air liur meleleh pun tak sedar.
"Kak Ros dah memekak-mekak dah tau.
" Sambung Ella lagi, memaksa aku memberi perhatian kepadanya semula.
Aku menjeling ke arah kawan baikku itu.
Dia ini memang cepat risau dan kepoh sedikit.
Nama sebenar dia; Nor Elyana binti Ma kot.
Ke Maslin? Apa-apalah.
Soal nama, aku tak ambil kesah sangat.
Yang penting, dia suka kalau kami panggil dia Ella.
Kononnya dia peminat tegar ratu Rock Malaysia, Ella.
Tapi suruh nyanyi satu lagu Ella, satu habuk pun tak reti.
"Biarlah dia..." Jawab aku malas-malas.
"Biar? Kau dah tahap nak bakar kilang ni tau.
Kau ingat apa? Mana safety kau hah?" Mendengar itu, aku ketawa.
Ella mencerlung.
"Sengal punya perempuan.
" Gumam Ella sambil menoleh ke arah pintu masuk.
Matanya tertangkap ke arah seseorang dan seraya dengan itu, dia menepuk-nepuk bahu aku pula.
Teruja.
"Apa hal?!" marahku.
Tangan perempuan ini bukan diperbuat dari span, kalau kena pada kulit halus mulus aku ni, mahu tak berasa sakit? Dah macam kena hentak dengan batu lesung aku rasa.
Tanpa menjawab pertanyaan, Ella membuat isyarat supaya aku tengok apa yang dia pandang ketika itu.
Aku turut terpana.
Itu dia, lelaki yang menjadi kegilaan satu kilang ini terutamanya gadis-gadis dari seberang.
Mana tidaknya, pakej siap dengan wajah tampan, berkulit cerah, tinggi dan semestinya beketrampilan kemas dan menawan, sampaikan kadang-kadang lelaki ini pun selalu digoda oleh kaum sejenis dalam kalangan perkerja-pekerja di kilang ini.
Agung Satria Putra namanya, atapun lebih mesra dipanggil Abang Agung atau digelar Abang Cool.
Dia melangkah masuk dengan penuh keyakinan sambil membimbit satu bekas peralatan membaiki mesin.
Ella tidak berkelip memandang ke arah susuk tubuh itu yang berjalan mendekati kami.
"Mana Kak Ros?" Tanya Agung.
Lontaran suaranya garau berlemak manis itu kedengaran.
Aku perasan yang anak mata lelaki itu bukan ke arah aku mahupun Ella, tetapi kepada seseorang di belakang kami.
Aku tak sempat nak menarik lengan Ella yang beria-ia bangun untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.
"Dia a.. ada.. de.. kat... me..." Tergagap pula tu.
Aku tepuk dahi.
"Ada dekat mesin mas..." pantas seorang budak perempuan warganegara Indonesia di belakang kami menyahut tidak memberi peluang kepada Ella.
Agung dengan budak Indonesia itu tidak pandang pun kepada Ella yang masih terpinga-pinga.
Awkward gila! Aku menahan ketawa yang hampir pecah.
Ella sudah malu-malu alang.
Dia kembali duduk di sebelah aku sambil menarik tudung bawal yang aku pakai untuk menekup mukanya.
"Padan muka.
Golojoh!" Selar aku sambil menekan-nekan perut mahu hendak ketawa.
Lelaki yang sering dipanggil Abang Agung itu adalah seorang jurutera serta juruteknik merangkap jurutera mesin berpengalaman dan perpegetahuan luas di kilang ini.
Jika ada kerosakan atau masalah teknikal, Agunglah orang pertama dicari-cari.
Sebabnya, Agung adalah sejenis orang yang senang memberi kerjasama.
Cakaplah apa pun pertolongan dipinta, pasti Agung sedia membantu.
E di sebalik itu, sempat juga aku mencuri pandangan kepada Agung.
cair! Dia melemparkan senyum ke arah aku sebelum beralih ke tempat mesin yang rosak tadi.
Aku mengilas ke arah Ella yang masih terlentok di bahu aku.
Aku ingatkan Ella masih bermalu-malu lagi, rupa-rupanya dia sudah tertidur.
Siot be Aku memandang semula belakang tubuh Agung yang semakin menjauhi dari tempat aku dengan Ella duduk.
Betul, tidak puas rasanya menatap rupa lelaki itu.
Tenang betul wajahnya.
Dia punya aura ketenangan tu, jauh menusuk ke tulang! Okey, aku over... Kalau hendak dibayangkan diri Agung secara lahiriah, lelaki ini tak ubah macam aktor indonesia.
Kenapa aku samakan dia dengan pelakon Indonesia? Selain dengan kekacakan dan ketinggiannya yang dimiliki, mata dia sedikit sepet dan bercakap lemah lembut tetapi tak ada tonasi langsung itulah yang menjadikan aku cair! Lelaki ini sememangnya keturunan Jawa sepertimana aku tahu.
Keturunan Jawa tulen lagi.
Arwah ibu dan bapanya serta moyangnya juga orang Jawa.
Sebab itulah rupa Agung ini tidak ubah pelakon-pelakon sinetron.
Itu dari segi rupalah, dari segi keperibadian pula, secara jujurnya, aku juga seperti pekerja-pekerja perempuan lain di kilang ini, tidak terlepas dari menyukai lelaki seperti Agung.
Selain pakej-pakej lengkap yang pernah aku nyatakan sebelum ini, Agung dikenali dengan kesopanan, berbudi bahasa tinggi, lemah lembut, hormat orang-orang tua, bijak dan warak.
Ada lagi aku tertinggal tak? Andai aku kata akutak ada hati dan perasaan terhadap lelaki seperti Agung, aku sememangnyamenipu.
Dan kalaulah aku boleh menipu semua orang pun, tapi mana boleh aku menipudiri aku sendiri pula, kan?
Sumber:Internet