. AHC Electronic & Supply (M) Sdn.
Bhd mempunyai satu jabatan atau seksyen untuk mengawal mutu dan kualiti produk dan produk yang disebut sebagai Quality Assurance (QA).
Di sini, setiap operator senior dipertanggungjawabkan untuk melaksana tugasan ini sekali untuk seminggu.
Setiap hari khamis adakah giliranku.
Di sini, aku akan ditugaskan sebagai penyelia sementara untuk mewakilkan bahagian pengeluar dalam menjalani prosedur kawalan mutu.
Jadi aku harus berada di blok Kawalan Mutu (QA) bersebelahan dengan bangunan pentadbiran.
Pada minggu itu pula, aku berada di shif pagi iaitu sama waktu dengan pekerja-pekerja bahagian pentadbiran dan sumber manusia yang sememangnya masa pejabat mereka adalah masa pejabat normal, yakni pukul lapan pagi hingga pukul lima petang.
Pada pagi itu, aku harungi hidup seperti biasa sehinggalah pada satu masa, aku mulai sesuatu pelik berlaku.
Apa yang peliknya pula adalah berlaku ke atas pekerja-pekerja wanita.
Aku perasankan mereka ini mulai gelisah apabila jam tepat pada pukul lapan pagi iaitu waktu kedatangan staf-staf pentadbiran.
Berkali-kali mereka memandang serentak ke arah pintu utama masuk seakan menantikan ketibaan seseorang.
Ada sesekali mereka berbisik-bisik dan tahap gatal mereka menjadi semaksimun mungkin.
Haih, takkan musim subur dah kot? "Dia daa mai, dia dah mai dahh!" kata Ina sambil menarik rakannya.
Ah, sengaja nak suruh aku buat kerja seorang-seorang la tu! Aku tertanya-tanya, apa yang mereka tungu-tunggukan ni? Aku mendekati dan memandang ke arah luar bangunan.
Derap kaki seseorang yang akan melalui koridor itu membuatkan masing-masing berdebar-debar.
Semuanya berdiam dan memerhatikan susuk yang melintas itu.
Aku pandang ke arah apa yang mereka tengok.
Laaaaaa... tengok jantan rupanya! Kerani am merangkap pembantu pentadbiran baru itu melalui laluan jalan kaki untuk ke pejabat.
Oh, mungkin ini rupa-rupanya lelaki ini yang dikatakan oleh Ella semalam.
Lelaki ini ke yang ditunggu oleh mereka? "Siot betol!" sumpahku dalam hati.
Warna rambut berlapis dengan hitam dan dicelup dengan warna perang, berkulit sedikit gelap, badan berketul-ketul sampai baju kemeja yang dia pakai ketat hingga butang-butangnya nak tercabut.
Seluar pun ketat.
Aku melihat sendiri punggung lelaki itu.
Sememangnya ketat sepertimana yang diperkatakan oleh Ella semalam.
Ketinggian lelaki itu agak sederhana aje sebab kalau hendak dibandingkan dengan Agung, Agung lebih tinggi.
Cumanya tubuh lelaki ini sangat sasa.
Aku meneguk air liur.
Bukan terliur tetapi tak boleh blah dengan penampilan lelaki jenis ini.
Lelaki macam ini yang dikatakan hot? Aku menepuk tangan dan menjerit untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
"Oiii, kerja laa!!!" "Diam laa Yaya... jap lagi kita orang sambunglah!" Desis salah seorang mereka.
Aku mengetap bibir.
Geram bukan kepalang.
Tapi hendak macam mana lagi.
Mereka ini sama saja pekerja macam aku.
Cuma aku tak adalah kemaruk nak lelaki 'hot' macam kerani baru itu.
Aku terdengar mereka bersoseh-soseh lagi sesama mereka.
Dengar-dengar macam kerani baru itu bernama Azril Ilham.
Merupakan seorang peragawan majalah.
Cuma aku tak berapa dengar majalah mana.
Mungkin, majalah Maskulin la kot... Ke, majalah buah mempelam tu? Boleh jadi juga, kalau hendak dinilai dari penampilan pakaian pembalut nangka macam itu.
"Cik, Cik ke... Nur Suraya Ibrahim?" Tegur seorang lelaki membuat aku sedikit tersentak semasa aku cuba meletakkan sebuah kotak berisi komponen elektronik ke atas rak.
Kotak yang dipegang di hujung-hujung jari di atas rak diletakkan hati-hati supaya tidak jatuh ke atas kepala.
Apabila aku menoleh, Azril Ilham berada berdiri rapat di belakang aku.
Lagilah aku teperanjat.
Sedikit badanku terdorong ke belakang dan terlanggar susunan kotak mengakibatkan kotak yang baru aku letak tadi tergelongsor jatuh.
Pantas, Azril menyambar kotak itu dari nyaris menghempap kepalaku.
Antara dalam keadaan terkejut dan bernasib baik, aku menjadi malu kerana posisi aku kini betul-betul berada dalam rangkulan tubuh Azril.
Sempat aku terhidu bau wangian tubuhnya.
Dada aku sudah berombak kencang.
Tidak tahu sama ada aku terkejut membayangkan kepalaku nyaris dihempap kotak itu ataupun kedudukan tubuh sasa Azril yang dekat dengan tubuhku.
Aku jadi malu.
Merah padam muka aku ketika itu.
" katanya apabila dia mendapati aku sedikit terperosok sambil memegang kepala.
Dia membetulkan kedudukan kotak ke tempat asalnya dan berundur dua tapak ke belakang, memberi ruang antara aku dan dia.
"Cik ni, Suraya kan?" tanyanya bersahaja, sekali lagi, sambil matanya melekat kepada sehelai kertas yang dikepilkan pada papan berwarna biru.
Seolah tiada apa yang berlaku tadi.
Aku hanya mengangguk.
Untuk apa dia mencari aku hingga ke gudang ini bakal aku ketahui sekejap lagi.
"Okey, I nak tandatangan you dekat sini.
" Sambungnya lagi.
Bersahaja.
Wah, berbahasakan diri I, you – I, you je.
Sudahlah percakapannya pelat.
Dia punya sebutan untuk perkataan ada huruf 'S' tu seolah ada huruf 'Y' selepasnya.
Paling ketara namaku disebut 'Syuraya'.
Aku menekup mulut untuk ketawa.
"Ermmm.... tandatangan untuk apa ini, encik...?" "Azril.
" Aku mengilas tepat ke arah wajahnya untuk sesaat dua sahaja.
Tidak mampu aku untuk memandang dia lama-lama.
Selain masih terkesan dengan tindakan mengejutkan tadi, raut wajah Azril ini lain macam sikit.
Betul kata Ella, pandang sekejap pun boleh gugur iman dibuatnya.
Belum lagi dengan bahagian aset mahalnya tu, punggung.
Kalau pandang lama-lama, mau berterabur iman jatuh.
Haih, merepek! Ingat dosa ya Suraya! "Untuk claim OT.
" Jawabnya tanpa perasaan.
Aku mencapai pen di tangannya dan menurunkan tandatangan di ruang yang ditunjukkan olehnya.
Selesai itu, dia berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
Terpinga juga aku apabila Azril ini agak kekwat juga orangnya.
Oh, mungkin inilah kali pertama aku bersemuka dengannya.
Kali kedua aku bertembung dengan Azril ialah di kantin.
Ketika itu, aku dengan Ella sedang makan tengah hari.
Pada mulanya aku tidak perasankan kehadirannya sehinggalah Ella menyiku aku berkali-kali.
Rupa-rupanya, Azril datang ke arah meja kami dan duduk lalu makan di hadapan kami.
Aku sempat mengerling apa yang dia makan, nak tahulah orang hot macam ni makan apa, kut-kutlah makan lain daripada kami yang biasa-biasa ni.
Jelingan pertama, aku dapat menangkap; salad, brokoli rebus dengan ikan salmon salai.
Wah, jaga makan betul dia! "Hari-hari makan makanan sama, tak bosan ke Encik Azril?" Tegur Ella membuatkan aku terkesima.
Ella menanti jawapan.
Azril dengan selambanya bangun dan berlalu dari situ.
"Amboi, boleh tahan sombong juga Encik Azril tu ya..." Omel Ella kekecewaan.
Padanlah muka, peramah lagi! Kalau peramah betul-betul tak apalah, ini cakap meliuk lintuk alah manja konon.
Aku tengok pun menyampah! Sejujurnya, pemilik nama Muhammad Azril Ilham semakin popular dari hari ke hari.
Kacak, berbadan sado dan macho sangat – itu aku dengar dari bibir rakan sekerja akulah.
Dia ni hot sangat sampai aku dengar-dengar ada pekerja kilang lelaki mulai panas dan sengaja cari gaduh dengan Azril.
Apa tidaknya kalau awek-awek mereka ni boleh sebut-sebut, jeling-jeling, ushar-ushar lelaki lain depan mata.
Mahu tak panas? Yang aku musykilnya adalah Azril.
Sebabnya semua rakan sejawat perempuan yang menguratnya pun bukan jenis perempuan sebarangan.
Maksud aku, yang jenis bersepah sepai macam aku.
Yang duk mengurat Azril semua kategori hot-hot juga (Itu pasal kaum pakwe-pakwe tak boleh blah bila awek-awek dia orang mengurat Azril).
Berbalik dengan kemusykilan aku adalah Azril kerana lelaki ini sedikit pun tidak melayan mereka! tak kan pelik tu? Kalau dah awek-awek cun mengurat, takkan lelaki macam Azril ni boleh tidak layan? Mana ada kucing tolak ikan oiii... Melainkan, Azril ni... Gay ke? Astagfirullah' azim.
Sumber:Internet