Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 11

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 11

. Hari minggu, aku mulai berpindah masuk ke rumah sewaku di Seksyen 7.
Seharian aku berhempas pulas seorang diri mengemas rumah dan membersihkan bilik air.
Iyalah sudah menjadi adat – rumah perlu dibersihkan sebelum menapak masuk.
Kut-kut lah boleh bersihkan bekas-bekas yang tidak dikehendaki 'penghuni' yang pernah mendiami rumah ini.
Fikirkankannya boleh jadi seram, apatah lagi malam ini aku bermalam seorang diri gara-gara Lokman belum sampai dari kampung.
Janji katanya hendak datang minggu ini untuk berkemas barang aku, ini batang hidung tak nampak! Apabila aku telefon dia, katanya kena hantar final project pada minggu ini.
Alih-alih aku seorang jugak kena lakukan kerja mengemas sendiri.
Hantu betul budak tu! Aku kemas rumah sampai tidak sedar hari sudah malam.
Eh, seriau jugak duduk rumah baru-baru macam ini seorang diri.
Gila kau tak seriau!? Disebabkan langsir tak digantung lagi, usahkan bercakap, bunyi nafas pun boleh dengar.
Bayangkanlah pula bunyi benda jatuh ditiup angin.
Mahu tidak berdiri bulu roma aku? Dalam keadaan seram sejuk, boleh pula aku terdengar seorang perempuan memberi salam dari luar pintu diikuti beberapa ketukan.
Sumpah, aku rasakan seperti darahku sudah tidak mengalir takutnya ketika itu.
Nak-nak lagi, bunyi salam itu makin kuat.
Dalam kepala hanya fikirkan benda mengarut aje, kalau tak langsuir mesti hantu Kum-kum.
Ah, apa benda aku benda aku melalut ni? "As dik.
Bukalah pintu ni, mak cik ni jiran kamulah.
" Pinta wanita itu seolah dapat merasakan aku ada di sebalik pintu.
Dalam keadaan dilema, aku membuka juga pintu itu akhirnya.
Seorang wanita separuh usia, hampir-hampir sebaya dengan ummi meleret senyuman kepadaku.
Di sisinya pula ada seorang kanak-kanak lebih kurang 10 tahun.
"Waalaikumu Wanita itu senyum sambil menghulur tangan untuk bersalam.
Seraya dengan itu aku menyahutnya dalam serba salah.
"Mak cik ni jiran saya belah mana?" tanyaku terketar-ketar.
"Panggil Mak Uda aje.
Mak Uda ni jiran rumah sebelah kanan kamu ni.
" Aku hanya mengangguk.
"Nama siapa?" "Suraya.
" "Ooo... Suraya.
Maaf lah, Mak Uda baru tahu kamu mula masuk hari ni.
Anak mak cik ni nampak kamu sorang-sorang angkat kotak-kotak tadi.
Kesian pulak Mak Uda dengar.
Dah siap kemas ke? Ke ada apa yang boleh Mak Uda tolong?" Pinta Mak Uda dengan lemah lembut dan ramahnya.
Lantas mula membuat aku berasa senang dengannya.
"Tak ada apa dah, Mak Uda.
Cuma tengah susun barang dapur.
Eh, masuklah.
" Pelawa aku pula.
Mak Uda menemani dan menolong aku berkemas bahagian dapur.
Meskipun kurang setengah jam bersama, terasa akrabnya kami seperti sudah berbulan lamanya kami kenal.
Mak Uda memberitahu bahawa dia adalah ibu tunggal yang sedang membesarkan tiga orang anak yang masih bersekolah.
Suaminya merupakan bekas polis dalam skuad VAT69 merupakan salah seorang anggota yang gugur ketika operasi membanteras pengganas di Lahad Datu kurang setahun dahulu.
"Cukup bulan nanti, Mak Uda balik kampunglah semula dekat Mersing.
Sekarang ni tunggu anak Mak Uda yang nak SPM ni habis penggal pertama kat sekolah dia sekarang.
" jelas Mak Uda.
Aku hanya menangguk.
"Baru aje nak kenal Mak Uda lagi dekat, dah nak pindah dah.
" Usik aku.
Mak Uda hanya tersenyum.
Ternyata, wanita ini tersangatlah redha dengan takdir hidupnya.
"Kamu ni dah umur 25 tahun, tak rasa nak kahwin lagi ke Suraya?" Tu dia, soalan cepu cemas sudah keluar dari seorang wanita seusia Mak Uda dah.
Memang tak akan larilah soalan klise sebegini punya.

Sumber:Internet