. Aku melangkah ke tempat kerja dengan wajah sugul.
Semalaman aku tidak dapat tidur.
Apa yang Agung katakan malam membuatkan aku terluka.
Tiap kali aku fikirkan apa yang Agung gelarkan kepadaku, terus air mata jatuh dari tubirnya kerana kenyataannya sekarang adalah; Agung sudah membenciku.
Ah, memang padanlah muka aku! Aku yang membiarkan Dewi mengambil kesempatan ke atasku.
Dan aku menyesal berterus terang tentang soal hati semalam tanpa memikirkan waktunya sama ada sesuai atau tidak.
Memang padan muka aku! "Kau okey ke Yaya?" Sapa Ella apabila melihat wajahku muram.
Dia menyentuh bahu dan secara automatik, sentuhan lembut tangan Ella seakan-akan mengusik perasaanku dan perasaan terbuku ini menghantar isyarat supaya meminta aku melepaskannya dari terus menyesak dada.
Aku menangis semahu-mahunya sehinggakan beberapa orang rakan se-line dengan kami memandang ke arah aku bagai anak kecil menangis dalam pelukan ibunya.
Ella menarikku keluar supaya drama ini tidak diketahui oleh rakan se-line yang lain.
Satu line biasanya ada dua puluh orang, masing-masing perempuan.
Jadi, kalau semua perempuan, faham-fahamlah kalau tengok keadaan aku macam itu.
"Agung... Agung sudah berpaling denganku, Ella.
" "A apa yang dah berlaku?" "Agung kata aku pembohong.
" "Apa? Isk.. takkan lah.
Setahu aku, Agung tak pernah cakap macam tu.
" "Aku pun tak sangka.
" "Apa yang kau cakap sampai dia marah sangat ni weh?" Belum sempat aku berkata, tiba-tiba aku dipotong oleh seseorang dari belakang aku.
"Errr... boleh I tahu, kat mana boleh I jumpa Mr.
Tan?" kedengaran suara seorang lelaki bertanya.
Aku dan Ella serentak memandang ke arah empunya suara itu.
Azril tercegat di hadapan kami.
Di tangannya ada beberapa fail.
Aku cepat-cepat mengelap air mata dan mengemas tudung.
Tidak mahulah Azril pandang aku tak sememeh macam ini.
Ella pula sudah melekat kepada wajah Azril.
"Mr.
Tan takde sekarang ni, Encik Azril.
" Jawab Ella sambil bergerak ke hadapanku untuk menyembunyikan keadaanku.
Pandangan lelaki itu tak berganjak ke arahku.
"Kalau macam itu, boleh tolong I?" "Boleh! Apa dia?" pantas Ella menyahut.
Azril terdiam seketika.
Dia masih mencuri-curi pandangan kepadaku beberapa kali membuatkan aku malu.
Agaknya dia nampak aku menangis-nangis dan merengek-rengek tadi.
"Tolong serahkan file ni dekat Mr.
Tan.
" Kata Azril selamba.
Dia menghulurkan fail kepada Ella, tetapi pandangannya masih melekat kepada aku.
Serta-merta wajah aku kembali berubah warna.
"Dia tu ada masalah ke? Ataupun datang bulan?" Azril menjuih mulut kepadaku.
Erk?! Terkedu aku sementara.
Ella pun melatah apabila mendengar Azril bertanya soalan itu.
Panas muka aku bukan kepalang lagi.
Entah macam mana, ketika itu jugalah Agung muncul.
Dia bersama dua orang juruteknik yang lain berjalan lalu di belakang Azril.
Pandangan aku dan Agung bertaut.
Memandang wajahnya, mengingatkan aku semula kepada kata-katanya semalam.
Lantas, mata aku meredup semula.
"Dia okey ke tidak ni?" Ulang Azril sekali lagi.
Kali ini lebih tegas sedikit bunyinya.
Aku pantas mengangguk tanpa memandang kepadanya mennjawab, "Saya okey, terima kasih.
" "Kalau macam tu, okeylah, I mintak diri dulu.
Fail tu mintak tolong serahkan kepada Mr.
Tan ya.
Make sure sampai kat tangannya, kalau tidak, tak ada barang masuk untuk department kamu semua nanti.
" Pesan Azril sambil mencatat sesuatu di dalam satu buku rekodnya.
Sumber:Internet