Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 13

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 13

. Dari jauh aku nampak Lokman terhegeh-hegeh dengan beg bimbitnya.
Aku melambai-lambai beri-ia pun masih dia tak perasan.
Geram betul aku dengan budak jambu sekor ni.
"Woi, aku kat kat sinilah!" "Oii, kak chik kau!" "Melatah aje kau ye? Dah jom!" "Kita naik apa ni?" "Ella temankan.
" "Okey.
" Lokman mengekori aku sehingga ke tempat letak kereta.
Ella sudah bersedia di tempat duduknya.
"Okey Encik Lokman, saya Ella – pemandu Grab anda hari ini.
Kita hendak ke mana?" Tanya Ella acah-acah sengaja mengusik Lokman.
"Apa hal pemandu Grab tanya nak ke mana? Dia orang tak tanya macam itu kak Ella sebab dia orang dah ada detail mana destinasi klien dalam phone.
" Jawab Lokman bersahaja.
"Ooo.." Ella menggigit jari.
Aku menjeling ke arah Lokman.
Amboi, berani dia menjawab.
"Hantar kita orang balik ajelah Ella.
Banyak lagi nak kena kemas ni.
" Sahutku pula.
Ella hanya mengangguk setuju tanpa banyak bicara.
Susah nak cari kawan macam Ella.
Dia sanggup membatalkan janji temunya bersama Andi semata-mata hendak menolongku mengemas rumah.
"Kau nak makan apa Ella? Aku masakkan.
" Pelawa aku sebaik sahaja pintu rumah ditolak.
Bermula pada minggu itu, Lokman dan aku secara rasmi menjadi penghuni Flat Seri Mawar.
"Spagheti carbonara, boleh?" "Kau jangan nak lebih-lebih.
Baru pindah ni, kan?" Ella tergelak.
"Rumah kau ada apa je?" Soal balas Ella kepadaku.
"Setakat nasi lauk ayam, sup atau masak kicap, adalah.
" "Man nak sup! Dengan sambal kicap sekali!" jerit Lokman dari sebuah bilik yang dicop bakal bilik tidurnya.
Ella turut setuju.
"Ha'ah.
Aku pun nak rasa sambal kicap kau.
Sedap.
Kau belajar dengan nenek Agung kan?" Aku mencemik.
"Kau jangan sebut pasal Agung.
Lagi-lagi depan Lokman.
Kan dia bahan aku, tak habis-habis kan.
" "Man dengar tu!" jerit Lokman sekali lagi.
Ella menutup mulut.
"Sorry.
" Azril menongkat dagu.
Matanya meliar melihat ke sana sini.
Beberapa kali telefon ditilik.
Satu mesej tidak mengeluarkan simbol sebarang mesej masuk.
Azril mendengus geram.
"Mana pulak mangkuk ni? Kalau dia tak ingat pick up aku, esok aku sunat dia cukup-cukup!" Omel Azril kegeraman.
"Tunggu sapa?" Tegur Puan Asilah melihat anak lelaki tunggalnya itu gelisah.
Azril berdehem-dehem.
"Kevin.
" Puan Asilah menarik muka.
Pantang betul mendengar nama itu.
"Budak cina katolik tu lagi! Dah berapa kali mama pesan, jangan nak berkawan dengan budak macam tu.
" Azril hanya tersengih.
Sengihan itu cukup Puan Asilah mengerti.
Sengihan dibuat-buat supaya dia diam.
Dia masak sangat dengan Azril.
Anak lelakinya ini tidak melawan katanya secara nyata, sebalik menggunakan cara halus.
Kalau Azril dibebel teruk-teruk, hanya perkataan, 'baiklah' atau 'mama betul' sudah cukup membuatkan Puan Asilah terdiam.
Puan Asilah duduk di kerusi sisi malas di sisi Azril.
"Kamu kenal tak Dato' Zulkarnain?" Azril menoleh ke arah Puan Asilah.
"Dato' Zulkarnain? Yang isteri muda dia supermodel macam Nasha Aziz tu ke? Apa tak kenal pulak, isteri dia tu Datin Mawar mentor agensi Maria Claire Model & Talented tu ma.
" Jawab Azril bersungguh.
"Haish, kamu ni... Itu aje yang kamu ingat.
Mama bukan nak cerita pasal isteri dia yang supermodel tu.
Mama nak cerita pasal anak dia, Melissa.
" Azril mengjongket kening.
Pantas Azril menangkap niat sebenar Puan Asilah apabila bercakap tentang kenal-mengenal anak-anak cucu-cicit dato' ni.
Kenal orang ini, kenal orang itu.
Azril mula muak.
Bukan ini kali pertama Puan Asilah cuba merencanakan jodohnya.
Dah banyak kali.
Apalah salahnya kalau dia membujang.
Jodoh boleh kan datang dengan sendiri? "Mama bukan apa Zril, papa kamu tu.
Nak sangat kamu teraju syarikat dia.
" "Zril malas la ma.
Syarikat karpet.
Apa barang!?" "Eh, eh, kamu ni.
Syarikat karpet tulah yang sara hidup kita tau.
Lagipun itu kan business keluarga kita turun temurun.
Zaman datuk kamu lagi!" "Alah, mama jangan nak start cerita melayu kat sinilah.
Tak suka.
" Puan Asilah turut menongkat dagunya.
"Haiih kamu ni... Susah benor nak begelnya..." keluh Puan Asilah dengan loghat pekat negeri Perak.
Azril tidak menahan ketawa apabila mamanya mula bercakap dalam loghat negeri kelahirannya.
"Udah tu.
Bile mase kamu nak kahwin ni, budak bertuah oii.." "Nanti-nanti la ma... kasilah chance Zril enjoy dulu.
Nak suruh Zril kerja, Zril dah kerja... ni nak suruh Zril kahwin pulak.
" "Kan mama dah cakap, selagi kamu tak kahwin dan kerja dekat syarikat papa.
Selagi tulah papa push Zril!" "Papa tu memang.
Jenis wet blanket.
Antiklimaks pun ya jugak.
Semua Zril buat, semua dia bantah.
Mentang-mentang jual karpet dia tu berjaya.
Zril penatlah mama, asyik cakap benda ni.
Boleh tak kalau nampak muka Zril, cerita pasal lain?" Bentak Azril.
"Kalau penat, kahwin ajelah Zril.
" Azril mendengus.
Mama ini jenis tidak faham bahasa agaknya, getus Azril di dalam benaknya.
Kalau boleh berdarah telinga dia, rasa dah mengalir macam air paip dah.
Cuba kira berapa kali Puan Asilah sebut perkataan kahwin sejak sedari tadi? Sabar Azril ada batasnya, menyirap pulak dia apabila Puan Asilah menyebut lagi perkataan itu.
Nasiblah telefon dia bergetar ketika itu, kalau tidak terhambur marahnya, siapa yang sudi tahan mendengarnya? Kevin: I'm outside right now! Membaca mesej itu, Azril segera bangun.
Senyap-senyap dia meninggalkan tanpa disedari oleh Puan Asilah yang masih mengomel di kerusi malas itu.
Beberapa minit sahaja, Azril sudah lesap dari pandangan mata.
"Eh, mana pergi dia?Bertuah punya anak! Aku cakap sorang-sorang aje!!!" gertak Puan Asilah geram.
    
Sumber:Internet