. Agung kelihatan tenang walaupun Dewi sudah tiada bersamanya lagi.
Dari ura-ura aku dengar, dia tidak sesekalipun berjumpa dengan Dewi walaupun tahu yang Dewi meninggalkan bumi Malaysia.
Keras macam air batu egonya.
Kalau begitu, maknanya cerita Agung dengan Dewi sudah selesai.
Tetapi, bagi aku? Aku terkena kesan tempias daripada insiden itu terpaksa berhadapan dengan Agung yang masih dingin denganku.
Jika aku bertembung dengannya, dia hanya senyum tawar kepadaku.
Itu yang membuatkan aku makan hati.
Lama-kelamaan, aku pula yang menjadi tawar hati.
Kalau dulu, kalau lihat susuk Agung dari jauh pun, aku sudah bahagia di sini.
Tapi Ah, nasi tak dingin pinggan tak retak! "Hai, Cik Suraya!" sapa seorang lelaki dari belakang.
Terperanjat aku dengan suara yang garau itu.
Kalau dah sebut nama aku 'Syuraya' siapa lagi kalau tak Encik Hot ini.
"Ya, Encik Azril?" "I nak bagi dua pucuk surat ni dari bos.
" "Surat? Surat apa ni Encik Azril?" "Surat dihentikan kerja kot.
" Terbutang mataku apabila mendengar Azril berkata begitu.
Cemas, aku ambil surat di tangannya, lalu membaca isi kandungan surat itu.
Beberapa ketika kemudian, aku mengerut kening dan melontarkan pandangan tajam kepadanya.
"Nak bergurau pun, agak-agak laa Encik Azril!" Marah aku.
Azril hanya ketawa.
Aku membaca semula isi surat itu.
Alhamdullilah, gaji aku naik lagi.
Tak banyak, RM98.
25 sen aje.
Aku tak tahu macam mana dia orang kira kenaikan gaji tu, tapi jumlah itu termasuk sennya dapatlah juga buat tampung keperluan aku sebulan.
Aku melirik senyum, syukur.
"Oh ya, Cik Rosnah ada inform kepada line kamu tak pasal annual dinner?" sekali lagi Azril bertanya.
Eh, banyak pula soalan dia? Kenapa harus tanya kepada aku? Pergilah tanya terus kat Kak Ros sendiri.
Bentakku dalam hati.
"Sudah.
" Jawabku pendek sambil mata masih tertancap kepada helaian surat kenaikan gaji pokok aku itu lagi.
Azril mencemik sambil mengangguk.
"Oh, okey.
Kalau macam tu, have a good day!" ujar Azril apabila aku seakan tidak mengendahkannya.
Sempat aku mengucap terima kasih kepadanya sebelum dia beredar.
Selepas solat waktu Zohor, aku dengan Ella biasanya melepak dan berbaring di surau sementara menunggu waktu rehat tamat.
Tetapi kali ini aku sendirian disebabkan Ella kerja shif malam sepanjang minggu ini.
Tengah syok baring-baring, aku terdengar beberapa orang rakan sekerja aku bersoseh-soseh di sebalik tabir.
Sesekali diselangi tawa nakal.
Mula-mula biasa sahaja, tetapi apabila aku terdengar mereka mula melampaui, aku mula naik geram.
"Wei... wei.. tengok gambar yang ni pulak!" "Ehh, ni ada video..." "Wahhh.. hot gila!.. hot gila!" jerit salah seorang dari mereka.
Aku mengetap bibir.
Dia orang ni tengok cerita porno ke? Menyampah pula aku dengar suara mereka.
Kemudian mereka menyebut nama Azril, terus mencuri perhatian aku.
Aku bangun dan intai dari tabir, aku dapati budak-budak junior line aku rupanya.
Lili, Mas dengan Dila.
Apa mereka buat tu? Perlahan-lahan menghampiri mereka yang asyik memandang skrin tanpa menghiraukan sekeliling.
Aku duduk belakang mereka dan melihat apa yang mereka lihat pun tak sedar.
"Astaghfirlullah al Azim!!!..." jeritku sejuat hati.
Terus biru muka budak tiga ekor tu.
"Kak Yaya, jangan jerit lah!" tegah Lili sambil cepat-cepat menutup telefon mereka.
Tengah stalk Instagram Azril rupanya.
Dalam rangkaian media sosial lelaki ini, memang banyaklah gambar-gambar Azril yang memang confirm tak lepas LPF punya! Ada foto diambil di studio dan ada yang tidak memakai baju, berseluar pendek serta gambar-gambar lelaki itu di pusat gymnasium.
Belum lagi buka videonya lagi.
Mahu berpeluh-peluh melihatnya.
Sumber:Internet