. Lokman selesai membersihkan bilik tidurnya.
Bukan main lagi hias bilik dia, dah macam anak dara.
Siap langsir bunga-bunga, karpet putih berbulu kambing dengan cadar warna merah muda lagi.
Aku menggeleng-geleng kepala tengok.
"Kau takdak warna lain ke, warna cadar kau tu Man? Warna pink juga kau pakai.
" "Takde.
Man beli online, order warna biru, dapat warna ni.
Nak buat macam mana?" Jawabnya ringkas.
"Dalam almari kak chik ada purple.
Kau nak?" "Malas ah.
Dah siap pasang dah.
Tadi taknak bagi.
" "Isk, kau tak tanya.
Cepat arr, nak beli makan ni.
Lapar.
" " Naik kematu juga tunggu si Lokman ni bersiap.
Hampir setengah jam barulah dia keluar dari bilik dia.
"Tunggu bukan main lama, pakai macam tu jugak.
" Komen aku apabila dia memakai t-shirt dengan seluar balapan.
Rumah pangsapuri ini berstruktur macam sekolah iaitu koridornya kena melalui depan pintu rumah jiran-jiran.
Melewati rumah Mak Uda, aku ternampak sudah banyak kotak-kotak yang telah siap disusun di satu sudut berdekatan dengan pintu rumah.
Anak lelaki Mak Uda berumur 11 tahun turut berada di situ sedang mengemas barang mainannya ke dalam kotak.
"As aku beri salam beberapa kali sebelum Mak Uda keluar dari sebuah bilik.
"Walaikumussalam.
Eh, Suraya! Ma pelawa Mak Uda sambil menarik semula lengan bajunya yang disingsing ke siku.
"Tak apalah.
Mak Uda nampak macam sibuk aje.
Hari tu kata nak pindah hujung bulan, tapi nampak macam dah siap aje mengemas ni.
" Kataku sambil pandangan menerewang ke arah kotak tersusun rapi itu.
"Oh, banyak lagi Suraya.
Kalau nak buat semua dalam masa yang singkat, tak larat lah Mak Uda.
Ni kemas barang-barang tak pakai dulu.
" Jawab Mak Uda sambil tersengih.
"Kamu berdua ni nak ke mana?" "Nak gi makan sekejap.
Lepas tu nak beli barang-barang dapur sikit.
Si Lokman ni kata nak bawak bekal esok ke office.
" "Eloklah.
Jimat belanja..." "Mak Uda dengan Iman ni dah makan ke? Nak saya bungkuskan tak?" "Eh, tak payahlah.
Terima kasih.
Dah makan dah..." "Ermm... kalau macam tu.
Okeylah, kami pergi dulu ya.
Nanti balik, saya singgah tolong apa yang patut.
" Kataku menawar diri.
Mak Uda hanya tersenyum sambil mengangguk-angguk.
Suasana petang hujung minggu di Bandar Baru Bangi agak sesak.
Nak-nak lagi di kawasan-kawasan tumpuan ramai sebegini.
Aku dan Lokman tidak bercadang untuk makan ikut selera, asalkan boleh isi perut yang kosong ini, itu sudah memadai.
Lagipun, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi tak ada yang sediakan masakan bakso lagi, jadi aku terbuka selera ke hidangan yang lain.
"Tom yam?" tanya Lokman sambil menggigit bibirnya.
Aku menggangguk.
Aku membontot Lokman untuk ke meja bahagian dalam premis melalui beberapa buah meja yang sudah depenuhi pelanggan yang lain.
"Hai Cik tegur sesorang lelaki yang mula biasa aku dengar.
Pelat.
Aku menoleh.
"Eh, Encik Azril!" latahku membuatkan Lokman turut berpaling ke arahku.
"Dari mana ni?" Tanya Azril.
Di sebelahnya ada seorang lelaki yang berbangsa cina memakai baju berwarna jingga dan berseluar jean biru lusuh.
Sungguh kacak dengan mata sepet dan berhidung mancung.
Juga berbadan sasa dan tegap sepertinya.
Kedua-dua mereka tersenyum ke arahku yang masih terpinga-pinga.
Sumber:Internet