Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 16

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 16

. Aku dan Ella berjalan dari surau ke line.
Pada aku, mood biasa-biasa saja ketika itu sehinggalah orang yang aku harap-harapkan aku temui, melintas di hadapan akhirnya.
Agung berjalan bersama beberapa orang temannya.
Dari lirikan matanya, dia masih tidak menghiraukan aku lagi.
Pandangannya lain macam kepadaku.
Aku cuba untuk menegurnya.
Marah lagi ke dia kepadaku? Kadang-kadang aku tak faham, apalah salah aku membuatkan Agung marah benar? Besar sangatkah kesalahan aku? Sesak nafas memikirkannya.
Sudah beberapa kali aku mencuba merapati.
Setiap kali itu itulah dia menjauhi.
Terkilan dibuatnya.
Lebih membuatkan aku bingung, setiap kali aku cuba merapati Agung, ketika itulah muncul Azril.
Entah dari mana-mana lelaki ini keluar.
Dan soalan dia tidak lain dan tidak bukan... "Amacam Suraya, rumah tu dah kosong ke?" Itulah soalannya.
Sampaikan naik jelak nak menjawab.
"Lokman tak bagi ke nombor kat Encik Azril? Kata hari tu dia nak bagi, kan?" "Sudah.
Tapi nombor dia bagi nombor salah.
Saya try telefon, entah cina mana yang angkat.
Sebab tu saya try adjust dengan awak pulak ni.
" Kata Azril selamba.
Aku tersengih.
Dalam hati bukan main lagi melonjak girang.
Padan muka! "Nanti saya bagi ya Encik Azril.
Sekarang ni, boleh saya mintak ruang sikit? Saya nak uruskan satu benda ni..." kataku sambil melarikan pandangan kepada kelibat Agung yang lalu di hadapan.
Azril seperti terkejut, kemudian beberapa lama kemudian dia tersenyum sambil mengangguk-angguk kecil.
Dia tidak sangka aku boleh menolaknya ketika itu.
Baginya, tak ada orang lagi yang melayannya seperti aku sebelum ni kut.
Aku melangkah laju ke arah Agung.
"Abang Agung..." panggilku lembut.
"Ya Suraya? Ada apa-apa masalah ke kat line?" "Errr... line takde masalah.
Line kita aje ada ma getusku dalam hati membuatkan tersenyum sendirian.
"Suraya?... Suraya?" Panggil Agung untuk kesekian kali setelah mendapati aku mengalamun.
Ah, sempat lagi? "Takde apa-apa.
Saya cuma... nak..." "Petang ni boleh kita jumpa tak Suraya? Abang ada benda nak tanya suraya ni?" "Petang ni? Boleh! Boleh!" kataku beriya.
"Ok.
Kalau macam tu, pukul tujuh abang jemput Suraya dekat rumah, okey?" Aku bersetuju tanpa banyak soal.
Sungguh aku harapkan sesuatu yang positif dari keluar dari mulut Agung kerana aku begitu mengharapkan perhatiannya.
Dari renungan matanya cukup membuatkan aku bahagia, apatah lagi kalau dia melafazkan kata-kata mengikat hubungan kami berdua? Bahagia yang dicipta oleh minda aku ini tidak terbatas apa yang bakal aku tempuhi pada waktu itu.
Harap-harap apa yang kebahagiaan yang dicipta oleh minda ini menjadi kenyataan.
Langit senja merona biru indigo.
Selesai solat maghrib, aku sudah bersiap sedia di ruang tamu.
Lokman keluar dari bilik istananya.
Berkain pelikat, berkopiah dan berbaju kemeja-T.
Baru selesai solat gayanya.
"Nak ke mana ni, lawa-lawa ni?" Tanya Lokman sambil mengheret alat kawalan jauh dari celahan timbunan kertas-kertas kerja projek akhir semester.
"Keluarlah.
Ingat saja-saja ke pakai macam ni?" Jawabku dengan nada sedikit berlagak.
Lokman mencemik.
"Dah tua-tua pun masih lagi ada hati nak dating-dating bagai..." gumam Lokman mencela aku.
Nasib baik hati tengah berbunga-bunga.
Tak apa, kalau kakak yang kau kutuk ni kahwin, jangan harap aku bagi tinggal dengan aku lagi.
Getusku bersulam amarah sakit hati.
Aku tidak mengendahkan Lokman yang telah masuk ke dalam dunianya.
Telefonku berdering alamat orang yang aku tunggu-tunggu sudah berada di bawah.
Aku bergegas membuka pintu dan menuruni anak tangga.
Lalu mendapatkan Agung yang sudah tersenyum lebar di dalam keretanya.
Restoran makanan Thai di Seksyen 9 menjadi pilihan Agung.
Pelik juga apabila lelaki berketurunan jawa ini nampak gemarkan masakan Thai sedangkan aku ini pula gemarkan masakan jawa.
Selain bakso, sambal ketuk atau sambal ijolah menjadi kegemaranku.
Selesai mengambil oder makanan.
Kami diam.
Aku ambil kesempatan ini untuk menatap wajah Agung.
Terpampang sedikit kegembiraan pada wajahnya.
Senyuman turut terleret penjang apabila memikirkan andai kata kegembiraannya itu adalah saat bersama aku.
"Abang rindukan Dewi.
" Lantas, senyuman aku ditarik tawar.
Dewi? Ah, aku rasakan nama itu seperti sumpahan.
Malah ia seakan-akan menjadi bayang-bayang dan penghalang cinta Agung untukku.
Aku menolak badan dan bersandar kepada kerusi.
Wajahku jelas tidak dapat berbohong untuk meneruskan senyuman.
Agung dapat membaca gestur tubuh aku.
"Awak tak pernah hubungi Dewi ke, Suraya?" Tanya Agung.
Sekilas aku sudah tahu apa yang dia inginkan dari jawapan aku.
Persepsi dia terhadapku mungkin menjadi skeptikal jikalau aku memberi jawapan salah.
Jadi harus menjadi sedikit hipokrit walaupun bahasa badan aku terang-terang tidak mengatakan begitu.
"Pernah.
Kami saling contact lagi.
Lagi-lagi dalam Facebook.
" Agung tersenyum.
Bukan kata tawar, pahit berkelat sudah.
Agung dapat detected ketidakiklasan senyuman aku.
Tapi dia kan lelaki cool.
Bersahaja dan tidak sepatah pun bertanya kepadaku apa yang bermain di fikiran ini.
"Baguslah.
Abang ingatkan Suraya sudah ketepikan dia.
Bukan apa, memang dia perempuan yang tidak terbatas dan liar, tapi kita tak boleh salahkan dia seratus peratus kan? Dia orang susah, abang fikirkan balik... perit juga hidup dia.
" Akui Agung membela Dewi.
"Abang jumpa saya, untuk bagitahu ini aje ke?" Soal aku dalam tidak puas hati.
Tak sangka.
Susah-susah aje aku ke sini.
"Oh, tak.
Abang ingat hendak pergi jumpa dia di sana.
Abang akan ke Jakarta.
Abang hendak minta maaf kepadanya.
Abang nak dia kembali kepada abang.
Sungguh Abang tak dapat lupakan Dewi.
" Rasa hendak muntah aku mendengar pengakuan dan konon-konon pergorbanan Agung itu.
Serius? Panggil aku siap ajak makan malam, hanya untuk membuat pengakuan ini saja? "Jadi, abang nak mintak nasihat Suraya.
Apa yang patut abang bagi sebagai minta maaf abang kepada Dewi ya?" kata Agung membuatkan darah aku naik serta merta.
Sah, aku ini dijadikan alat untuk Agung dan Dewi berhubung.
Apa, ingat aku ni tak ada perasaan ke? "Okey that's it! Abang ajak saya makan malam ini hanya untuk minta pendapat dan nasihat macam mana nak pulihkan hubungan abang dengan Dewi? Melampau lah Abang Agung! Ingat saya ini apa? Patung ke tak ada perasaan? Sampai tak jaga perasaan saya!?" Radangku membuat mata Agung yang sedikit sepet itu membulat.
"Sudahlah! Saya dah penat! Kalau abang nak Dewi, abang usahakan sendiri.
Kalau saya bantu abang kali ini pun, kalau abang gagal... alih-alih saya juga yang dipersalahkan!" Aku menghempas tisu lalu meninggalkan meja makan.
Dari rasa sayang dan cinta, kini perasaan sudah terbalik seratus lapan puluh darjah terhadap Agung.
Memang terbalik habis! Aku bingkas bangun secepat mungkin meninggalkan Agung yang sudah terpinga-pinga di meja makan.
Rasakanlah! Aku berjalan tanpa memikir apa tindakan Agung ketika itu.
Biarlah sama ada dia nak kejar aku ataupun tak, yang penting aku harus lari dari sini segera! Sakit hatiku bukan tipu-tipu lagi.
Aku bergegas menghampiri pintu dan keluar restoran itu tanpa menghirau apa yang berlaku.
Sejak dari tadi lagi, naluri aku kuat mengatakan segalanya akan berakhir setelah aku keluar daripada sini.
Dan benar, aku mendapati lelaki itu berdiri sambil bersandar pada motosikal berkuasa tinggi miliknya.
Lelaki itu memakai kemeja merah dipadankan jaket kulit berwarna hitam.
Dia tersenyum memandang ke arahku.
"Encik Azril buat apa kat sini?" getusku melihat Azril seperti menanti-nanti aku keluar dari restoran itu.
Kami saling berpandangan dari jarak tempat berdiri tidak jauh antara satu sama lain.

Sumber:Internet