. Rosnah datang menghampiri line.
Mula-mula aku syak dia nak cari salah.
Lama dia perhatikan kami yang tekun memasang siap peralatan elektronik.
Setelah beberapa lama selepas itu dia kembali perhatikan aku.
Aiseh, apa hal lah minah psiko ni nak? "Suraya! Ikut akak Jap!" arahnya membuatkan beberapa orang sekeliling memandang ke arahnya.
Ella yang baru muncul dari bilik stor peralatan, mengjungkit wajahnya simbolik untuk bertanya kenapa.
Aku balas pertanyanan bahasa tubuh itu dengan bahasa tubuh juga.
Aku angkat bahu tanda tidak tahu.
"Apa hal Kak Ros?" bisik aku apabila mendekati ketua line itu.
"Kau jadi penolong akak ya.
Bos mintak dua orang dari line kita untuk sertai meeting jap lagi.
" "Meeting?" "Ya, meeting trip kita ke Langkawi ler.
" "Eh, aku kak?" "Dah, tak payah nak buat terkejut.
Kau aje yang layak sebab kau adalah antara pekerja paling lama kat sini.
Lagipun, takde apa-apa pun.
Just duduk dengar aje, okey?" Aku hanya setuju.
Dah Rosnah cakap aku hanya duduk dan dengar.
Rasanya itu tak jadi masalah besar pun.
Aku mengekori Rosnah hinggalah ke bilik mesyuarat yang terletak di blok bangunan pertadbiran kedua.
Letaknya di tengah-tengah dalam kompleks kilang ini.
Bilik mesyuarat tidaklah besar sangat tapi cukup memuatkan empat puluh orang di dalamnya.
Dan yang membulatkan mata bundar aku ini apabila terpandang Agung yang sudah duduk, menunggu ahli-ahli mesyuarat yang lain.
Aku belum dapat lagi menerima kata-kata Agung malam semalam.
Terlalu pahit untuk ditelan.
Oleh sebab itulah, setiap kali kami bertaut pandangan, aku yang dulu cepat-cepat mengalih mata.
Tak terdaya aku rasa untuk berbalas.
Kemudian, muncul pula Azril.
Dia duduk di meja hadapan, sebaris dan beberapa selang tempat duduk dengan Agung.
Berbeza dengan Agung, Azril lebih tersengih apabila melihat aku.
Sesekali dia mengenyit mata kepadaku.
Aduh, ni lagi seorang ada masalah mental jugak ni.
Mesyurat bermula apabila ketua bahagian mula memberi taklimat dan susun atur cara untuk majlis makan malam itu.
Pengarah operasi AHC Electronic & Supply (M) Sdn.
Bhd iaitu Encik Nakamura turut turun padang untuk mendengar perbincangan ini.
Jadi aku tak rasa mesyuarat ini biasa-biasa dah.
Tempoh selama 40 minit aku rasa sekejap saja apabila aku mendengar Encik Tan membentang cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilakukan pada malam tersebut.
"Hai all, okey thanks to Mr.
Tan for brilliant proposal.
But I'm glad to hear any ideas from you too.
So, I'm open the mic and every single of you, have to say something suggestion before you may to leave.
" Kata Encik Nakamura membuat aku meneguk air liur.
Aku jeling Rosnah yang mula tersengih-sengih serba salah kepadaku.
Tadi kata duduk dan dengar aje, sekarang nak kena beri sekurang-kurangnya satu cadangan untuk memeriahkan majlis makan malam nanti.
Kalau tak, tak boleh keluar.
Seorang demi seorang yang datang ke hadapan untuk memberi cadangan-cadangan termasuklah Agung dan Azril.
Encik Nakamura pula suka mendengar sahaja.
Dia tidak faham pun apa maksud staf-staf dia katakan sebab rata-rata yang berbahasa melayu.
Itu satu poin yang membuatkan aku lega sedikit.
Makin lama makin dekat dengan giliran aku.
Rasa macam tunggu giliran hendak dijerut leher saja rasanya, "Okey, Suraya?" Terbutang mata apabila namaku disebut.
Dalam keadaan mencemaskan itu, sempat aku menangkap suara Azril yang bersorak untuk mendengar suaraku.
Agung pula macam kaku dengan senyuman bekunya.
"Ermm, baiklah... Saya tak tahu nak cakap apa pun.
Cuma nak tanya, trip ni berapa lama sebenarnya? Kalau lama, saya fikirkan nak acara bebas sahaja.
Iyalah, kami ni kerja selalu ikut peraturan ketat.
Jadi, boleh tak kalau kali ini bebaskan kami.
Maksud saya, hanya acara dinner sahaja staf ikut syarikat.
Selebihnya buat hal masing-masing.
Lagipun, dengan cara ini syarikat boleh berjimat, kan?" Hambik kau.
Dalam keadaan berdebar ni, aku sendiri langsung tak ingat apa yang diperkatakan.
Dengan muka toya dan spontan pun tidak mengapalah, asalkan boleh lepas saat getir ini.
Semua orang terdiam selepas aku memberi cadangan itu.
Encik Nakamura diam sambil mendengar penterjemahan dia membisikkan sesuatu kepadanya.
"Brilliant! I need that that idea... what your name, dear?" " Suraya Sir.
" Jawab aku tergagap-gagap.
" okey, you're brilliant!" Aku menguntum senyum.
Tanpa memandang ke arah Agung, lelaki itu juga tersenyum.
Dia tidak sangka aku dapat menawan hati Encik Nakamura dengan cadangan itu.
Setelah acara pusing meja bulat berakhir, Encik Tan menamatkan mesyuarat itu.
Rosnah sempat mengucapkan tahniah kepadaku di luar muka pintu bilik mesyuarat.
Melihat aku semakin menjauh, Azril melajukan langkahnya merapati.
"Suraya, rumah sewa tu available lagi kan?" tanya Azril sebagai pengganti kata sapaan.
Walaupun dia dalam nada bergurau, tetapi ia cukup mengjengkelkan aku.
Aku ingatkan dia mahu mengucapkan tahniah ke apa, rupa-rupanya lebih hendak tahu pasal rumah sewa lagi.
Aku naik jelak tentang topik itu dan dengan selamba aku menarik muka hendak memarahinya.
Tak semena-mena Azril tergelak.
Mak aihh, wajah Azril yang kelihatan bengis dan kaku, bila sekali dia gelak, berterabur beb... Fuh, seksi betul wajahnya.
Ini boleh bikin hati boleh cair ni.
Aku terkesima.
Eh, kelakar sangatkah muka aku bila marah? Sampaikan Azril pun boleh tergelak? "Takdelah.
Saya jumpa awak ni bukan pasal rumah.
Tapi ada satu hal yang saya perlu mintak tolong awak.
" "Apa dia? Kalau boleh tolong, saya boleh tolong.
" "Boleh tak kalau petang ni awak tolong saya hantar kereta ke rumah saya?" "Eh, kenapa saya? Mana pergi kawan baik awak tu?" "Kevin? Kevin outstation kat Taiwan.
Dah dekat dua minggu dah tak dapat jumpa dia ni..." "Oh "So, boleh ke tak?" Aku mengangguksetuju.
Itu pun dalam mahu tak mahu aje.
Bukan apa, terharu juga apabila akuini dianggap orang kedua Azril meminta tolong selepas Kevin.
Itu maknanya, akulahorang kedua yang dipercayai olehnya.
Sumber:Internet