Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 18

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 18

. Aku dah lama tak pegang streng kereta.
Kali terakhir aku pandu kereta adalah ketika hari raya Aidilfitri tahun lepas.
Itupun disebabkan dipaksa oleh ummi ajak pergi beraya ke rumah saudara mara di kampung.
Mungkin aku ni ikut perangai ayah kut, berat betul nak pergi berjalan-jalan dan bertandang ke rumah orang, walaupun rumah saudara mara.
Tak boleh nak lari daripada buat apa-apa alasan untuk meolak paksaan ummi sebab ketika itu Abang Long dengan Abang Ngah tak balik beraya di rumah kampung.
Hendak tak hendak, terpaksalah jua.
Oleh kerana permintaan Azril ini, terpaksalah aku melembutkan tangan untuk memandu.
Tak apalah, kali ini aku tolong Azril, manalah tahu tiba giliran aku pula ada masalah, hendak minta tolong dia.
Azril datang menjemput aku di rumah dan membawa aku ke sebuah bengkel di Pandan Indah.
Kami hanya berbual biasa-biasa sahaja.
Makin rancak hinggalah tidak sedar sudah sampai saja di hadapan bengkel yang dimaksudkan olehnya.
Aku lihat pintu bengkel ditutup separuh menandakan masa berkerja sudah tamat.
Kemungkinan seorang mekanik atau pekerja bengkel yang sedang menunggu ketibaan Azril, kot.
Azril memintaku segera berpindah ke tempat duduk pemandu.
Dia juga tidak mahu berlama-lama untuk berada di kawasan bengkel yang sedikit sunyi ini.
"Awak okey drive kereta ini?" tanya Azril menjengah keadaanku yang terkial-kial.
"Okey, okey!" kataku antara antara yakin dan tidak yakin.
Iyalah, kereta yang bakal dipandu oleh aku ini adalah kereta Honda Accord.
Tak pernah lagi aku cuba memandu kereta semewah ini.
"Rileks Suraya.
Kereta ni sama saja dengan kereta-kereta lain.
" Kata Azril memberi semangat sekali gus cuba menghilangkan kegusaran.
Bagiku, ini kereta orang.
Kalau aku tereksiden terlanggar ke, terbabas ke, kalau ro aku bukan ada duit pun nak ganti.
Menyesal pulak setuju untuk membantunya.
"Tak apa.
Biasakan diri ya dulu.
Saya nak settlekan kereta saya jap.
" Katanya.
Lalu meninggalkan dan berjumpa dengan mekanik yang sudah lama menunggunya.
Dengan itu, memberi ruang dan masa untuk aku membiasakan diri.
Proses Azril mengambil keretanya dari bengkel tidak mengambil masa yang lama.
Dia hanya pergi jumpa pekerja bengkel yang aku dapat agak pekerja itulah adalah pemiliknya sendiri.
Masakan pakai baju smart-smart sambil duduk di meja receptionist main-main tekefon? Mereka sembang-sembang sekejap dan Azril terus membayar.
Aku syak yang sesi sembang-sembang mesra tadi mungkin taktik Azril untuk mendapatkan diskaun agaknya.
Bukan main mesra lagi aku tengok.
Selepas selesai urusan menuntut kereta, barulah tanggungjawabku untuk memandu kereta milik bapanya ini untuk dipulangkan kepada pemiliknya ditagih.
Aku perlu mengekori Azril menghala ke rumah ibu bapanya yang tinggal di Ampang Jaya.
"Encik Azril jangan pandu laju-laju tau!" sempatku berpesan kepadanya.
Dari bengkel menuju rumah ibu bapa Azril memakan masa hampir 20 minit sahaja.
Itupun kerana Azril diminta untuk memandu perlahan.
Tak mahulah menjadi satu kerja pulak racing dekat lebuh raya MRR2 ni dengannya.
Dan Azril pun faham keadaan aku.
Perlahan aje dia pandu walaupun keretanya adalah kereta sport mewah.
Bayangkanlah Nissan R35 GT-R warna hitam belang tengah kuning bergerak 60 kilometer per jam aje.
Memang lawak! Selepas beberapa lama, kami sampai di destinasi yang dituju.
Terbeliak mata aku apabila melihat rumah banglo milik ibu dan bapa Azril.
Rumah banglo dua tingkat lot tepi dengan tanahnya dimaanfaatkan taman mini yang menarik.
Rumahnya betul-betul berada di sebelah lebuh raya MRR2.
Ya Allah, anak orang kaya rupanya Azril.
Patutlah kereta dia bukan calang-calang.
"Suraya, marilah masuk dulu.
" Pelawa Azril apabila mendapati aku terpegun.
Aku menoleh ke arahnya.
"Kena masuk ke? Kalau saya tunggu Encik Azril kat sini aje, boleh?".
Sumber:Internet