Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 19

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 19

. Agung kelihatan tenang sahaja melakukan kerja-kerja rutinnya.
Walhal di dalam pemikirannya dirasuk keresahan dan kebingungan.
Sejak kejadian di kedai makan tempoh hari, aku langsung tidak bertemu mata apatah lagi mahu menegurnya.
Aku cukup sakit hati dengan apa yang dia luahkan kepada aku.
Tambah sakit hati lagi, boleh pula dia minta nasihat daripadaku.
Ada hati! Nak aku nasihatkan dia, apabila keadaan tidak berlaku mengikut kehendaknya, aku juga yang dipersalahkan.
Lelaki dengan ego, mana boleh dipisahkan! Geramnya aku.
Mana tahan macam tu.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah alasan aku memarahi Agung.
Hakikat tersirat di sebaliknya, aku cukup malu dan kecewa apabila Agung masih tidak lupakan Dewi tanpa menyedari keinginanku.
Apa yang aku rasakan kepadanya dan apa isi hati aku.
Lagi mengusutkan otaknya adalah disebabkan permintaan Nenek.
Agung ada memberitahu perkara ini kepada Nenek.
Diceritakan bagaimana aku merajuk dan kenapa aku boleh bertindak begitu, Nenek amat marahkan Agung.
"Kamu ni dah besar panjang, takkkan itupun tak boleh fikir perasaan orang?!" "Saya tak maksudkan begitu nenek.
Nak buat macam mana kalau saya masihkan cintakan Dewi?" "Dewi! Dewi! Dewi! Kalau betul cintakan Dewi, mana dia sekarang?" "Itu sebabnya saya ingin cari semula dia.
" "Apa yang kamu merepek ini Agung? Tolong la berpijak dunia nyata.
Dia sudah tak ada dekat sini lagi.
" "Ya nenek.
Saya sanggup.
Saya akan ke Jakarta minggu hadapan.
Saya nak jumpa Dewi dan betulkan keadaan ini.
Salah saya sebab tak bagi peluang kedua kepadanya.
" Nenek mendesah berat.
"Perlukah kamu kejar benda yang tak pasti? Suraya yang di hadapan mata itu, tak ada pula kamu fikirkan.
" Agung menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak mahu lagi berbahas.
Cukuplah apa yang dia hendak beritahu kepada Nenek.
Dia tidak mahu keizinan.
Dia hanya ingin memberitahu hasratnya yang dia akan ke Jakarta untuk bertemu cinta hatinya.
Nenek juga tidak mahu menghuraikan lanjut.
Biarlah cucu tunggalnya itu mengatur dan merencanakan masa depan hidupnya sendiri.
Nenek tidak mahu lagi mencampuri hak Agung.
Itu pendiriannya.
"Agung, boleh bawakkan Suraya datang sini tak? Nenek nak jumpa dengan dia.." pinta Nenek kepada Agung.
Agung hanya senyum bagi menjawab permintaan Nenek.
"Yaya... macam mana persedian kau, dinner nanti?" Bisik Ella kepadaku.
"Biasa aje.
" Jawabku ala kadar.
"Biasa je? Apa maknanya tu?" "Biasa aje la... Pakai baju kurung hari raya tu je.
" Jawab aku lebih bersungguh untuk menerangkan kepada kawan aku yang agak kepochi ini.
"Whatttt?" "Haish jangan drama sangat boleh?" "Eh, tak-tak Yaya.
Kau ni pun agak-agaklah.
Malam annual dinner tu.
Semua orang dah teruja benar nak tunjuk baju masing-masing.
Even Kak Ros pun aku dengar nak pakai baju gaun kembang-kembang bawah ala J.
Lo tau.
Kau nak pakai baju kurung je? Tak vogue langsung!" "Tu je la aku mampu, Ella.
" "Tak.
Tak.
Aku tak peduli.
Malam ni kau ikut aku okey.
Kita shopping baju yang sesuai sikit untuk majlis makan malam nanti.
Idea nak jalan atas karpet biru tu pun, idea kau jugak kan? Kau bagi idea best, tapi kau sendiri tak nak ikut!" selar Ella.

Sumber:Internet