. Pendingin hawa bilik ketua jabatan produksi, Encik Tan, menghambur udara dingin sedingin-dinginya.
Aku yang berdiri di tengah-tengah bilik terasa hawanya tepat menghembus ke muka.
Rosnah berdiri di tepiku sambil menarik muka masam.
Berkali-kali dia menyalahkan aku kerana mengheretnya untuk turut menghadap Encik Tan.
Encik Tan masuk ke dalam bilik diikuti dengan Agung di belakangnya.
Dalam keadan itu, sempatku tersenyum melihat lelaki itu ada bersama.
Dari ekor matanya pula, dia sudah sedar yang aku asyik mengerling ke arahnya.
Gila tak bahagia kalau lelaki yang kita suka ada bersama? Aku tersenyum sebelum menarik muka masam apabila Encik Tan menghempas fail ke atas meja.
Rosnah buat-buat terkejut.
Padahal selalu aje Encik Tan berbuat sedemikian kalau dia marah atau tak puas hati.
"Lu kelija ahhh, pakai otak ka pakai kepala lutut?!! ni ge shagua!" Maki Encik Tan sebagai mukaddimah habuan yang aku dapat atas kesilapan aku tadi.
Rosnah menyiku lengan aku kerana dia perasan aku mencebik seolah-olah tidak kesah dengan makian pengurus jabatan produksi itu.
"Sorry Mr.
Tan.
" Rosnah menggeleng-gelengkan kepala.
Sebenarnya jarang Encik Tan hendak menyinga.
Tapi kalau dia sudah naik darah... macam-macam lah kau kena makan dia punyai caci maki berbisa.
"Lu mahu kasi ini company lingkup ma! Manyak la lu punya sorry! Bla... bla..." aku dan Rosnah biarkan Encik Tan melepas geramnya.
Berbakul-bakul dia bagi ceramah kepadaku.
Rosnah terkena tempias.
Seperti tabiat kebiasaan bagi seorang pekerja dimarahi oleh pengurusnya, aku turut menunduk sambil mengangguk-angguk konon faham.
Agung dan Rosnah hanya berdiam diri sambil melihat aku ditembak bertalu-talu.
Mereka sudah tahu perangai aku.
Jenis kaki redha sampai tahap tak lut setakat kena bebel macam ini.
Lagipun aku senior dari mereka, aku dah berkerja di kilang ini lebih lima tahun.
Encik Tan pun dah tahu perangai aku.
Jadi, dia cakap macam mana pun, aku hanya tadah telinga ajelah.
Dan... Padanlah dengan muka aku.
Memang patut aku kena sumpah macam tu.
Siapa suruh leka dan buat silap? Kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan diriku ni.
"Lu dah kerja sini lebih enam tahun maa, tapi perangai lu macam budak habis sekolah! Lu tengok ini Losnah, dua tahun sudah jadi leader maa... lu bila mahu maju!?" Bentak Encik Tan buat telinga berdesing seketika.
"Okey Mr.
Jawabku pendek.
Entah apa silap aku kali ini, jawapan yang selalu aku berikan itu bagai minyak tanah dicurahkan kepada api.
Mendengar itu, bertambah-tambah marak api kemarahan Encik Tan.
"Lu arr manyak bodoh punya perempuan! Lu selalu cakap okey, okey tapi lu buat jugak! Menyusahkan betul! Kalau lu manyak main-main, lu boleh wa kasi buang maaa!! Manyak lagi olang lain yang mau kelija!" Terbeliak mata aku.
Tidak pernah lagi Encik Tan marah sampai tahap mengugut macam ini.
Dari aku rasa macam biasa-biasa, endah tak endah, nah, lagi sekali padan muka aku.
Terketar-ketar bibir aku menahan rasa geram.
"Ayo... janganlah ungkit macam itu Mr.
Tan.
" Tiba-tiba Agung bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
Serentak dengan itu, aku dengan Rosnah berpandangan.
"Lu janganlah buat macam tu kepada Suraya.
Dia gadis bijak dan pekerja yang terbaik kat jabatan ni la Mr.
Tan.
Cuma dia tak pandai nak handle mesin aje?" Tokok lagi Agung.
"Terbaik? Lu jangan back up ini perempuan bodoh, Agung! Kalau dia bijak, tak ada lah dia jadi operator sampai lima tahun macam ni maaa..." bentak Encik Tan tanda kurang setuju.
Aku telan air liur.
"Mr.
Tan tahukan yang Suraya ada master dalam pengajian Business Study.
Saya percaya dia bukan bodoh macam Mr.
Tan sangkakan.
Dia boleh berkerja lebih daripada apa yang dia buat dekat sini.
Cuma dia saja yang tidak mahu.
Lagipun dalam ekonomi mencabar sekarang ni, tak salah dia untuk berkerja apa-apa pun.
Asalkan dari usahanya sendiri.
" Agung menjawab tenang.
Eh? Aku pelik.
Macam mana Agung boleh tahu fasal aku ni? Beria-ia pula tu mempertahankan aku.
Tuhan saja tahu perasaan aku ketika itu.
Terharu, bahagia dan sedih.
Kenapa pula kena rasa sedih ni? Sudah tentulah sedih, kena maki kot... kau rasa? Encik Tan malas melayan lagi.
Sebelum dia mengakhiri sempat dia memberi aku satu amaran lisan terakhir sebelum surat amaran dilayangkan kepadaku.
Aku senyum tawar kepadanya dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar.
Kesejukan bilik pejabat yang hampir macam bilik mayat ni pun dah tak terasa sudah.
Rosnah mencubit lengan aku.
Apa lagi, aku mengaduh sakit sambil menjeling ke arahnya.
Jelingan dibalas dengan pandangan yang lebih menikam olehnya.
"Kau ni, aku geram aje kata Rosnah menambah rasa perit.
"Sorrylah Kak Ros, aku tak sengajalah basahkan litar akui aku.
"Apa??!! Kau basahan litar? Bodohlah kau Yaya!" Jerkah Rosnah lagi.
"Kan aku dah cakap..." Kata-kata aku terpotong apabila terlihat kelibat Agung yang berjalan menghala keluar bangunan.
Tanpa berfikir panjang aku berlari mengejarnya.
Terpinga-pinga Rosnah yang ditinggal olehku.
"Eh, eh perempuan ni... mentang-mentang nak kejar jantan, dia tinggal aku macam ni aje?" Rosnah menggumam geram.
Aku mencuit lengan Agung.
Dia menoleh ke arahku yang tersenyum sipu, menahan rasa teruja untuk bercakap dengannya.
"Saya ucap terima kasih ya Abang Agung.
" Kataku sambil buat aksi acah-acah comel dan sweet.
Agung hanya tersenyum.
Kacaknya muka lelaki ini.
Ah, aku cair! "No biggies.
Dah memang kerja saya.
" Jawabnya bersahaja.
"Oh, back up saya depan Mr.
Tan, kerja abang Agung jugak ek?" Usikku.
Agung tidak menunjukan reaksi tersentak apatah lagi tidak faham dengan gurauan.
Sebaliknya dia tidak putus-putus mengukir senyuman.
Cool seperti yang diperkatakan.
"Awak maksudkan itu rupanya.
Soal itu, Suraya jangan fikir bukan-bukan.
Saya hanya kasihankan awak sahaja.
Mesin tu terbakar bukan pasal awak lap litar dengan tisu basah, tapi memang dah papan cip dah rosak.
Saya dah beberapa kali mintak Encik Tan tukar.
Tapi dia yang tak dengar.
Bila jadi macam ni, awak kena marah.
Lagipun, mood Mr.
Tan tak baik hari ini.
" Jelas Agung tanpa bersangka-sangka denganku.
Lain pula dengan aku.
Sudah terbang bebas, berkhayal apabila memerhatikan gerak bibir Agung yang berwarna kemerah-merahan mengungkap setiap baris kata-kata itu.
Geram aku tengok! Kalau aku ini seorang yang tidak ada iman, serius hendak saja aku gomol-gomol bibir lelaki ini! Eh, apalah aku mengarut ni? Nafsu tu, naf Astag "Suraya? Suraya?..." panggil Agung apabila dia mendapati aku diam sedari tadi.
Aku tersentak.
"Oh, sorry, sorry.
" "Saya cakap, awak dengar ke tal tadi?" Tanya Agung untuk kepastian.
Aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Tak dengar sebab saya sudah hanyut dalam khayalan cinta Abang Agung bisik aku, merepek lagi.
"Apa yang awak bisik tu?!" Agung mahu aku menguatkan suara.
"Saya tanya, kenapa Mr.
Tan bad mood!?" Dalih aku selamba.
Agung tahu aku cuba menukar topik.
Apa yang aku katakan lain daripada apa yang bisikkan tadi.
Dia seperti biasa akan berlagak tenang.
Sebab itulah, kami gelarkannya dengan 'Encik Cool'.
Tidak mudah melatah, suka melayan karenah dan selalu senyum.
"Oohh.. dia ada masalah personal.
Pagi-pagi lagi isteri dia mintak cerai.
" Jawab Agung sambil terus melangkah, sementara langkah aku pula terhenti setakat di muka pintu keluar masuk bangunan kilang ini.
Mana boleh aku keluar dari bangunan ini, kan sedang masa berkerja lagi.
Sebelum Agung menjauh, sempat aku ucapkan terima kasih kepadanya untuk kesekian kali.
Perhatian terpaksa beralih kepada perkerjaan aku semula.
Mesin dan line sudah beroperasi semula dan keadaan di kilang kembali kepada asal.
Aku merapati Ella.
Tekun dia memasang item-item elektronik ke atas papan litar yang disebut PCB.
Aku turut pantas menyambung kerja aku seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.
Rosnah dari jauh mengerling-gerling kepadaku.
Sesekali aku dan dia bertaut pandang, aku hanya sengih dan berbuat biasa-biasa.
Soal kena marah ke, dimaki ke, itu memang sudah ruji aku pun sebagai operator pengeluar kilang eletronik ini.
Soal lima tahun menjadi operator tapi tidak pernah naik pangkat? Lantaklah, janji aku bahagia dengan apa yang buat sekarang.
Inilah aku, Suraya si gadis kilang!.
Sumber:Internet