Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 20

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 20

. Mak Uda akan berpindah rumah pada hujung minggu.
Sempatlah aku datang menjenguknya dan tolong-tolong apa yang patut.
Lokman dan Ella turut sama datang membantu.
Kebanyakan barang-barang kecil seperti barang-barang permainan, perkakasan dapur dan perkakasan elektronik Mak Uda sudah siap dikemaskan ke dalam kotak.
Tinggal untuk diangkut ke atas lori saja.
"Pukul berapa lori sampai Mak Uda?" tanya Ella.
"Sepatutnya dah sampai ni.
Entah lah budak-budak lori tu.
Hari tu Mak Uda dah beberapa kali bagitau alamat.
Takut sesat lagi kot.
" "Semua barang dah siap packing ni kak chik.
" Lokman memberitahu sambil matanya liar meneliti kotak-kotak yang disusun elok di hadapan rumah.
Set sofa dan peti ais juga sudah siap dibalut.
"Terima kasihlah Man..." jawab Mak Uda dalam kepenatan.
"Mak Uda rehat kat rumah saya lah dulu.
Saya buatkan teh, boleh hilangkan rasa haus pelawaku apabila melihat semua orang mengesat keringat masing-masing.
Ella dan Lokman pula yang beria bila aku kata begitu.
Lama juga pemandu lori pengangkut barang-barang tu sampai.
Tunggu punya tunggu, dua jam kemudian barulah tunjuk batang hidung.
Itupun dalam kelam kabut datang berjumpa dengan Mak Uda.
" manyak soli la akak.
Wa punya budak-budak talak available lah hali ini.
Masing-masing sakit itu, diarhea.
Cirit-birit maaa!" Kata apek pemandu lori.
Kalut betul riak muka dia.
"Tak available? Habis tu siapa yang tolong angkat ni semua?" tanya Mak Uda mengerut kening.
Ella sengih dan memandang muka Lokman.
Nak harapkan Lokman ke? Lokman, tubuh dia tak adalah besar mana.
Kalau nak harapkan dia turunkan barang-barang ni semua, aku rasa boleh patah pinggang budak ni sekejap lagi.
Barang-barangnya boleh tahan jugalah berat-berat.
Hendak tak hendak, Lokman jugalah harapan kami.
Maklumlah, dia seorang aje lelaki di antara kami.
"Sorry Man..." kataku sambil memicit-micit bahunya.
"Kita angkatlah sama-sama.
" Cadang Mak Uda yang turut kasihankan Lokman.
"Matilah Man macam ni..." rungut Lokman sambil cuba mengangkat sebuah kotak.
Dia angkat perlahan-lahan kotak itu pun aku sudah mulai risau tengok dia berjalan terhuyung hayang.
Apabila dia hendak melangkah menuruni anak tangga, aku nampak Lokman tergelincir membuatkan aku sangat "Man!!!" Bunyi barang-barang jatuh berderaian membuatkan satu bangunan ini bergema.
Ella dan Mak Uda juga terkejut.
Aku berlari mendapatkan Lokman yang mungkin terperosok di atas anak tangga bawah.
Ketika itu hanya tuhan saja betapa cemas dan paniknya aku kalau apa-apa yang terjadi kepada Lokman.
Terbayang-bayang wajah amarah ummi dan ayah bermain dalam benak aku.
Alahai takutnya aku... Namun keadaan luar jangkaan telah berlaku.
Apabila mendekati tangga, cuak aku tadi bertukar lega selega-leganya setelah mendapati keadaan Lokman.
Dia elok sahaja jatuh menghempap di atas dada Kevin.
Azril kaku berdiri di sebelah Kevin yang terbaring itu pula hanya ketawa setelah melihat rakannya terlentang.
Tak patut betul! "Adoii...." Kevin mengerang kesakitan.
Walaupun begitu, dia masih lagi boleh bangun tanpa ada kecederaan.
Azril bersisa tawa menarik tangan Kevin untuk mendorong rakannya berdiri semula.
"Lain kali, hati-hati!" kata Azril dalam nada bergurau lalu menepuk punggung Lokman.
Lokman tidak memberi sebarang reaksi.
Wajahnya pucat lesi.
Aku terduduk di atas tangga.
Terketar-ketar kaki menyaksikan detik cemas itu.
Pada masa yang sama, aku bersyukur sangat sebab tuhan aturkan kehadiran Azril dan Kevin pada masa yang sangat tepat.

Sumber:Internet