. Haruk betul la kerja shif malam ni.
Selain tubuh ni penat sebab tak boleh rehat sebelah siangnya, mood apatah lagi nak ada.
Ke laut dalam semuanya.
Sekali sekala, ada jugalah aku dapat buah fikiran bongok untuk buat protes bantahan supaya berkerja shif malam dibubarkan aje terus.
Memang aku tahu idea ini tak boleh pakai, dan akan berlaku pun.
Kau ingat industri pengeluaran ini macam kerja pejabat ke Suraya? Siapa yang akan berada di belakang kau kalaupun kau berani buat protes? Eh, ada! Toleh-toleh mesti si Ella seorang aje kot, tu pun belum tentu ada ke tak lagi! Omelku sendirian.
Mana ada orang lain lagi berani nak suarakan pendapat ni.
Semua kaki kipas semua dalam kilang tu! Satu lagi tak boleh tahan adalah melalui saat-saat pengalaman tunggu bas dekat bus stand seorang diri.
Kat situ dahlah gelap, malam pulak jarang orang lalu lalang.
Dah beberapa kali aku rasa seram sejuk duduk seorang diri tunggu bas kilang datang menjemput.
Redha ajelah.
Pada malam inilah lagi aku rasa seram sejuk.
Manakan tidak, hari baru aje lepas hujan.
Satu kereta atau motorsikal pun tidak lalu ketika itu.
Pantas aku lihat jam di telefon.
Pukul 11.
00 malam.
"Hais apasal lain macam malam ni..." desisku.
Belum sempat bertenang, aku perasan macam ada satu kelibat dari belakang.
Pantas aku ber "Allahu!!!..." terperanjat aku! Seorang lelaki berdiri di belakang sedang memerhatiku.
Bertubuh kurus, kulit gelap, rambut kusut masai dan berbaju kotor dan basah lencun.
Aku syak dia ini mesti seorang penagih dadah, tidak salah lagi.
Dia senyum dan mendekati aku.
Apa lagi, takut amatlah aku ketika itu.
"Encik! encik jangan dekat dengan saya encik!" pinta aku dalam cemas.
Lelaki itu tidak mengendahkan amaranku.
"Bagi aku duit, kak! Bagi aku duit!" kata lelaki itu membuatkan aku melompat dari tempat duduk.
Pantas tangan aku mencampak beberapa helai wang kertas dengan tujuan penagih itu ambil dan pergi dari sini.
Tapi tindakan itu membuatkan dia terdorong untuk meminta lagi.
"Lagi! Lagi!" "Takde! Takde!... Encik tolong.
Itu aje saya ada.
Saya dah takde.
Kalau saya ada, saya dah bagi dah..." kataku sambil berundur ke belakang.
Lelaki itu cuba mendekati aku.
Allah! Hanya Allah saja aku ingat ketika itu.
Ini, kalau tak rompak, mahunya aku kena bunuh ni.
Ya Allah, lindungilah aku ya Allah.
Bermacam-macam perkara yang tak mustahil akan berlaku dalam kepalaku ini.
Semuanya perkara-perkara buruk aje difikir ketika itu.
Lelaki itu tidak pedulikan rayuan aku.
Kali ini dia bertindak lebih agresif.
Dia menerkam lalu menarik beg tanganku.
Sepatutnya aku serahkan ajelah beg itu dan lari situ.
Disebabkan dalam keadaan panik, boleh pula aku berkeras untuk mempertahankan beg tangan yang aku tahu di dalamnya ada kad pengenalan, kad ATM dan kad ID kilang.
Wang belanja aku tak fikirkan.
Aku tidak mahu mengalah, lelaki itu menggenggam pergelangan tangan sebelum aku ditolak jatuh.
Nasib baik kepala aku tak terhantuk di tempat duduk bus stand itu.
Memikirkan beg tangan sudah berjaya dirampas, ditambah lagi sakit aku menangis teresak-esak.
"Hah, padan muka kau kak!" kata lelaki itu diikuti gelak terbahak.
Sempat lagi dia meludah kepadaku.
Puas hati dapat kenakan.
Lelaki itu berpaling ke belakang untuk cabut, tapi dia terhadang oleh batang tubuh yang tegap berdiri di belakangnya.
Azril menyentap beg tangan dari lelaki itu lalu melepaskan satu tumbukan padu ke muka lelaki.
Tersembam lelaki itu ke tanah.
"Ni makan dia.
" Gumam Azril geram.
Melihat lelaki itu tidak jatuh dan tidak bergerak, Azril segera mendapatkan aku.
Pada mulanya, Azril hendak menyentuh aku, tetapi melihat aku berpakaian baju kurung dan litup dengan bertudung bawal.
Dia batalkan niatnya.
Bukan tidak mahu membantuku, tetapi lebih berasa menghormati diriku.
"Suraya, awak tak apa-apa kan.
" Itu aje yang dia mampu tanya.
Aku berpaling ke arahnya.
Azril hanya meminta aku untuk bangun sendiri kalau terdaya.
Perlahan-lahan aku bangun.
Aku menangis semahu-mahunya.
Tangan aku berdarah membuatkan Azril terpaksa memapah aku.
Aku memaut lengannya yang besar dan gagah itu.
Azril memimpinku kembali ke ruang legar rumah flat kami.
Dari tadi dia tidak berkata apa-apa melainkan memandang aku yang ketakutan itu.
Dia tahu, bertanyakan aku okey atau tidak, tidak membuatkan aku lega.
Benda dah jadi pun.
"Awak naiklah.
Rehat.
Malam ni awak off.
" Bisik Azril apabila melihat aku tersedu-sedu.
Aku pandang Azril dengan mata berkaca.
"Encik Azril, temankan saya boleh?" Terkuntum senyuman pada bibirnya.
"Boleh.
Apa salahnya.
" Azril menghantar aku sehinggalah ke muka pintu.
Lokman yang baru hendak masuk tidur hairan melihat aku balik semula.
"Weh, mak cik.
Tak kerja ke?" tanya dia samberono.
Aku tak kuasa hendak melayan Lokman.
Biarlah dia.
Aku berbaring di atas tilam di dalam bilik.
Rasa sakit pada lengan dirasakan semula.
Aku melihat lenganku sudah biru lebam.
"Kenapa tu abang Azril?" tanya Lokman sambil menggaru-garu kepala.
"Kakak kamu ni nak kena rompak tadi, tapi jangan panik.
Takde apa-apa yang berlaku, cuma dia perlukan rehat aje.
" Kata Azril apabila Lokman bereaksi terbuntang mata.
"Rasanya tangan dia ada cedera sikit tu.
Pergilah tengok-tengokkan dia.
Bagi dia minum air putih sekali okey.
Abang balik dulu.
Pintu ni jangan lupa, kunci.
" Pesan Agung sambil menarik gril pintu rumah.
"Terima kasih abang Azril.
" Lokman bergegas ke bilikku.
"Kak c kak chik okey ke? Nak ubat tak?" jerit Lokman dari luar kerana aku sudah mengunci pintu bilik.
"Tak apalah Man.
Jap lagi kak chik sapu sendiri.
Kamu tu tidur ajelah.
Esok kerja kan?" balasku.
"Okey.
Man sediakan ubat tahan sakit okey atas peti ais.
" "Ya, terima kasih Man.
" Kataku melemah.
Dalam keadaan itu, aku tidak tahulah perasaan aku.
Mula-mula aku menangis, tiba-tiba aku boleh tersenyum seseorang dengan sendiri.
Aku ini takut ke atau gembira.
Eh, gembira? Kenapa pula terbit perasaan gembira ni? Adakah aku sudah gila? Oh, tidak tidak.
Bukan disebabkan aku gila.
Rasanya Azril yang membuatkan aku gila.
Gila bayang.
Sejak kejadian tadi, aku asyik terkenang-kenangkan keikhlasan Azril semasa selamatkan aku.
Aku tak tahu kenapa.
Ataupun sememangnya aku sudah gila? Barulah aku sedar.
Selama ini aku rasa cukup selesa dan selamat apabila berada di samping dengan Azril.
Pengalaman tadi membuktikannya.
Kalau tiada Azril, rasanya apakah bala lagi yang menimpa aku.
Aku bersyukur.
Dalam pada masa yang sama, aku tak rasa aku selesa dengan Azril hanya sebagai seorang kawan.
Cinta? Ah, aku sudah jatuh cinta dengan Azril ke? Rintih aku .
Sakit pergelangan tangan ini tidak kurasakan lagi kerana hati terkuntum mekar perasaan cinta melebihi segala.
Aku sudah jatuh cinta dengan Azril kah? Mustahil.
Kenapa mustahil? Sebab aku tahu apa yang Azril inginkan saat ini.
Dia lelaki yanga agak kompleks untuk difahami.
Mungkin disebabkan dia orang Kuala Lumpur agaknya.
Orang yang dilahirkan dalam bandar raya besar, jadi pemikirannya agak sukar untuk dibaca.
Kevin juga pernah membocorkan rahsia kepadaku bahawa Azril kurang berminat untuk menjalinkan mana-mana wanita buat masa sekarang kerana dia telah mengalami sebuah pengalaman pahit sebelum ini.
Walau bagaimanapun,itu bukan alasan bukan? Cinta boleh hadir dalam macam-macam bentuk.
Tidakmengapa, kalau Azril tidak boleh menerima sekarang, mungkin esok lusa, kalaukalau aku berusaha untuk memenangi, aku pasti menyelami hatinya.
Sumber:Internet