Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 23

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 23

. Aku mendapat tahu tentang Agung telah mengambil cuti selama seminggu daripada Ella.
Dengar-dengar cerita dia berada di Jakarta.
Sedang mengejar semula cintanya.
Ah, lantaklah! "Abang Agung extended cuti lagi seminggu tau Yaya.
Kau tak rasa pelik ke?" "Pelik? Apa yang peliknya?" "Pelik la.
Dia buat apa dekat Jakarta tu lama-lama?" "Ella, kalau dia nak kahwin dengan Dewi kat sana terus pun, aku dah tak heran la.
" Jawab aku geram.
Ella tersenyum.
"Oh, kira dah move on la ni?" "Habis tu, kau mesti heran dengan sapa-sapa ni? Ooo, dah ada pengganti! Kau ada Encik Crush baru ke?" "Eleh, pandailah kau!" "Aku taulah Yaya.
Kalau tak, takdenya kau macam redha sangat macam ni.
" Usik Ella dapat menangkap maksud aku tadi.
"Adalah..." Jawab aku sambil tersengih-sengih.
"Wah, dah pandai nak berahsia sekarang.
Cepat cakap!" Ella menerkam aku.
Apabila merasakan tangan runcing Ella melilit pinggang aku, terasa geli yang amat.
Terus aku memburai ketawa tanpa segan silu.
"E tiba-tiba Rosnah berdehem.
Automatik aku dengan Ella membetulkan kedudukan menyambung kerja.
Aku tersengih kerana berasakan selamat.
Pandangan teralih ke arah tingkap yang menjurus ke arah koridor laluan bangunan pentadbiran.
Walaupun terhad disebabkan terhalang dengan blok-blok, tetapi pandanganku tidak terbatas untuk membayangkan gerangan Azril.
Inilah kot dinamakan pandangan cinta infiniti? Aku dah tak heran dengan Agung lagi.
Sebab aku sudah mula menyukai lelaki yang akan berjalan melalui di koridor di sebelah bangunan jabatan kawalan mutu sekejap sahaja lagi.
Ella perhatikan aku hanya sekilas.
"Azril kan?" tiba-tiba Ella meneka.
Alamak, macam mana minah boleh tepat pula tekaannya.
Hebat betul naluri dia.
"Ma... mana ada?" "Alah, kau ni Yaya.
Senang sangat nak baca.
Yang tadi duk asyik menjuling ke tingkap tu, buat apa? Ingat Encik Azril datang kerja ke malam-malam macam ni?" Sengihan makin memanjang.
"Kau diam-diam eh.
Aku tak nak la syok sendiri.
Aku tahula aku sapa.
Mana sepadan dengan lelaki hot macam dia.
" "Wah, gi mengaku pun.
Kan senang terus terang aje.
Ala... takde hal.
Kau ingat aku ni jenis kaki gosip ke? Takpe, kau teruslah niat kau tu.
Lagipun aku rasa kau ada peluang yang cerah.
Yalah, kau dengan Encik Azril kan rapat.
Jiran pulak lagi.
Aku tak nampak lagi perempuan lain yang duduk semeja makan dengan dia.
Kau ada kelebihan kat situ, Yaya.
" Ulas Ella.
Aku tak pandai nak simpan rahsia hati apabila sukakan seseorang bila bercakap dengan Ella.
Ataupun aku rasakan seseorang yang dipanggil sahabat karib.
Sebelum ini pun dengan Dewi, beginilah keadaannya.
Semua benda hendak diceritakan.
Soal Azril, aku bukan tak nak percaya dengan Ella, tapi memang jenis aku suka berterus terang kalau dah rapat.
Kalau dah suka tu, aku zahirkan suka aje.
Walau bagaimanapun, aku tak nak pisang berbuah dua kali.
Aku tak nak dengan Azril nanti jadi macam Agung.
Duk pendam pendam, lama-lama jadi perkasam.
Akhir sekali, habuk pun takde.
"Kau jangan samakan aku dengan Dewi ek.
Jauh panggang dari api.
Kalau dah kau suka, lantak kaulah.
Aku tak main lah caras-caras orang punya ni.
lagipun aku dah ada Andi" Kata Ella setelah melihat aku termenung seketika.
"Bukan pasal tu la.
" "Habis tu?" Aku terdiam seketika.
Ligat kepala aku untuk mencari topik lain supaya Ella cepat lupakan kesangsian aku.

Sumber:Internet