Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 24

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 24

. Berkali-kali aku mengerling ke arah skrin telefon yang sengaja diletakkan di atas meja.
Ella perasan tindak tanduk aku yang semakin gelisah.
"Sabarlah.
Dia telefonlah tu kalau dia datang.
" Aku merenung wajah Ella.
Aku tak dapat menipu lagi.
Kegelisahan aku betul-betul membuatkan aku berdebar-debar.
Sudah habis satu Berjaya Time Square dah aku dan Ella tawaf.
Baju gaun yang diidam-idam oleh aku telah diperoleh.
Cuma sekarang aku gelisah sama ada Azril sudi datang menyertai kami atau tidak.
"Ella... salahkah tindakan aku ni ya?" Desah aku.
Ella mengerut dahi, kurang faham dengan pernyataan aku itu.
"Apa maksud kau salah ni Yaya? Bila masa pula negara letak undang-undang nak sukakan seseorang tu salah?" Aku merenung wajah Ella.
Betul juga kata Ella tu.
Apalah aku mengarut ni? Kadang-kadang Ella ni jauh optimis dari sangkaan aku.
Biasanya dia punya tahap sengal tak boleh cakap.
"Tak mengapalah.
Kalau kau takut nak luahkan, kau cuba curi-curi hati dia dulu.
Aku tahu, Azril tu tak nak terikat dengan mana-mana perempuan buat masa sekarang ni sebab dia tengah patah hati lagi tu.
Aku dengar dia ada clash, gaduh besar dengan tunang dia sebelum ini.
" "Tunang?" Tergamam aku mendengar gosip yang diluahkan oleh Ella.
Yang pelik macam mana dia lagi tahu daripada aku? "Be... be.. betul ke babe?" "Engkau tu lembap sangat la Yaya.
Kita orang satu kilang dah tahu dah latar belakang Azril.
Semua benda kami tahu.
Dia tu ada lebih 40K tau follower kat IG.
Tu lah kau, aku suruh kau buat IG, kau tak nak.
Hah, cerita-cerita macam ni pun kau tak tahu!" Aku terbeliak masih kurang percaya lagi.
"Lagi-lagi babe.." "Apa lagi-lagi?" "Pasal tunang dia tadi.
Apa yang dah jadi?" Ella membetulkan kedudukan dia duduk.
Suka rela betul dia kalau hendak radio burukkan orang.
"Tunang Encik Azril nama dia Aireen.
Dia..." Uhuk! Uhuk! Bulat mata aku dengan Ella.
Serentak kami menoleh ke arah empunya yang terbatuk-batuk tadi.
"Excuse me.
Tersedak! Macam ada orang mengumpat saya kata Azril muncul entah dari mana.
Aku menarik senyuman terpaksa.
Aduh, terkantoi ke? "Hai Ella, Suraya.
Sorry saya lambat sikit.
" " sampai pun.
Ingatkan dah tak sudi nak datang join kami.
" kata Ella sambil mencerlung matanya kepadaku.
Mak oihh, kacak betullah Azril walaupun hanya mengenakan pakaian kasual; baju T leher bentuk V berwarna hitam dengan seluar jeans biru koyak rabak di pahanya.
"Kamu berdua dah makan ke? Kalau saya makan nak join tak? Saya lapar sangat ni.
" tanya Azril apabila mendapati tiada pinggan pun atas meja.
"Belum Encik Azril.
Kami duduk sini, just tunggu Encik Azril aje.
Jap lagi kami nak makan dekat food court..." "...Kat sini mahal lah, Encik Azril.
" Bisik Ella setelah mendekat sedikit dan menutup mulutnya.
"Takpelah, saya belanja.
Waiter!" tanpa menunggu lama, Azril terus memesan makanan.
Gelojoh jugak dia ni ek.
Aku dengan Ella hanya berpandangan.
"So, barang yang awak cari dah jumpa dah? Boleh tengok apa tu?" kata Azril sambil tersengih.
"Ala, tak ada pun.
Baju aje.
"
Sumber:Internet