. Terkial-kial Lokman hendak meregangkan batang paip singki menggunakan perekoh.
Habis diketuk-ketuk perekoh itu hingga bengkok jadinya.
Malangnya, batang paip sebesar lengannya itu lansung tidak bergerak dari keadaan asal.
"Mak oih, ketat gila lah benda ni!" rungutnya geram.
Habis sedaya upaya dia pusing bahagian penyambung batang paip untuk ditukar dengan batang paip yang baru.
Dalam hendak berkeras itu, dia kena jugalah berhati-hati, memutarkan dengan cermat supaya batang paip yang bocor itu tidak pecah.
Nanti pecah, bertambah haru jadinya! "Sibuk nampak?" Tegur Azril menjergah di sebalik dinding.
Lokman terkesima seketika.
Tak sangka lelaki itu berada di rumahnya rupanya.
"Abang Azril!" "Kenapa dengan paip tu? Tersumbat ke bocor?" Azril duduk di kerusi plastik menghadap ke arah singki untuk memerhati apakah yang Lokman sedang lakukan.
Rokok yang habis separuh batang dihisap sedalam-dalamnya.
"mula-mula tersumbat, lepas tu bocor pulak.
Ni nak tukar batang baru la ni.
Tapi ketat sangatlah dia letak benda ni.
" Adu Lokman masih berusaha melonggarkan penyambung 'L' paip itu.
Tiba-tiba Azril tergelak mengekek.
"Man, kalau nak tukar batang baru, tak payah cabut penyambung tu pun tak apa.
Tukar aje dengan batang tu terus.
" Lokman mengerut kening.
"Hah?" "Ada gergaji paip tak?" "Gergaji paip?" "Takde lah tu.
Pergi ambik toolbox abang kat tingkat bawah dalam almari utiliti, dalam bilik abang.
Nanti abang tunjukkan macam mana hendak buat.
" Arah Azril selaku orang yang lebih tua dari Lokman.
Arahan orang lebih tua, orang muda haruslah kena ikut.
Lumrahnya begitu.
Lokman menuju ke rumah Azril yang sememangnya tak terkunci.
Bilik Azril berada di laluan ke dapur.
Senang saja sebab kedudukan bilik itu sama saja dengan rumah kami.
Lokman mengambil kotak perkakas tersebut dan kembali kepada Azril yang sudah bertukar tempat duduk.
Lokman meletak kotak perkakasan berwarna biru itu di sebelah Azril.
Maka bermulalah kerja Azril untuk membaiki paip bocor itu.
Mula-mula dia memotong dan membuang bahagian batang yang rosak itu.
Kemudian menggunakan penyambung selari, Azril hanya menggunakan gam paip lalu menyambung semula pada bahagian yang dipotong tadi.
"Okey, done!" "Mudahnya!" jerit Lokman keterujaan.
"Memanglah mudah kalau kena caranya.
Tapi ingat, jangan buka lagi air ni.
Tunggu sejam ke dua jam dulu.
Biar gam kering, okey?" kata Azril mengingatkan.
Lokman tersenyum.
"Terima kasih Abang Azril.
" Azril memerhatikan suasana rumah.
Dia mendapati tiada kelibat aku.
Lokman pun masih tidak tahu apa yang terjadi pada malam itu.
Lokman perasan yang Azril mengitari bahagian rumah.
"Senyap aje.
Suraya pergi mana Man?" Akhirnya Azril mengaku kalah.
Sudah dua hari Azril tidak nampak aku di kilang sebanarnya.
Dia pun tahu, apa yang terjadi.
Cuma berbuat macam tak ada apa yang berlaku.
"Kak chik? Ada aje.
Dia dalam bilik.
" Jawab Lokman sambil mengemaskan peralatan semula.
"Oh, ye ke? Dia tak sihat ke?" "Tak tahu.
Sejak balik dari keluar dengan kak Ella hari tu lagi, dia muram aje.
Asyik duk berkurung dalam bilik.
Nak kata bergaduh dengan kak Ella, tak juga.
Elok aje kak Ella datang semalam.
Mungkin dia period kot?" kata Lokman penuh dengan tanda tanya.
Kotak yang siap dikemaskan diletak di sisi Azril.
Azril tersenyum.
Ternyata Lokman tidak tahu apa yang terjadi pada malam itu.
Pada masa yang sama, serba salah dia memikirkan tentang soal ini.
"Dia tak keluar bilik ke?" Soal Azril seakan mengundang kebimbangan.
"Eh, keluar.
Tapi sekejap ajelah.
Dia duduk termenung, pastu masuk bilik semula.
Tak sempat saya tanya apa-apa pun.
" "Ta abang Azril... tak pernah kak chik buat perangai macam ni.
Macam ada benda aje yang membuatkan dia sedih.
Hari tu dengan Abang Agung pun takdelah macam ni.
" "Agung? Agung budak technician jawa tu ke?" "Ya lah.
Kak chik ada gaduh-gaduh dengan Abang Agung.
Sampai sekarang tak baik lagi rasanya.
" "Ooo..." Lokman bangun dan membuka peti ais.
Diambil satu loyang puding roti karamel.
Dia potong dan letakkan di atas piring kemudian dituangnya sedikit sos karamel di atas puding tersebut.
"Abang, makanlah puding ni.
" Azril merenung makanan itu sejenak.
"Manis tak?" itulah soalan yang terkeluar dari Azril.
Lokman terkebil-kebil cuba hendak menghadam soalan Azril.
"Manislah sikit.
Kenapa, abang tak suka makanan manis ke?" Azril tersenyum, nak tak nak, dia ambik juga.
Disuap semulut kemudian dia terdiam.
Kemudian Azril menyuap lagi untuk kali kedua.
Seterusnya ketiga dan keempat.
"Man, sedapnya!" "Haahhhh.. tu la..." "Sapa buat desert ni.
Sedaplah!" kata Azril sudah habis sekeping makanan itu.
Dihulurnya tanpa segan silu supaya Lokman tambah memberi satu lagi keping lagi.
"Sapa lagi... kalau yang tolong tengok kak chik buat! gurau Lokman sambil menyua sepiring lagi yang kedua.
Tanpa memikirkan kawalan diet yang dia ikuti lagi, sedar-sedar Azril telah pun menghabiskan hampir separuh loyang makanan itu.
Terperanjat kagum Lokman melihatnya.
Burppp! Selamba Azril sendawa.
Kemudian dia sengih kepada Lokman yang terlopong melihatnya makan.
"Thank you Man.
" "Abang nak balik dah ke? Saya nak ikut abang boleh? Nak main PES!" Azril hanya mengenyit mata.
Sekilas dia memandang ke arah pintu bilik aku.
Di dalam bilik, aku duduk sambil merenung ke luar jendela.
Sayup bayu malam menerjah masuk melalui tingkap.
Terasa dinginnya menampar ke pipi yang lembap kesan dibasahi tangis.
Tak habis-habis merendah-rendahkan diri aku bahawa betapa tak bermakna aku terhadap orang lain.
Aku tak cantik kah? Aku tak cerdik kah? Bertubi-tubi persoalan sedemikian terbit untuk dicari jawapannya.
Ting! Nada pengumuman mesej aplikasi sosial Facebook menarik perhatianku.
Aku mengambil telefon dan perlahan-lahan membuka aplikasi berkenaan.
Azril Ilham sent you a message.
Aku mengerut.
Eh, rasanya aku tak friend lagi Azril.
Kenapa pula dia boleh mesej pula ni? Dia stalk ke? Aku buka messenger dan hanya dua patah perkataan saja terpapar di dalam kotak mesej itu.
Azril Ilham - Awak, Aku tak tahu macam mana sepatutnya hendak membaca mesej berkanaan.
Banyak gaya yang boleh diterjemahkan mengikut gaya penyebutan.
Sama ada merayu, ikhlas, ala kadar atau hambar.
Entahlah.
Mudah betul cara dia minta maaf.
Lihat pada tiga titik di hujung frasa itu, boleh lah kot aku anggap Azril cuba memujuk.
Bolehlah, daripada tak ada.
Positif beb, positif! Maka, bagaikan magis aku sudah mampu menguntum senyuman.
Aku hanya baca mesej tanpa menerima request untuk connection.
Cukuplah aku mengetahui apa yang dia hendak katakan sahaja.
Dan cukuplah apa yang aku mahu dia katakan selepas insiden aku berani mati membuat pengakuan semalam.
Kemaafan.
Sementara di balikdinding rumah sebelah, Azril duduk bersandar di lengan kerusi sofa menanti kalau-kalau ada balasan mesej dariaku.
Azril hanya merenung saja.
Dia tahu bahawa aku takkan membalas mesej.
Diabersandar merehatkan tubuh.
Lokman yang berada di hadapannya leka bermain permainanvideo.
Lokmanlah yang memberitahu nama Facebookaku kepada Azril.
Sebagai balasan, Azril membiarkan adik sengal aku itu bermainpermainan video.
Sumber:Internet