. Ella tahu keadaan aku.
Ella tahu perasaan aku.
Sejak malam Azril menolak aku mentah-mentah, Ellalah orang yang berada bersamaku.
Dia berasa serba salah melihat aku banyak termenung di tempat kerja.
Nak buat macam mana, kata-kata Azril betul-betul membenamkan perasaan aku.
Kesan terbawa-bawa sampai ke sini.
"Weh, ada tak cara yang boleh tolong kau ni? Risaulah tengok kau.
" Bisik Ella.
Aku hanya diam.
Wajah sugul tak boleh nak dilunturkan lagi.
Untung aku boleh lagi gagahi datang kerja.
Kalau ikutkan hati bernafsu mati ni, hendak saja aku berkurung dalam bilik aje.
Tak sanggup aku nak berhadapan dengan dunia luar yang penuh pancaroba ini.
Lagi-lagi, kemungkinan besar aku boleh bertembung dengan Azril.
Tangan seperti biasa menyusun diod, perintang dan seangkatan dengannya pada papan PCB.
"Haih tak apalah Yaya.
Kau ada kat sini pun okey dah.
Kan aku cakap lebih, tak jadi kerja pulak kang.
Kau sabar lah ek.
Kalau rasa dah sedia nak cakap, kau cakap aje.
Aku kat sebelah kau aje okey.
" Kata Ella membuatkan aku rasa sedikit terharu.
Aku menoleh ke arah perempuan itu.
Entah macam mana boleh terukir senyum kepadanya.
"Unit 5A! tolong masuk bilik meeting sekejap! Urgent! Sekarang okey! Cepat!" Laung Rosnah dari pintu utama.
Serta merta keadaan line 5A riuh.
Masing-masing tertanya-tanya, apakah gerangan yang Rosnah dan Encik Tan suruh semua pasukan Unit 5A ni ke bilik meeting? "Tolonglah cepat sikit!" Desak Rosnah.
Sempat aku dengan Ella mencemik ke arah diktator andartu tua itu.
Apabila ketua pegawai operasi AHC Electronic & Supply (M) Sdn.
Bhd cawangan Malaysia, Encik Yamada melangkah masuk ke dalam dewan, semua orang tergamam.
Penting sangat mesyuarat ini kalau lembaga atasan pun turun padang.
Kemudian Encik tan melangkah ke hadapan.
"Unit 5A, kami ada dapat complain dari klien-klien.
Ada lebih 5000 produk kita telah di-reject dan mereka minta kita refundkan duit dalam masa segera kalau kita tak gantikan produk! Kamu semua tahukan berapa banyak syarikat ini akan mengalami kerugian besar kalau kita refundkan deposit sebanyak tu?" kata Encik Tan bersungguh-sungguh.
"Jadi syarikat telah mendesak semua unit dikerahkan untuk membuat kerja lebih masa untuk mencapai sasaran pengeluaran produk sebelum tarikh penghantaran iaitu 23 hari bulan.
" Bilik dewan itu serta merta menjadi gamat.
Termasuklah aku dengan Ella yang terpinga-pinga di ambang pintu bilik mesyuarat.
23 hari bulan? Itu tarikh hari kami satu kilang ini berada di Langkawi tu! OMG! Maknanya kami dikerahkan berkerja dan majlis makan malam yang dirancang lebih enam bulan awal perlu dilupakan begitu sahaja ke? "Mana boleh Encik Tan.
Majlis dinner tu, macam mana?" tanya Encik Rashdan, ketua ahli persatuan pekerja kami berbaur kecewa.
"Haiyaaa!! Itu dinner we all kena cancel laaa..." kata Encik Tan serba salah juga.
Mendengar itu, apa lagi bertambah gamat dewan dengan suara bantahaan.
Kewujudan Encik Yamada di situ sudah tiada erti kerana masing-masing sudah naik angin.
"Guys! Guys! Tolong hormat Encik Yamada guys!" kata Encik Rashdan lagi.
Dia mahu berbincang dengan Encik Yamada dan Encik Tan dahulu.
Apa-apa pun keputusan, kami akan mengetahui sehingga tengah hari nanti.
"Kak Ros... tak boleh nak buat apa-apa ke?" Ella dan aku cepat-cepat berjumpa dengan Rosnah.
"Aku pun tak tahu la.
Ini semua arahan dari pihak lembaga pengarah.
Macam mana kita nak bantah?"
Sumber:Internet