Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 27

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 27

. 28 jam selepas bermati-matian untuk menyiapkan 5050 unit produk, suasana kilang tidak sunyi dari bunyi mesin-mesin dan hilai tawa pekerja-pekerjanya.
Demi mempertahankan makan malam tahunan syarikat, setiap orang pekerja nekad dan komited melakukan kerja-kerja mereka.
Kalau produk tidak berjaya menepati sasaran, alamatnya majlis makan malam dilupakan begitu.
Bak kata sepakat membawa berkat, kesungguhan mereka menampakkan hasil yang positif.
Setakat jam ke-30 sahaja, setiap unit (iaitu Unit 5A dan 7A) telah berjaya mengeluarkan lebih 2000 unit.
Maka masih berbaki kurang 1000 lagi perlu disiapkan.
Apabila Encik Tan mengumumkan begitu, barulah terkuntum senyuman setiap orang.
Aku, Ella dan Rosnah yang mengusulkan idea juga turut mulai rasa lega.
Walaupun dah dua hari tidak tidur, tidak mengapa, asalkan sasaran produk perlu disiapkan! "Okey, yang mana tak tidur dari malam hingga ke siang tadi, boleh balik sekarang!" jerit Rosnah.
Dia membenarkan separuh dari unit 5A untuk pulang.
"Ella, Suraya!... kau orang stay dengan akak ya! Sampai habis!" tegas Rosnah.
Bunyi macam dia pun dah penat.
Tidak mengapalah, hanya beberapa puluh buah lagi sebelum pagi esok menjelang.
Paling aku hormat kepada pengurusan kilang ini, mereka seolah melonggarkan peraturan di saat ketika darurat.
Encik Yamada yang juga berkampung di kilang ini hanya melihat sekeliling tanpa berkata apa-apa kalaupun dia ternampak perkerjanya melepak dan menghisap rokok di luar bangunan jabatan.
Ya, peraturan syarikat dilonggarkan dan membenarkan pekerja-pekerjanya membuat perkara-perkara yang boleh mengurangkan ketegangan.
6 jam kemudian, aku adalah orang yang terakhir memeriksa kualiti produk.
Ella sudah tertewas setengah jam tadi.
Kepala aku yang sudah bingar, mata kabur dan mengantuk, aku gagahi jua meneliti bahagian komponen elektronik yang tersusun dan sambungan pendawaiannya.
Setelah puas, aku mengesahkan produk itu lulus untuk dilepaskan kepada gudang.
Bila aku mengutuskan berkata begitu, "Yeaaayyy!!!!!!" Seluruh unit bersorak gembira.
Akhirnya tamatlah sudah produk yang terakhir.
Walaupun terlambat 4 jam dari masa yang disasar.
Kami tetap bersyukur dapat berjaya menghabiskannya.
Rosnah mendekati aku.
"Yaya.. kau dengan Ella jumpa encik Tan dulu okey sebelum balik.
Maybe Encik Yamada pun nak jumpa ini.
" "Alamak... untuk apa Kak Ros?" "Tak tahulah.
Adalah tu kot.
But, kau berdua tunggu sekejap ya.
Akak nak lepaskan budak-budak lain dulu balik!" Aku hanya menggangguk setuju.
Hanya dalam masa setengah jam sahaja, suasana kilang menjadi sunyi sepi.
Semua kerja berhenti.
"Well Suraya.
I am very apperciated you and friends to complete the work and achieved the target.
That nothings I want to say, but I just want see you the person who did it.
Thanks a lot Suraya-san!" kata Encik Yamada.
Berbeza dengan Encik Nakamura, Encik Yamada ini faham dengan bahasa melayu dan fasih berbahasa inggeris.
Walaupun dia tak senyum, tapi itu cukup bererti adalah sebuah perhargaan untukku.
Bangga pula rasanya.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi, barulah aku dan Ella dilepaskan pulang.
Ella yang menghantar aku pula nampak betul-betul kepenatan.
Kasihan juga dia.
"Kau okey drive sorang-sorang ni?" "Ala, rumah kat Sungai Ramal belakang ni aje.
" "Esok aku tumpang kau ya.
Boleh kita gilir-gilir drive.
Eh, Ella kau nak drive ke esok?" "Aku minta Andi ajelah.
Aku tak larat dah ni.
Esok ni, tak tahulah bangun pukul berapa.
" "Kenapa kita nak kena bangun pagi ek? Kalau kita gerak tengah hari, tak boleh ke?" "Dinner tu malam esok Suraya.
Kau ingat sempat ke?" "Alaa... kita redah ajelah.. badan kita pun perlu rehat jugak ni..." Mahu tak mahu.
Ella setuju jugak.
"Memanglah.
Tapi kita kena ada juga sebelum pukul 5 petang esok dekat dewan.
Kalau tak payahlah pergi.
Erghh!..." "Okey, fine!... Esok nak gerak pukul berapa? 9 pagi, boleh?" "Hurmmm.. cunlah tu kot.
Aku pagi-pagi camni tak pandai pikir sangat.
Okey, kita gerak pukul 9 pagi esok.
Kau jangan lambat pulak.
" Aku menapak naik ke tingkat atas setelah melihat kereta Ella hilang dari pandangan.
Dingin pagi itu sungguh menggamitkan syahdu.
Sepatutnya kami kena berkumpul di hadapan kilang pada jam enam pagi.
Kalau dah semua dalam macam keadaaan ini, rasanya tak kot.
Biarlah budak-budak junior, unit 1A dan 3A ajelah ikut jadual perjalanan asal yang sepatutnya kami kena menaiki bas-bas rombongan ke jeti Kuala Kedah itu nanti.
Aku dengar Rosnah pun gerak sendiri aje esok.
Majlis makan malam itu yang penting.
"Man, Man... kejutkan kak chik subuh sekejap lagi ya.
" Pinta aku di hadapan pintu bilik Lokman.
Aku tahu budak kecik itu masih belum tidur.
Cahaya lampu terang dapat dilihat dari celahan bawah pintunya.
Biasalah, alasan dia bagi sindrom budak kolej.
Amnesia katanya.
"Okey..." Tanpa memikirkan apa benda si Lokman buat dalam bilik, aku sempat membersihkan tubuh sebelum menghempas tubuh ke atas tilam.
Berat mata ini kerana sudah hampir 48 jam tak tidur lena.
Letak kepala atas bantal, tutup mata, terus aku terlelap.
Aku berdiri di Dataran Helang.
Puas menunggu di situ.
Baik Agung atau Azril, masih lagi belum kunjung tiba.
Aku pandang sekeliling.
Pelik juga, mana semua orang ni? Langkawi dah tak ada pengunjung ke? Bingung aku dibuatnya.
Panas mentari sangatlah membakar kepala.
Cahaya putih yang terpacar seperti ini sesuai untuk aku berswafoto, getus hatiku.
Lantas, aku keluarkan telefon bimbit berkamera untuk mengambil gambar wajahku berlatarbelakangkan monumen burung Lang Merah gergasi.
Macam-macam gaya comel aku lakukan hinggalah monumen burung itu menjerit.
"Bangunlah!!" Tergamam aku dibuatnya.
Yang kelakar tu, suara burung helang tu macam suara budak kecil.
Makin lama makin jelas dan makin aku kenali pula suaranya.
Tiba-tiba ada sesuatu objek berwarna putih jatuh dan bakal menimpa ke mukaku.... Buk! Aku buka mata.
Bantal.
Objek yang menghempas muka aku itu adalah bantal.
"Dah sampai Langkawi ke?" kata Lokman sambil tersengih-sendih nada menyindir di ambang muka pintu bilik tidur.
"Alamak! Dah pukul berapa ni Man?" Aku terpinga-pinga di atas katil lagi.
Oh, mimpi rupanya! "Dah pukul 7 dah kak chik.
Dah masuk waktu solat subuh gajah Afrika dah ni.
Man nak chow kerja dah ni... bye!" Kata Lokman sebelum meninggalkan aku sendirian.
Tidak lama kemudian, aku dengar pintu utama ditutup dan digril semula.
Dah pergi kerjalah gamaknya.
Penat sungguhlah rasanya.
Dengan segala kudrat yang masih bersisa, aku gagahilah juga ke bilik air untuk solat Subuh.
Lambat memang dah lambat, tak mengapalah, better late than never, bak kata mat salih.
Asalkan aku kerjakan juga fardu ain ini.
Selesai solat baru aku mandi dan bersiap-siap sebelum Ella menghubungi aku.
Tak mahulah dia tunggu aku karang.
Dah lah nak menumpang.
Aku pack baju-baju ala kadar aje.
Aku kemas secepat yang mungkin setelah menyedari jam di dinding sudah menginjak pukul 8 pagi.
Selesai itu barulah aku lega.
Berkali-kali aku periksa barang-barang takut tertinggal.
"Gaun!" jerit aku teringatkan gaun makan malam aku masih tersangkut elok di dalam almari.
nasib baik ingat.
Kalau tak, sia-sia aje beli gaun ni.
Kurang sepuluh minit dari jam sembilan pagi.
Telefon aku berdering.
Mula-mula aku ingatkan Ella yang menelefon aku.
Eh, awal juga mak cik ni ya.
Dan apabila aku melihat nama yang tertera pada skrin, automatik wajah aku menjadi tawar.
Azril cuba menghubungi aku.
Apa tujuannya, aku tidak pula aku ketahui kerana aku tak ingin menjawab panggilannya! Untuk apa dia nak bercakap dengan aku lagi? Setelah tiga kali dia mencuba, akhirnya terdiam juga.
Tidak lama kemudian,barulah Ella yang menelefon aku.
Katanya dia dalam perjalanan ke rumah.
Terlebar senyuman aku.
Akhirnyamasanya telah tiba! Langkawi... aku datang!!!    
Sumber:Internet