. Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke jeti Kuala Kedah sepatutnya memakan masa kurang dari 6 jam.
Namun disebabkan masing-masing masih dimamah dengan keletihan, kami sering berhenti rehat selain bergilir-gilir membawa kereta.
Andi yang sepatutnya menjadi pemandu tidak dapat tampil menghulurkan bantuannya.
Alasannya seperti biasa, sibuk dengan kerja.
"Ada tunang pun, macam takde tunang!" rungut Ella selamba.
"Ala, rileks la.
Dia sibuk kerja kan.
" "Tu lah.
Agaknya, kalau aku kahwin dengan dia boleh jadi balu aku hari-hari.
Dua puluh empat jam duduk ofis, tak pun tak habis-habis outstation!" Aku ketawa kecil.
Pada hemah aku, Ella hanya sekadar mengeluh sebegitu.
Tetapi tidaklah terlalu risau walaupun tanpa kehadiran Andi.
Dia tahu lelaki itu sangat setia dan boleh dipercayai.
Aku semakin mengenali Andi.
Selain setia pada Ella, Andi sangat setia dengan majikan dia.
Bunyi macam remeh ajekan? Tapi percayalah kesetiaan yang ada pada Andi sukar untuk dicari di dalam diri orang-orang sebarangan.
Kesetiaanmya hanya ada pada yang berpegang teguh dengan kepercayaan.
"Ala, tak ada apa-apa.
Dia kerja untuk kau juga.
Lepas ni, kau dah nak blah dari kilang tu.
" kataku sambil menjeling ke arah sebuah kereta sport berwarna putih memotong kereta kami.
Sempat aku perhatikan yang kereta itu mengekori kami sejak dari hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh lagi.
"Weh, babe... apa hal kau cakap macam tu? Ada ke aku kata nak resign kalau dah kahwin dengan Andi?" "Memang lah kau tak kata apa-apa sekarang ni.
Dah kahwin, dah ada laki... macam-macam boleh jadi.
" " itu aku takleh nak cakaplah.
Kalau dah takdir tertulis gi apa kuasa yang aku boleh halang, ya dak?" "Yalah.
Aku doakan kamu dengan Andi semoga abadilah.
" Kataku tersengih-sengih.
Kebetulan selepas aku katakan begitu, dee jay radio memutar lagu 'Semoga Abadi' dendangan Misha Omar.
Aku dengan Ella berpandangan sejenak sebelum tergelak dan mula menyanyikan lagu tersebut.
Kini giliran aku memandu kereta dalam kelajuan sederhana menyusuri negeri Perak.
Kedua-dua belah lebuh raya ini dipenuhi bukit-bukau batu kapur yang indah menangkap pandanganku.
Tidak lama lagi, sampailah di Ipoh, getusku.
Malangnya, aku terasa kereta yang aku pandu ini tersemput-semput apabila cuba mendaki bukit.
Aku pandang Ella yang tersengguk-sengguk terlena.
Risau aku bertambah apabila kereta bergoyang-goyang sebelum enjinnya mati.
"Ella! Ella!..." aku mengejutkan Ella.
Terpinga-pinga dia bangun.
"Apa hal?" "Kereta ma jawabku dalam keadaan panik.
Aku menoleh ke belakang takut-takut ada kenderaan berat yang akan lalu di belakang kami.
Aku mengilas semula pandangan ke arah Ella.
Dia sempat menekan-nekan telefon sebelum mengajak aku keluar dari kereta.
Asap keluar dari bonet hadapan kereta.
Masing-masing tidak tahu berbuat apa-apa.
"Kita nak buat apa ni?" tanya aku cemas.
Sungguh, aku langsung tak ada pengalaman berhadapan dengan terkandas di tepi lebuh raya seperti saat ini lagi.
Ella hanya suruh aku bertenang.
Dia tidak habis-habis menekan butang telefon, seolah-olah sedang ber-SMS dengan seseorang.
Kemudian Ella mengangkat satu panggilan.
Dia bercakap dengan sesorang.
Aku yakin dia hubungi Andi, kot.
Ataupun dia menelefon wakil insurans untuk membuat aduan kerosakan.
"Macam mana?" Tanya aku apabila Ella meletak telefon.
Ella tersenyum, kemudian dia menjuih bibir ke arah sebuah kereta yang berhenti di belakang aku.
" Melopong aku apabila kereta yang berhenti itu adalah kereta sport yang aku perasan dipandu di belakang aku sedari pagi tadi.
Dan lelaki yang muncul dari perut kereta itu membuatkan aku ternganga.
"Azril?" jerit aku di dalam hati.
Aku menjeling Ella tajam.
Ella tersenyum sinis.
Dia tahu aku memandangnya dengan pandangan tajam tapi dia tidak mengendahkannya.
Dia mendapatkan Azril yang mula mendekati kami.
Melihat lelaki itu, aku masih belum menerima hakikat apa yang dia katakan kepadaku tempoh hari.
'perempuan bodoh', itulah yang masih melekat di dalam benak aku lagi.
Cepat-cepat aku menjauhkan diri dari mereka.
Wajah aku tidak dapat lagi berbohong untuk menarik senyum.
Masam mencuka dan setiap kali Azril berpaling ke arah aku, aku melarikan pandangan ke arah lain.
"Encik Azril janganlah kecik hati.
Dia tengah sedih dan frust lagi bisik Ella apabila Azril risau apabila aku tidak melayannya.
"Tadi, dia takde cakap apa-apa ke?" "Cakap fasal apa? Encik Azril? Encik Azril ni... dah buat dia frust, lagi nak tanya.
Sudahlah, kereta saya ni apa yang rosaknya?" "Entah.
Over heat je kot.
Tayar belakang sebelah driver tu kena tukar.
Kempis aje saya tengok.
" Ulas Azril sambil pandangannya tidak putus-putus tepat ke arahku.
Ella menggelengkan-gelengkan kepala.
"Encik Azril tak nak tolong tukar ke?" Azril kembali memandang Ella, mengerut dahinya.
"Tukar? Tukar apa?" Ella nak saja ketuk kepala Azril.
Dia yang cakap suruh tukar, alih-alih dia yang tanya balik.
"Tukar tayar la.
Kan Encik Azril suruh tukar tadi.
Encik Azril tak nak tolong saya ke?" "Oh, boleh boleh! Sorry, ingatkan suruh tukar Suraya tadi.
Ada tayar spare tak?" sempat lagi Azril membuat lawak.
Tergelak Ella mendengarnya.
"Mestilah ada.
" Jawab Ella yang masih bersisa tawa.
Dari jauh aku lihat Azril bersusah payah mengeluarkan hi jack dan memulas skru untuk ditukarkan.
Sebenarnya, tak adalah susah sangat.
Dia kan lelaki gagah.
Sekejap saja tayar kereta Viva itu ditukarkan.
"Yang mati enjin ni, apa pulak masalah dia Encik Azril?" "Overheat.
Kena tunggu kurang-kurang dua jam untuk enjin sejuk balik.
Bila dah sejuk tu, tambah sikit air ya.
" Serentak aku dengan Ella memandang jam di tangan.
Sudah pukul dua petang.
Maknanya hanya ada tiga jam lagi majlis akan bermula.
Nampaknya memang tidak sempatlah agaknya untuk acara permaidani biru.
"Korang nak tunggu ke atau nak join saya? Kat seat belakang ada kosong lagi.
" kata Azril.
Ella memandang aku.
Aku memberi respon yang sememangnya dia pun tahu.
Memang taklah jawabnya! "Tapi Yaya... dah lambat ni.
" Aku menggeleng-gelengkan kepala lagi.
Tidak setuju.
"Jangan la macam tu Suraya.
Jom, ikut saya.
Kereta ni, saya boleh mintak tolong kawan saya datang tengok.
" Cadang Azril di sebalik pujukan.
Ella memaksa membuatkan aku menjadi dangkal.
"Kau nak pergi dengan dia, pergilah! Aku nak stay sini! Bagi kunci kereta ni!" aku berkeras.
Aku capai kunci di tangan Ella dan duduk di dalam kereta.
Lambat tak lambat.
Aku rela mereput tunggu dua jam tu daripada hendak menghadap muka Azril.
Entahlah, makin dilanda kemurungan aku kalau dia muncul di hadapan.
Ada ke perempuan sanggup tengok orang yang mentah-mentah tolak kau? Ella mengangkat bahu.
Terpaksa juga dia mengakuri kehendak aku.
"Takpelah.
Terima kasih Encik Azril.
" Azril hanya mengangguk.
"Kalau kau orang ada masalah nanti, bagitaulah.
Saya roger kawan saya yang duk area sini.
Jangan risau, kawan saya tu mekanik beriman.
" "Alright.
Thanks.
Nanti kita orang sampai.
Saya roger Encik Azril okey.
" Ella duduk di sebelah menumpang.
Dia menjeling ke arah aku.
Faham.
Terasa macam imbasan laser saja aku rasa jelingannya.
"Sejak bila kau jadi degil macam ni?" rengus Ella.
Aku berdiam tidak berkata apa-apa.
Menerusi cermin sisi, aku nampak Azril masuk ke dalam keretanya lalu mula memacu perlahan masuk ke laluan.
Sempat dia mengehon kami tanda untuk pergi dulu.
Sumber:Internet