Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 29

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 29

. Terkocoh-kocoh aku dengan Ella berlari di jeti kuah untuk ke resort yang sudah ditempah khas oleh syarikat.
Rosnah pula menambah kekalutan apabila sudah beberapa kali dia menghubungi aku dengan Ella supaya cepat sampai dan berada di majlis itu.
Aku pun tak tahulah kenapa andartu itu mendesak sangat untuk kami berada di majlis itu seawal yang mungkin.
"Kau orang kena cepat Yaya, bos nak jumpa kau ni!" gertak Rosnah di hujung talian.
"Ya, ya... kita orang nak cepat lah ni.." balas Ella lagi.
Aku pun naik tertekan dengan Rosnah ni.
Awal pagi tadi, tak ada pula nak pesan suruh awal ke, apa ke.
Dah dekat hujung-hujung masa ni, boleh pulak suruh semua staf berkumpul sebelum jam tujuh malam.
Keluar dari balai ketibaan feri, sepertimana yang diberitahukan oleh Rosnah, aku disambut oleh seorang pemandu kereta sewa yang sudah menunggu ketibaanku.
Wah, macam VIP pula siap ada pemandu menunggu.
Cukup hanya memperkenalkan diri dan tanpa banyak bertanya, pemandu itu sudah tahu ke mana tujuan aku dengan Ella.
Dia menghantar kami terus ke Malibest Resort yang terletak di bahagian Pantai Cenang.
Pada masa yang sama, di Casa del Mar, suasana resort itu sudah meriah dengan lampu-lampu dan muzik iringan.
Bayangkanlah semua kakitangan sebuah kilang duduk berkumpul ramai-ramai.
Semestilah riuh rendah dan bermacam ragam jadinya.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua orang memakai busana yang paling terbaru dan terbaik yang mereka ada.
Yang pekerja perempuan bermacam-macam jenis gaun ada.
Peplum, kembang semangkuk, mermaid style, evening dress, night dress dengan bermacam tema.
Yang terlebih-lebih dress gaya Lady Gaga pun ada! Semua hadir termasuklah Agung yang baru tiba dari Jakarta petang tadi.
Dia mengambil keputusan untuk berlepas ke Langkawi langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta.
Agung memerhatikan suasana majlis makan malam itu.
Dia bersandar pada sebatang pokok kelapa rendang di tepi kolam renang.
Hanya disebabkan muzik yang merdu dan dekorasi yang dibuat oleh pihak hotel sempena majlis makan malam ini, tidak cukup untuk menghiburkan kegusaran yang terbuku di dalam dada Agung.
Agak hambar dari persepsinya sedangkan orang lain tidak tergambar seronok dan gembiranya.
"Suraya sepatutnya berhak bersama kamu.
" Terngiang-ngiang kata-kata Dewi di telinganya.
Entah mengapa, dia boleh terpengaruh dengan dorongan gadis itu.
Dewi berjaya menyakinkan bahawa aku diciptakan untuknya.
Agung mendesah halus.
Tidak jauh dari tempat Agung berdiri, Azril duduk di meja bersama-sama dengan rakan-rakan sejawatnya.
Berbeza dengan Agung, Azril lebih nampak rilek dan bersahaja.
Majlis makan malam itu juga membosankan kepadanya yang sudah terbiasa dengan parti-parti yang lebih meriah dan liar daripada ini.
Azril tidak faham apakah yang dinanti-nantikan sangat untuk majlis makan seperti ini oleh pekerja-pekerja yang lain.
"Test! Test!" Perhatian semua staf AHC Electronic & Supply (M) Sdn.
Bhd.
teralih ke arah seorang lelaki berbangsa cina yang kelihatan seperti pelawak dan pengacara Hong Kong Eric Tsang, bertubuh rendah dan memakai baju tuksedo berwarna hitam pastel, ceria berada di atas pentas.
"Hai semua staf yang dihormati.
Saya Jackie, pengacara merangkap penganjur majlis.
Selamat datang diucapkan dan tahniah kerana anda semua adalah pekerja-pekerja hebat AHC Electronic & Supply.
Bos anda semua sangat menghargai setiap pengorbanan anda dan sebagai penghargaan, majlis makan malam ini tetap diadakan walaupun ada dugaan yang menimpa kalian beberapa hari yang lalu.
Saya difahamkan kamu semua ada kerja yang rush sampai tak balik rumah malam semalam kan? Jadi, pihak eksekutif syarikat mahukan anda bersuka ria malam ini.
Ya, malam ini malam untuk kamu semua.
Diharapkan semua dapat berhibur.
Release tension okey! Have fun semua, dan selamat malam!"
Sumber:Internet