Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 30

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 30

. Hati mana yang tak terteram melihat keindahan alam yang terbentang? Lautan rona kehijau-hijauan dengan pasir memutih serta deru ombak bertiup.
Aku terasyik merenung kaki langit Pantai Cenang pagi itu.
Ketenangan itu tidak dapat aku luahkan dengan kata-kata.
Aku berjalan di pesisiran seorang diri.
Rasa macam bebas pula bila berjalan seorang diri sebegini.
"Selamat pagi suraya.
" Sapa seorang lelaki yang aku cukup kenal.
Aku menoleh dan Agung berdiri teguh di belakangku.
Alamak, aku pandang bajunya dan seluarnya sama warna dengan pakaian aku.
Dari atas hingga bawah pula tu.
semua putih.
Aku mengalih perhatian sebelum perlahan-lahan hendak melangkah pergi.
"Suraya, abang tertanya-tanya.
Apa yang abang buat sampai Suraya merajuk tak bercakap dengan abang lagi ni?" Aku berhenti melangkah.
Pertanyaan Agung cukup menggelikan hati.
"Sepatutnya abang tanyalah diri abang tu dulu.
Oh, memanglah, orang yang menikam memang tak akan rasa sakit.
" "Suraya, jangan terlalu sinis dengan abang.
Abang betul-betul perlukan penjelasan dari Suraya.
Kalau tak, abang rasa tak sedap hati.
" Inilah lelaki.
Tidak akan faham sampai bila-bila pun perasaan seorang wanita.
Yang mereka tahu adalah benda yang mudah tanpa bengkang bengkok.
Mereka hanya faham apa yang bersifat tekal dan tidak bersimpul-simpul.
Okey, mood aku untuk menikmati permandangan hilang dekat situ aje.
"Kenapa pula nak rasa tak sedap hati? Okey macam ni, simple abang tak cintakan the end!" kataku dalam berkias sebelum melangkah pergi.
Agung menggeleng-gelengkan kepala.
Susah betul nak bercakap.
"Okey! Okey Suraya! Abang mengaku abang salah.
Abang mintak maaf.
Abang dah tahu kebenarannya sekarang.
Dan kebenarannya, abang cintakan Suraya! Faham tak? Abang patutnya mengahwini Suraya.
Bukan Dewi!" jerit Agung tanpa berselindung di sebalik ke-coolness-nya lagi.
Aku terpegun beberapa meter dari tempat Agung berdiri.
Kemudian aku berpaling kepadanya.
Hanya beberapa ketika aku merenung mata Agung.
Aku dapat rasakan ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku.
Adakah mungkin... "Abang gagal untuk bersama dengan Dewikah?" tanya aku sejujurnya membuatkan Agung terangkat kening.
Perlahan-lahan dia mengangguk mengakui kebenaran.
Aku menggeleng-gelengkan kepala.
Sungguh, Agung langsung tidak sedar dia telah mempermain-mainkan maruah aku lagi.
Agung langsung tidak sedar dia sekali lagi membuatkan aku rasa macam tampar saja mukanya.
Berserta dengan dengusan kasar, aku tinggalkan Agung begitu saja.
Pada masa yang sama, Azril duduk di anjung bilik motelnya.
Pagi-pagi lagi Encik Iskandar menelefon mengingatkan tentang persetujuan mereka mengenai wasiat yang ditinggalkan kepada Azril tempoh hari.
Serabut Azril memikirkannya.
Disebabkan itulah, cepat-cepat dia melarikan dirinya ke Pulau Mahsuri ini.
Kalau nak harapkan dia pergi melancong, tak ada maknanya dia ke sini.
"Oh, kamu lari ke Langkawi ya? Kamu ingat papa tak boleh pergi terjah Zril ke kat sana?" "Entah.
Nak lari, lari kat Langkawi aje.
Kalau mamalah, lar lah jauh Maldives ke, Boracay ke, tak pun Krabi.
Ini tak, Langkawi aje? Setakat Langkawi tu, mama dengan papa ni, sekejap aje la!" kata Puan Asilah menyindir diikuti dengan tawa.
Azril terpaksa menadah telinga mendengarnya.
"So, macam mana? Kamu ada sebulan aje lagi Zril.
Kalau takde, kirim salamlah ya.
Lawyer papa pun asyik duk call aje ni... "Suka hati mama papalah.
Kalau tak nak harta tu hilang macam tu, buatlah.
" Balas Zril geram.
Namun di sebalik itu, sebenarnya dia berharap juga mama dan papa memberi sebilangan kecil untuknya.
Dikira wang ihsan pun jadilah daripada dia merempat tak berharta.

Sumber:Internet