Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 31

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 31

. Semua staf lain sedang seronok-seronok keluar pergi makan angin dan bersiar-siar bagai di sekitar Pulau Mahsuri, mengambil peluang percutian hari keluarga anjuran syarikat ini.
Aku pula lebih selesa duduk terperuk di dalam bilik.
Apakah nasib, hanya satu pagi saja dua kali hati aku dicarik-carik.
Bodoh sangatkah aku ni? Ke aku memang ini malang orangnya? Otakku tidak berhenti-henti menyalahkan nasib yang sudah banyak meremukkan hati sendiri.
Terdetik, aku ini dilahirkan untuk disakiti ke? Arghh!! Puas aku menangis sejak pagi tadi.
Ella mendapatiku berwajah sebal.
Dia yang baru balik dari bermandi manda di pantai berubah wajah melihat aku masih tidak berganjak dari tempat tidur lagi.
Dari senyum ceria menjadi masam mencuka.
"Aduh... dah teruk sangat dah ni.
Sampai bila ni, Yaya?" Aku tutup telinga dengan bantal dan bertukar posisi mengiring membelakangkannya.
Enggan mendengar bebelannya.
Aku nak menangis ke apa ke, biarlah.
Ella yang terdengar gerutuku itu bercekak pinggang.
"Aku bukan apa Yaya, kita datang Langkawi ni bukan hari-hari tau! Dah penat datang jauh-jauh, baik kau lupakan sekejap kenangkan dua orang mangkuk tu! Janganlah sampai pasal Agung dengan Azril, kau boleh mati mood time-time macam ni.
Kita orang semua happy-happy holiday, takkan kau nak terperap kat sini je? Ikut sangat hati!" Dia bergerak mendekatiku.
"Tak nak cipta kenangan baru ke Yaya? Aku tak kira, kau kena ikut aku dengan Kak Ros and The Gang pergi island hopping! Dia orang plan nak pergi melawat Pulau Dayang Bunting aje jap lagi! Kalau kau tak nak, aku ajak dia orang datang seret kau!" Tergamam seketika aku apabila Ella naik darah macam tu.
Pertama kali kena tembak bertalu-talu macam tu.
Yang peliknya, aku tak rasa kena kecam pun.
Sebaliknya aku lebih hendak tersenyum pula.
Aku fikirkan Ella ni agak ambil berat juga orangnya.
Nasib baik dia perempuan, kalau laki nak aje aku kahwin dengan Ella.
Eh, apa yang aku merepek ni? Tak-tak, maksud aku pernah tak kamu ada sahabat yang sanggup menegur demi kebaikan diri? Sudah tentulah kan? Macam itulah aku rasa sekarang.
Terharu pula rasa.
Perlahan-lahan aku bingkas bangun dan menuruti kehendak Ella.
Benar katanya.
Berkeras kepada diri sendiri tidak ada gunanya.
Yang sepatutnya dihukum ketika ini adalah keadaan yang telah berlaku, bukan diri sendiri.
Hendak tak hendak, perkara sudah berlaku.
Jadi aku patut redha dan menghargai masa yang aku ada saat ini.
Ella berjaya membuatku melupakan tentang apa yang menyerabutkan kepala aku seketika.
Seronok juga dapat naik bot mengelilingi pulau.
Deru angin dan kehijau-hijauan warna laut betul-betul membuatkan aku dapat lupakan masalah.
Inilah orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Mula aku rasa malas sangat nak pergi mana-mana, tapi bila bola mata ini disajikan dengan panorama memukau, aku terus asyik.
Rosnah adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk mengepalai rombongan ala-ala Cik Kiah ini ke pulau-pulau berdekatan dengan Pulau Langkawi.
Ella memilih untuk ikut kumpulan Rosnah kerana ahlinya semua perempuan bujang yang cun-melencun tapi kepalanya ting-tong.
Tiada antara kami yang acah-acah diva.
Kalau ada, sudah tentu awal-awal lagi ditendang oleh Rosnah sendiri! Oleh itu, kumpulan kami ini mempunyai ahli yang teramai iaitu dua puluh orang dan semuanya adalah senior dari unit 3A.
Disebabkan itu, Rosnah menempah bot yang besar untuk memuatkan kami.
Dalam jam pukul 1.
30 petang, bot laju deras memukul ombak membelah ke arah destinasi pertama iaitu Pulau Dayang Bunting.
Macam aku cakap tadilah, pada mula aku tidak berapa teruja sangat tapi bila bot berlabuh di jetinya.
Perasaan itu mula mencuit dan lama-lama aku makin terpukau dengan keindahan alam yang satu ini.
Keindahan alam di hadapan mataku ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sumber:Internet