. Pada sebelah malamnya, aku, Ella serta rakan-rakan sebilik menghabiskan lagi masa percutian selama empat hari di Langkawi ini.
Kali ini kami menyertai persatuan pekerja ber-BBQ pula.
Kalau malam semalam majlis makan malam diadakan secara gilang-gemilang dan berprotokol, malam ini santai-santai aje.
Kalau dah majlis anjuran persatuan pekreja, maknanya semua staf ada termasuklah Azril dan Agung.
Nak buat macam mana kalau dah berkerja di bawah satu bumbung.
Hadap ajelah.
Malam itu aku mengenakan pakaian blaus berwarna krim dengan seluar jean digandingkan dengan tudung bawal berwarna ungu muda.
Tak sangkalah pula pakaian itu dapat menarik perhatian Azril yang rancak berbual dengan geng pejabat atau dikenali sebagai officeboy.
Aku buat biasa-biasa.
Setiap kali aku dengan Azril bertaut pandang, aku dulu yang melarikan pandangan.
Entahlah, nak kata aku benci tengok dia tapi mata ini nak tengok aje dia selalu.
Sebabnya, Azril nampak hot malam ni.
Maklumlah, dia pakai baju-T fit warna merah dan seluar jeans.
Tambah lagi membuatkan Azril nampak lain pada malam itu, dia turut memakai aksesori kaca mata berbingkai besar, sesuai dengan rangka mukanya yang lebar.
Eh, sejak bila pula dia berkaca mata ni? "Yaya, kau pernah tak terfikir kau patut bagi peluang dekat Abang Agung untuk bercakap?" pertanyaan Ella membuatkan fikiran aku teralih.
Aku tenung muka Ella.
Cuba untuk mentafsir semula pertanyaan Ella tadi.
Tiba-tiba dia ajukan soalan cepu cemas macam itu.
Apa hal pulak ni? Muka dah la serius.
"Agung, kenapa Abang Agung, Ella?" "Well, memanglah dia cakap kau hanya piihan yang kedua, tapi at least dia jujur dan nak jadikan kau isterinya?" Aku menyengetkan kepala sedikit.
Mengatur ayat untuk hendak jelaskan kepada Ella sedangkan separuh hati aku ini cukup malas bercakap mengenainya kepada sesiapa pun.
Bukan apa, kalau disalahkan tafsir nanti, makin buruk situasi nanti.
"Kalau kau, kau suka tak jadi pilihan yang kedua? Kau nak kahwin tak dengan lelaki yang kemungkinan besar dia akan ingatkan orang lain ketika bersama kau?" ternganga Ella seketika.
Persoalan itu ibarat sebuah jawapan padu untuk kemusykilan yang bermain di minda.
"Tapi Yaya, kau tak beri peluang pun kan kat Abang Agung?" Aku tergelak.
"Macam nilah Yaya, tadi Abang Agung ada jumpa aku.
Dia kecewa kau blah dari situ tanpa mendengar apa yang dia hendak katakan.
Selain dia nak bagitau bahawa Dewi dah jelaskan kepada dia apa yang telah berlaku semasa di kelab..." Ella terhenti di situ.
"...Apa-apalah.
Aku tak suka juga nak katakan persahabatan kau denagn Dewi.
Tapi, Dewi dah yakinkan dia; yang kau, Yaya, kau berhak untuk dijadikan isteri Agung.
Jadi apa maknanya di situ? Maknanya Dewi dah sedar kedudukan dia.
Dia dah sedar yang dia jadi batu penghalang.
Sebab itulah Agung dah berbalik kepada kau.
Dia sudah sedar yang kaulah orangnya.
" Ella menyua secucuk sate ayam ke mulutnya.
Rancak mulutnya mengunyah makanan itu.
Aku menjuihkan bibir ke bawah.
Kemudian menarik sedikit nafas.
"Kenapa kita kena cakap pasal ini El? Pasal Agung? Dia ada hutang apa-apa kat kau ke?" Pertanyaan aku dibalas dengan dekahan kecil.
"Kau ni suka buruk sangka la.
Aku bukan apa, aku kesihan dengan Abang Agung.
Kita tahulah dia tu agak veteran sikit umur dia.
Kalau aku jadi dia pun, aku cari perempun yang maksud aku, perempuan baik dan boleh dijadikan isteri.
Pada mata Abang Agung, aku rasa dia dah tak nampak sesiapa dah, kecuali... kau!" Tergamam aku dengan kenyataan Ella.
Dia angkat punggung lalu membiarkan aku sendirian sementara.
Aku pandang ke arah Ella yang semakin menjauh, dia meluru ke arah budak-budak junior yang sedang sibuk membakar ayam dan lauk panggang di kawasan sedikit lapang tidak jauh dari tempat aku duduk.
Sejenak aku terfikirkan tentang Ella.
Sejak akhir-akhir ini iaitu sejak dia nak kahwin ini, aku rasa Ella dah tak ting-tong macam dulu dah.
Dah makin matang ala perempuan melayu terakhir aje.
Okey berbalik kepada Agung, apa yang bermain di dalam kepala mengenai status aku perempuan kedua? Sementara aku bersendirian di meja makan itu, aku bertanya kepada diriku.
Kenapa aku sangat marahkan Agung? Kenapa aku tidak boleh menerima cinta dia? Ya, jelas sekali jawapannya adalah berkait rapat dengan Dewi.
Bekas teman baik aku yang banyak menanggup di air keruh! Suka ambil kesempatan! Kenapa pula aku wanita kedua yang dipilih oleh Agung selepas Dewi? sakit hati pula aku bila mengenangkan taraf aku di bawah perempuan bernama Dewi; perempuan tak ada maruah itu! Bayu malam di pantai bertiup dan mengibar-ngibarkan tudung bawalku.
Pantas tangan aku menekap kain tudung di bahagian dada dari terselak.
Persoalan tadi betul-betul merosakkan mood aku malam-malam sebegini.
Aku ni perasan bagus ke? Atau aku ini ada sikap keras hati? Kenapa aku tak boleh terima Agung sedangkan selama ini aku terkejar-kejar cintanya? Disebabkan aku pilihan kedua selepas Dewi? Ah, degilnya aku! "E aku dengar orang berdehem.
Terjegil aku dibuatnya.
Azril berdiri rapat di tepiku.
Meloncat aku menjauhi darinya.
Pandangan matanya ke arah pantai yang dada langitnya sedikit terang disinari bulan purnama.
Apabila dia membalas pandangan mataku, aku menjuling ke atas.
Dia hanya senyum dengan respon selamba aku.
"Seronok ke snorkeling tadi?" "Sibuk je.
" "Amboi.
Garang dah sekarang.
" "Encik Azril nak apa?" "Nak tegur sapa.
Lama dah tak berbual dengan Suraya.
Rindu pulak rasa.
" Aduh, ni lagi seorang! Geli geleman aku dengar cara Azril sebut rindu tadi.
Dia ni apa pasal hah? Nak rindu-rindu pulak.
Kalau betul-betul maksudkan, tak apa, ni bunyi macam nak minta kena hempuk.
"Esok, planning awak nak ke mana?" "Tak ke mana-mana.
" "Baguslah.
Jom kita pergi naik cable car.
Kita lunch kat atas sana.
" "Tak naklah, saya gayat!" Azril ketawa.
Padahal bagi aku, tidak ada yang kelakar pun.
Entah apa-apa yang digelakkan pun aku tak tahulah.
Aku rasa tak buat lawak pun.
"Ada benda penting ke nak cakap? Kalau takde, saya nak blah dah.
Lagipun, bbq ni tak happening!" sinis aku bagi.
Azril memandang ke kiri dan ke kanan.
Seolah-olah meneliti keadaan sekeliling.
"Encik Azril cari apa?" "Kawan awak yang kepoh tu, gi mana?" "Dah balik dah.
Sakit perut katanya.
" "Ooo... patutlah tak happening.
Banyak sangat makan sate mentah terbakar la tu.
" Entah macam mana, aku terlepas gelak seketul dua sebelum tangan menutup mulut.
Alamak, terlepas pula.
Sia-sialah aku tarik muka masam semata-mata cuba meletuskan perang dingin dengan dia.
"Hehehe, ketawa pun.
" "Dah! Encik Azril jangan nak try saya kat sini! Dasar buaya!" "Eh, awak nak pergi mana?" "Balik.
" Aku berjalan meluru ke arah chalet tanpa berpaling ke belakang lagi.
Sumber:Internet