Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 33

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 33

. Semalam aku katakan kepada Azril yang aku tidak pergi ke mana-mana kan? Memang pun! Aku tak tipu.
Kalau ikutkan jadual rombongan lawatan Rosnah, aku dengar mereka sekarang sedang bersuka ria naik kereta kabel Langkawi.
Rasa rugi pulak tak ikut.
Kemudian persatuan pekerja yang diketuai Encik Rashdan pula anjurkan sukaneka pantai pada sebelah petang.
Untuk sesi itu, mereka bukakan untuk semua staf menyertainya.
Rasanya bolehlah kot aku datang menyebok.
Sudahnya, aku duduklah rehat melepak aje lah pagi ni di bilik.
Deru angin pantai bertiup naik ke permukaan pantai terasa sayup semasa aku berada di beranda.
Best juga kalau dapat bersiar-siar di sekitar pantai.
Semalam terbantut sebab bertembung dengan Azril dengan Agung.
Ella dan lain-lain juga menghabiskan masa di bilik.
Masing-masing buat hal sendiri.
Kata mereka, kalau nak ke mana-mana kena tempah kenderaan sehari sebelumnya.
Leceh.
Jadi masing-masing pakat tak ke mana-mana.
"Kau tak sambung tidur ke Yaya?" Tegur Ella selepas melepaskan satu kuapan yang melebar di ambang pintu chalet.
"Penat dah tidur weh.
Kita ni datang bercuti ke, datang bertidur sebenarnya kat Langkawi ni? Lagi pun tak manis anak dara cam kita ni tidur sampai matahari dah terpacak kat atas kepala ni hah.
" soal balas disulam bidas.
Ella duduk di kerusi diperbuat rotan yang disediakan di hadapan chalet kami.
Dari kilas pandanganku, dia mencemik mukanya.
Mati kutu juga lah tu kot.
"Menyesal tak ikut Rosnah.
Habis tu, kau plan nak ke mana?" "Ni kan Langkawi.
Aku teringin nak ke Makam Mah Terburai Ella gelakkan aku.
"Kau ni Yaya.
Dah macam budak darjah enam! Asal Langkawi je, nak ke makam Mahsuri.
Asal Langkawi je, nak ke beras terbakar.
Old school lah... panjang lagi Ella kutuk aku depan-depan.
Giliran aku pula mencemikkan muka.
"Tidur ajelah! Nanti petang karang kita join team Encik Rashdan buat aktiviti tepi pantai.
Kau kan suka aktif-aktif ni kan..." kata Ella sambil bingkas bangun lalu masuk ke dalam semula.
Geram aje aku tengok.
Pada pukul dua petang aku dengar Pantai Cenang mulai digegarkan dengan bunyi muzik ala-ala sukan olimpik.
Disahut pula dengan lagu We are the Champion.
Itu menunjukkan persatuan pekerja mula membuat aktiviti acara sukan santai di pantai.
Bunyi gamat itu kemudian digantikan dengan suara yang kami semua staf terutama ahli persatuan pekerja kenal iaitu Encik Rashdan.
Dia menjadi pengulas sukan.
Beria-ia dia mengajak semua staf turun ke tepi pantai sekarang kerana acara sukan bakal dimulakan.
"Semangat habis!..." komen Ella sebaik muncul dari pintu.
Eh!? Cepat pula minah ni bersiap? Dengan baju T dan berseluar balapan, Ella nampak buruk gila bila dia memakai seperti itu.
"Siot kau kan!" Ella mencubit perutku.
Terkekeh aku gelak melihat penampilannya.
"Macam budak asrama.
" Komenku bersisa tawa.
Sekali melangkah laju ke arah pantai, tiba-tiba aku buat brek kecemasan.
Sebabnya terpampang Azril muncul di hadapan.
Entah mana-mana dia datang entah.
Nasib baik tak terlanggar.
Ella juga tersentak.
"Encik Azril ni, sengaja kan!" jerit aku geram.
Lelaki itu hanya ketawa.
Amboi... kacak betul muka dia yang bengis itu dihiaskan satu senyuman.
Sempat aku mengimbas pakaian yang dipakai olehnya – baju T yang sepadan dengan tubuhnya berwarna hitam dan seluar panjang jenis kargo berwarna khakis.
Bagi seorang kerani akaun yang selalu berpakaian formal di pejabat, sesekali melihat Azril berpakaian begini, nampak seksi la pulak! "Tak baik tenung muka orang lama-lama.
Jatuh zina mata nan Tegur Azril membuatkan aku terbuntang mata.
Eh, eh perasan pulak mamat ni.
Jujur tak jujur, sebenarnya memang aku tenung pun muka dia tadi.

Sumber:Internet