. Ella muncul dari daun pintu bersama empat lagi orang rakan sebilik kami sepanjang bermalam di chalet ini.
Mereka kemudian masing-masing membuat hal kebiasaan bagi seorang perempuan bila sudah berada di dalam bilik tidur.
Ada yang terus melompat ke atas katil, membuang tudung dan minum air.
Ketika itu, aku baru siap membersihkan diri untuk keluar.
Apabila aku tolak pintu bilik air dan melangkah keluar, lima pasang mata tadi tepat ke arahku.
"Hah! Ni pun kau! Mana kau pergi Yaya!? Buat aku risau aje!" Ella mula meluahkan perasaan geramnya.
Masakan tidak, selepas peristiwa aku jatuh atas dada Azril, terus aku pecut lari dan menghilangkan diri.
Entah kenapa perilaku dan tindakan aku bodoh sangat ketika itu.
Dah nama pun kemalangan, lagilah nak larikan diri.
"Aku tak gi mana-mana pun.
" Jawabku separuh bersemangat.
Empat mata rakan sebilik aku itu adalah budak-budak junior aku masih melekat pada diriku.
Dan, lebih mengharukan mereka ini merupakan peminat Azril.
Jadi? Macam mana aku nak jelaskan keadaanku itu? Ella dapat membaca perasaan aku setelah menedengar tonasi suara dan lirikan mata ke arah empat lagi teman sebilik.
"Takpelah.
Nanti aku nak update dari kau sekejap lagi.
Lagi satu aku nak bagitau kau satu perkara ni.
" "Tentang apa?" "Jap lagilah.
Aku nak mandi dulu.
Melekit-lekit dah ni Aku bersetuju untuk keluar bersama Ella menjamu makanan laut di restoran Haji Ramli.
Beria-ia betul dia mengajak aku.
Kononnya kedai itu agak murah dan sedap, katanya.
Lagipun aku memang sangat lapar ketika itu, tak menjadi masalahlah.
Yang penting, dia yang drive.
Kedai makan itu biasa-biasa saja, namun makanan dia, superb! Dan paling best, harga makanan laut dia yang dia kenakan, sangat berpatutan! Selesai mengambil oder makanan, pandangan aku terus terkalih ke arah Ella.
"Kau nak cakap apa tadi?" soalku dalam nada bersahaja.
Tak serius, tak berharap dan tak pula lewanya.
Ella menarik sekali nafas lembut.
"Abang Agung.
Abang Agung dah balik rumah nenek.
Katanya, Nenek masuk hospital.
" Selamba saja Ella memberi perkhabaran itu.
Ternganga aku sekejap mendengar.
"Apa?" "Nenek Agung masuk hospital, Yaya.
" Ulang Ella malas-malas.
Ella tak pernah jumpa nenek, sebab tu dia agak tidak berperasaan sepertimana aku mendengar perkhabaran ini.
"Apasal kau tak bagitau aku terus tadi?!" tak sewenang-wenangya suara aku meninggi.
Geram.
Ella menjuling mata ke atas.
"Tadi dia nak bagitau kat kau pasal benda nilah petang tadi.
Tapi kau tu yang lari daripada dia macam tengok hantu, dah kenapa?" "Aku... aku.." "Tergaga Tergagap-gagap.
Menyesalkan lah tu!? Tu lah.
Marah sesekali pun, janganlah sampai tahap tak boleh tentang muka.
Kadang-kadang dengarlah apa orang nak cakap dulu.
Kalau ada benda penting macam ni, kau sendiri tak tahu!" Aduh... Macam kena sula rasa bila Ella hentam aku balik.
Padanlah dengan muka aku ni.
Aku mendengus kecil dengan keserabutan situasi ini.
Salah ke tindakan aku tadi? Kenapa Ella boleh sound pasal kedegilan aku? Nampaknya Ella pun dah masuk pihak Agung.
Tetapi pada masa yang sama, ada betul juga kata Ella.
Memang tak patut aku tak bagi peluang untuk Agung.
Aku gigit bibir.
Ah, aku tak mahu termakan kata-kata Ella! "Aku nak buat apa ni?" "Kau tak payah nak buat drama sangat ek.
Jangan nak terfikir-fikir nak terus gerak balik ke KL malam ni ke, apa ke.
Esok hari last kita dah.
Jadi malam esok ajelah kau pergi jumpa Nenek dengan Abang Agung.
" Bentah Ella lagi apabila melihat aku mula berfikir bukan-bukan.
Namun kerisauan terhadap Nenek memungkinkan aku untuk tergerak hati untuk menelefon Agung untuk mendapatkan perkhabaran yang lebih jelas.
Biarlah perasaan marah terhadap Agung itu, aku boleh letak tepi dulu.
Yang penting, aku dapat tahu keadaan Nenek.
Sekurang-kurangnya aku lega.
Pantas nombor Agung dihubungi.
Tidak sempat nada dering ketiga, terus ada sahutan dari seberang sana.
"As kedengaran suara Agung mendahuluiku.
Kedengarannya seperti berbaur dengan pelbagai emosi.
Bunyi macam dia letih ada, sayu ada, gembira pun ada.
Gembiralah kot, sebab aku telefon dia akhirnya.
Agaknyalah.
"Macam mana keadaan Nenek?" terus ke niat asal tanpa belok-membelok.
"Nenek sesak nafas.
Teruk juga.
Sekarang saya dekat hospital.
" Jawab Agung, dengan suaranya sedikit kecewa.
Aku memegang kepala.
Tidak mampu aku bayangkan keadaan Nenek.
"Jadi, Abang Agung perlukan apa-apa bantuan tak?" "Sudah tentulah Suraya.
Abang perlukan Suraya ketika ini.
" Aku menjauhkan telefon dari telinga dan menatap pada skrin telefon dengan penuh tanda tanya untuk beberapa detik.
Aku salah orang ke atau aku salah dengar? Memang betul lah Agung yang bercakap.
Tidak salah lagi.
Tapi kenapa pelik benar ayat Agung itu? Boleh mengundang ni! "Suraya jangan salah faham.
Abang betul-betul perlukan orang yang boleh jaga Nenek.
Suraya tahulah Nenek tu macam mana kan.
Mana dia nak dengan semua orang.
Kalau difikirkan, hanya Suraya yang Nenek boleh jaga nenek dengan baik.
" Fuh, lega aku bila Agung perbetulkan ayat dia itu.
Mungkin dia sendiri pun rasa aneh dengan kata-katanya tadi.
Bunyi macam orang kemaruk aje.
"Okey Abang Agung.
Sampai KL aje, insyaAllah, saya terus pergi jumpa Nenek.
Saya doakan Nenek tak ada apa-apa.
Abang Agung pula tabah ya..." kataku di akhir perbualan.
Agung hanya diam.
Dia hanya mengumam sahaja sebelum menjawab salamku, lambat-lambat.
Aku sisipkan telefonaku ke dalam beg tangan.
Pada masa yang sama, makanan yang aku oder tadi sudahsampai ke meja makan.
Sebelum ini perut aku berkeroncong lapar, tapimengenangkan berita ini, aku hanya mampu merenung saja makanan-makanan itu.
Sungguh,selera aku dah kembali terjun ke Laut Andaman sana!
Sumber:Internet