. Sayup-sayup aku terdengar ada suara memberi salam dan memanggilku.
Aku ingatkan Nenek, tapi melihat Nenek juga lena tidur, aku angkat lagi kepala dari posisi meneleku di birai katil untuk melihat siapa yang mengacauku tidur.
"As dik, dik..." tercegat wanita separuh umur berkebaya merah siap berselendang warna emas yang aku jumpa di hadapan surau tadi! Dia berdiri sambil tersenyum kepadaku.
Eh, apa dia nak ni? Jeritku dalam benak fikiran! "Dik, boleh mak cik pinjam pengecas telefon kamu?" pintanya sambil menunding jari ke arah pengecas terlefon yang masih terpasang di suis di kepala katil.
"Telefon mak cik dah tinggal satu bar..." Sambungnya sambil menunjuk skrin telefon pintar berjenama Apple Iphone 8+ kepadaku.
"Boleh puan.
Tapi boleh ke guna pengecas android ni untuk telefon Iphone puan?" kataku sambil mengangkat tubuh.
Pengecas di soket itu dicapai dan aku hulur kepadanya.
Dia mengerut dahi.
Tidak faham lah tu kot.
Yelah, aku ni pun kalau dalam keadaan bingai macam ni, mulalah membebel mengarut.
"Boleh kot..." jawab wanita dalam ketidakpastian juga.
Setahu aku, pengecas android tidak boleh digunakan untuk mengecas Iphone.
Boleh arwah mengejut jadinya kerana pengaliran elektrik pengecas android tidak sama dengan Iphone.
Mungkin disebabkan terdesak agaknya, dia tetap mengambilnya juga.
Apa-apa hal yang terjadi lepas ni, nasiblah.
"Terima kasih dik.
" Aku hanya mengangguk.
Tak kuasa aku mengukir senyuman pagi-pagi buta ini.
Jam di skrin telefon menunjukkan pukul tiga pagi.
Hanya beberapa buah lampu saja dinyalakan di wad itu.
Aku dapati nenek masih lagi tidur.
Sempat aku periksa keadaannya sebelum menyambung tidur semula.
Ting! Satu mesej pesanan ringkas masuk ke dalam inbox.
Aku kembali mencapai telefon dan memeriksa pesanan SMS tersebut.
Daripada Agung, dan dia ingin tahu perkembangan Nenek.
Malas-malas aku taip.
Aku hanya tulis 'Nenek ok.
Sama juga, tunggu oksigen nenek pulih.
' Kemudian aku tekan hantar.
Suasana di hospital ketika itu sangat sunyi dan menjadi semakin dingin.
Aku lihat nenek bergerak-gerak.
Bila aku tanya, dia hanya bisik yang dia sejuk kepadaku.
Segera aku dapatkan dan lebarkan sehelai lagi selimut untuk mengurangkan sejuk Nenek.
Barulah dia kembali selesa.
"Nenek, saya pergi surau sekejap ya..." bisikku kepadanya.
Dia hanya mengangguk dan menutup mata menyambung lena.
Tujuan aku ke surau pada waktu-waktu begini sudah tentulah untuk mengerjakan solat tahajud.
Sebenarnya sudah lama aku tinggalkan solat sunat satu ini.
Aku pun bukanlah pandai sangat bab-bab tentang soal agama.
Cumanya, aku ambil peluang ketika ini untuk mengerjakan solat tahajud ini yang dikatakan dapat memudahkan segala urusan dengan pertolonganNya.
InsyaAllah.
Usai bertahajud, aku duduk sementara di laman taman hospital.
Sekadar untuk menghirup udara semulajadi pagi di samping juga untuk meneutralkan suhu tubuh aku yang lama tersejat dengan hawa penyaman udara.
"Boleh join awak?" Hampir nak melompat aku tiba-tiba mendengar ada orang tegur aku dari belakang.
Lelaki itu tergelak kecil.
"Sorry, sorry buat awak terkejut.
" Dia menyambung gelaknya dan langkahnya diatur ke arah hadapanku.
Aku pandang susuk itu.
Lelaki di hadapan surau yang dipanggil 'Mal' oleh wanita berkebaya merah berselendang warna emas.
Kali ini anaknya pula yang muncul.
"Nama saya Akhmal.
Akhmal Nazri Dato' Jamali..." lelaki itu memperkenal namanya setelah aku mempersilakan dia duduk di sebelahku.
"Yang sakit tu, nenek awak ke?" tanya Akhmal memulakan perbualan.
Sumber:Internet