Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 37

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 37

. Aku mengelap tubuh nenek dengan tuala basah dengan menggunakan air suam.
Sudah beberapa kali Nenek merungut dia tidak mandi selama dia berada di hospital ini.
Katanya, apa kaitan lah dia dilarang mandi dengan penyakit yang dihadapinya.
Nenek mendengus.
"Kalau kamu boleh tahan dengan bau busuk Nenek tak mandi ni, tak apalah!" Aku hanya tersenyum.
Selesai menyikat rambut dan membedakkan nenek, sarapannya sampai.
Bubur nasi adalah menu untuk sarapan di wad itu.
"Kamu dah makan ke? Kalau kamu lapar, makanlah sekali.
" Kata Nenek selepas mendengar perutku kencang berkeriuk.
Tak guna punya perut, bikin malu saja! Sebenarnya dari petang semalam lagi aku tak makan apa-apa.
Dalam malu-malu kucing, aku lahapkan juga bubur.
Aku tak tahu sejak zaman bila dan daripada siapa mengatakan bahawa makanan-makanan hospital kerajaan ini tak sedap.
Semuanya mengarut saja.
Sebabnya, mengikut penerimaan daripada lidah bercitarasa tinggi aku ini, rasa bubur yang disajikan untuk nenek ini rasanya boleh tahan! Sekali aku rasa, gulp... wah, dah macam bubur hotel aje rasanya! Sedap! (ke aku memang lapar ketika itu?) Entahlah, suap-suap, licin bubur itu aku kerjakan.
"As kami disapa dari sebalik tirai yang aku terlupa untuk menyelak semula tadi.
Akhmal dan Datin Fauziah muncul.
Mereka masih berpakaian sama seperti semalam.
Aku dan Nenek menyambut salam itu dengan muka manis.
"Nenek apa khabar?" sopan Datin Fauziah menyapa Nenek.
Sementara Akhmal lebih hanya berdiri dan menyaksikan sahaja kami berbual.
Serentak itu juga, Datin Fauziah mengeluarkan pengecas dari beg tangannya lalu dihulurnya kepadaku.
Sempat mata membaca jenama beg tangan wanita itu.
Luis Vuitton.
Hebat betul jenamanya.
"Awak dah sarapan ke?" tiba-tiba Akhmal bersuara.
"Dah.
" Jawabku ringkas.
"Awak sebat bubur nenek ke?" Datin Fauziah dan nenek menoleh ke arah aku selepas melihat mangkuk bubur licin tak berbaki dikerjakan olehku.
Akhmal bertumpu kepadaku.
"Ha' ah.
" spontan aku menjawab walaupun agak memalukan.
Terukir satu sengihan di bibir Akhmal pada permulaan hari itu.
"Awak tak breakfast lagi lah ni?" teka Akhmal.
Aku hanya senyum disudahnya gelengan kecil.
Aku berkira-kira Akhmal akan mengajak untuk makan bersamanya.
Sebelum dia mengatakan begitu, baik aku cipta alasan melarikan diri siap-siap! "Saya tunggu abang Agung sampai.
Lepas tu barulah saya pergi kataku.
Sengaja aku selitkan nama Agung di situ.
Sekurang-kurangnya Akhmal faham apa maksud aku itu.
Nak dijadikan cerita, panjang pula umur Agung kerana sebaik sahaja aku mengucapkan kata-kata bersifatkan alasan itu, entah dari mana Agung muncul.
Dia memberi salam kepada kami lalu meletakkan beg bimbit di satu ruang di tepi katil.
Dibukanya beg itu lalu mencapai beberapa helai baju baru Nenek.
Perilaku seolah-olah dia tidak perasankan kewujudan Akhmal dan Datin Fauziah di situ.
Pertama kali aku lihat Agung berbaju kemeja leher bulat berwarna hitam.
Bajunya sedikit ketat menampakan susuk tubuhnya yang agak tegap dan berotot.
Boleh tahan juga tubuh Agung ini, bisik hatiku.
Kami semua terdiam seketika sehinggalah Agung selesai mengemas barang dan menumpukan perhatiannya kepada kami.
"Ini ke Abang Agung?" Tegur Datin Fauziah.
"Ya, saya.
Maaf tak perasan tadi.
Dan puan ni...?" "Oh, panggil Mak Yah aje.
Ini Akhmal, anak Mak Yah.
Kami ni penjaga pesakit kat sana.
Ni saja datang melawaat tengok Nenek kamu dengan Suraya.
" Jawab Datin Fauziah mesra.
Mesra semesra-mesranya seolah-olah pangkat Datin itu tak pernah wujud untuknya.
Agung menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Akhmal.
Disambutnya jabatan tangan dengan satu senyuman yang tidak beragenda.
Sungguh jujur dan ikhlas senyuman dua beranak itu.
"Kuatnya tangan.
" Aku terdengar omelan kecil Akhmal selepas mereka meleraikan jabat tangan tadi.
Seraya itu aku melihat dia mengurut-ngurut tangannya.
Eh, apa pasal lah tu? Automatik aku memandang Agung.
Aku dapati Agung tersenyum nipis dan sinis.
Dan dari ekor mata, dia macam berpuas hati kepada sesuatu.
Aku rasakan Agung sengaja meramas tangan Akhmal dengan kuat dengan niat untuk menyakitkan Akhmal.
Tapi, kenapa? Kenapa Agung sanggup berbuat begitu pula? "Tadi awak kata awak tunggu Abang Agung kan? Ni... dia dah sampai! So, jom kita gi breakfast.
" Kata Akhmal ceria tanpa memikirkan yang kata-katanya membuatkan Agung terselar geram.
Agung memandang ke arahku dan tanpa sengaja aku memandang wajahnya sedikit berkerut.
Jarang muka licin dan bebas jerawat Agung berkerut seperti itu.
Dia kan cool, jadi agak susah tengok macam mengjengkelkan kepada ataupun seseorang? "Aku dah belikan dia sarapan.
" Jawab Agung sedikit tegang.
Kami masing-masing terdiam.
Belikan sarapan? Aku lihat tak ada apa-apa pun kat tangan mahukan dalam beg dia.
Apa maksud dia, belikan sarapan? "Aku cakap aku akan belikan.
" "Ooo... akan.
Maksud Abang Agung, tak belikan lagi lah tu.
Takpe, abang duduk rilek aje dulu, saya dengan Suraya pergi sarapan sekejap.
Nanti saya belikan abang sarapan sekali.
" Okey, mendengar itu.
Aku rasa Akhmal patut gali kubur untuk diri dia dah.
Berani betul kata begitu! Melalui insiden ini, dari pengamatan dari segi riak dan suara yag dilontarkan oleh Agung, aku dapat rasa sesuatu yang tak kena dengan lelaki ini.
Setelah bermain kuiz di dalam kepala sebentar.
Aku yakin Agung terlalu cemburu terhadap Akhmal.
Aku menggigit bibir sendirian.
"Saya tahu dia cemburu.
" Kata Akhmal sedikit yakin dan puas disulami dengan sedikit angkuh.
"Kalau awak tahu, kenapa masih nak hangat-hangatkan dia lagi?" Akhmal mengekek-ngekek gelak.
"Awak cintakan dia ke?" Aku menggeleng-gelengkan kepala kemudian bertukarkan anggukan kecil.
Akhmal membuat muka keliru dan mengerut dahi dengan jawapan verbal aku.
"Maksud saya, dulu ya.
Saya suka dan cinta dia.
Tapi sejak tahu dia lebih sayangkan orang lain, saya terpaksa biarkan ia berlalu pergi.
" "Owhhh.
Ye ke? Tapi kan, mudah betul awak putus asa.
" "Tentulah.
Mereka dah nak kahwin dah pun.
Dan perempuan yang dia nak kahwin tu pun, ex kawan baik saya.
" Terangkan aku cepat-cepat.
Tak mahulah Akhmal menganggap aku ni loser.
Dia mengangguk-anggguk.
"Tapi dia dah kembali cintakan awak.
Awak tak mahu berpaling semula ke?" "Dah terlambat dah Mal.
Hati ni sejuk tawar dah.
" Kataku disudahi tawa kecil.
Aku melihat jam.
"Sebenarnya saya tak pernah nak cerita kisah peribadi saya kat orang yang baru kenal.
Kita ni baru kenal tak sampai 15 jam kot.
Tapi kenapa saya rasa awak terkecuali ni ya?" Akhmal menutup mulutnya menahan gelak.
"Entah.
Mungkin kita ni pernah jumpa kot? Ataupun kita kembar tak seiras yang terpisah masa kecik.
Manalah tau kan? Tu pasal kita ni macam ada chemistry untuk bercerita hidup masing-masing.
" "Kembar tak seiras? Mengarutlah!" Kami menyambung tawa.
Telefon Akmal bergetar sekali menandakan satu pesan ringkas masuk ke dalam peti masuk mesej.
Dia mengambil telefon lalu menggesek lalu membaca teks SMS tersebut sebelum tersenyum.
"Kenapa.
" "Mak cik saya.
Dia dah boleh discharge tengah hari ni.
" "Ooo.. maknanya awak balik lah hari ini?".
Kemudian, aku pandang perilaku Akhmal yang menarik gelas di atas meja mendekatinya.
Selepas itu dia menunduk dan menghirup air nescafe tanpa mengangkat cawan tersebut.
Dia menghirup air dari cawan di atas meja terus! Macam budak kecil saja gayanya.
"Ak Saya naknombor telefon awak boleh?"    
Sumber:Internet