. Aku mengamati kad undangan perkahwinan Ella.
Cantik reka bentuknya.
Material kertasnya berwarna ungu dengan kemasan emboss kerawang bermotifkan bunga kembang pagi sebagai bingkai.
Di atasnya tertera nama penuhnya, Nor Elyana dan Andi yang di-hot stamp warna perak.
Klasik.
Aku tahu, reka bentuk ini semestinya atas permintaan pengantin lelaki, yang aku kenal sememangnya sedikit skema berbanding Ella yang hippies.
Aku senyum sendiri.
Sejurus kami pulang dari Langkawi, Ella tak ada kesempatan lagi untuk bertemu denganku.
Dalam masa seminggu sahaja, dia dengan Andi berhempas pulas untuk menyiapkan persiapan perkahwinan mereka.
Betapa sibuknya Ella, aku pun tahu.
Jadi tak adalah aku telefonnya dan merengek-rengek untuk bertemu.
Agung muncul di balik pintu.
Kemudian duduk di sisi kananku.
Kad kahwin yang belum puas kutatap disisip ke sebelah kiri.
Aku menoleh ke arah Agung.
Dia sudah melirik senyuman.
"Macam mana?" "Alhamdulillah.
Doktor dah benarkan Nenek pulang petang ini.
" Aku senang hati mendengarnya.
Nafas lembut kelegaan terhela.
"Terima kasih Suraya.
Budi Suraya tak dapat abang bayar.
" Kuhanya mengangguk kecil.
Sejurus itu, perlahan-lahan aku bangun dan bergerak masuk ke dalam wad semula.
Tujuanku adalah untuk mengemas barangan Nenek.
Berkenaan luahan penghargaan yang Agung katakan tadi, aku tinggalkan saja di bangku kerusi itu.
Bukan aku kejam, dan bukannnya aku tidak cuba.
Lagi-lagi setelah Ella dan Nenek mahu aku berbuat demikian.
Aku cuba untuk tidak mengelak dengan Agung, terutama sekali dalam tempoh kami bersama-sama untuk menjaga Nenek.
Aku cuba.
Aku sudah cuba mendekati Agung semula.
Aku buka hati ini semula dan tepis perasaan berbelah bagi.
Tetapi apabila aku bersama dengannya, aku tetap lagi dibayangi oleh bayangan Dewi.
Manakan tidak, pernah aku bermanis muka dengannya.
Gelak punyalah mesra, tiba-tiba telefon Agung berdenting sekali.
Dia baca mesej yang diterima olehnya dan kemudiannya terkuntum senyuman di bibir.
Aku cukup pelik dengan telatahnya.
Kebiasanya Agung jarang senyum dengan perkara remeh, apatah sekadar membaca mesej dari telefon.
Entah bagaimana, aku ternampak skrin telefonnya terpapar gambar Dewi.
Aku teguk air liur.
Barulah aku sedar Agung masih berhubungan dengan Dewi.
Lebih menjanggalkan, Agung siap tunjuk lagi gambar terbaru Dewi di media sosial Facebook itu kepadaku.
Dewi memuatkan naik sekeping gambar di dalam Facebook.
Di belakangnya aku lihat ramai pekerja-pekerja buruh.
Jika diteliti, seakan membina sebuah rumah kayu.
Kapsyen yang ditulis; langkah pertama sedang berlangsung.
Thanks Abang Agung! Aku menarik muka empat belas.
Jelas sekali ia mencalar hatiku lagi.
Gilalah kalau tak cemburu? Namun Agung buat-buat buta.
Itu yang sedikit mengecewakan.
Cuba? Ya, aku dah cuba.
Tapi perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan hatiku berbolak-balik.
Puan Asilah tersengih panjang.
Encik Iskandar juga terkoyak senyuman di bibir.
Azril menjuling mata ke atas.
Seorang gadis berbaju kurung moden berwarna jingga tersenyum manis di hadapannya.
"Inilah Farah.
Puteri kesayangan Datin Myra, kawan baik mama.
" kata Puan Asilah bangga.
Azril meneliti setiap inci tubuh wanita itu.
Cantik juga orangnya.
Berkulit putih, bermata galak dan bundar.
Rambutnya ikal mayang paras dada dan tampak yakin dengan mengenakan solekan sedikit tebal.
Ketinggiannya boleh tahan.
"Hai Abang Zril... Suka saya tak?" Hampir pecah ketawa Azril.
Cantik, tapi sekali buka mulut... Suara perempuan itu langsung tak ubah seperti suara Jamal Abdillah.
Tidak mahu berlaku biadap, Azril menahan ketawa dan masih berkelakuan biasa-biasanya walaupun senyuman sinisnya itu sudah merekah di wajahnya.
Berbahang dapat diagak oleh manusia di hadapannya.
Sumber:Internet