. Pelaminnya.
Konsep perkahwinannya.
Tetamunya.
Aku terkesima dengan suasana majlis resepsi perkahwinan Ella dan Andi tatkala melangkah masuk ke dewan ballroom.
Tak terjangka aku yang majlis resepsi mereka dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang.
Katanya hendak buat biasa-biasa saja, tapi dari penataan cahaya lampu dan alunan muzik tradisional berserta pasukan gamelan lagi untuk menyenangkan hati pengunjung datang bertandang, dah macam anak raja pulak yang berkahwinnya! Apa yang biasanya? "Awak kenapa?" Akhmal menepuk tangannya di hadapan muka apabila aku tercegat di muka pintu dewan.
"Kecut.
" Jawabku tersengih-sengih.
Tawa Akhmal terlepas dari bibirnya.
"Macam awak pulak yang naik pelamin.
" "Haha Tak adalah.
Cuma kekok sikit.
Tak pernah datang majlis kenduri grand macam ni.
Biasa pergi kenduri kampung-kampung aje.
" Kataku sambil menyerahkan kad RSVP kepada penyambut tetamu yang aku kenalinya adalah Enna, adik Ella.
"Oh, akaklah Kak Yaya!" "Ha'ah, saya Yaya.
" "Akak punya tempat duduk dekat meja VIP.
Mari saya tunjuk.
" Aku dan Akhmal mengekori Enna ke tempat duduk.
Betul-betul berhadapan dengan pelamin menghadap satu meja VVIP yang dimonopoli pekerja-pekerja dan majikan pengantin lelaki.
"Kalau awak nak tahu, itulah Tuan Ahmad Razlan, pemilik Gelombang Mega Maritimes (M) Sdn.
Bhd, usahawan muda yang dua kali jadi penghias muka depan majalah Time Jepun.
" kata Akhmal beria-ia.
Nampaknya kecenderungan Akhmal juga adalah dunia perniagaan.
Spesis kaki bisnes macam Agung! "Oh ya?" balasku tak ada minat langsung.
Akhmal pun tahu aku kurang berminat alam urusan korporat ini.
Dia kemam semula keterujaannya.
"Ala sorrylah.
Topik awak tu tak berapa menariklah.
Sorry.
" Pandanganku mengitari suasana.
Hanya beberapa orang saja yang kenal di majlis itu.
Keluarga Ella terdekat dan beberapa orang rakan baik Ella sahaja, selebihnya tidak kukenal.
Aku pandang suasana sehinggalah mata aku berlaga dengan Agung yang duduk di meja sebelah.
Oh, rupa-rupanya dia sudah perhatikan aku dari tadi! Dari riaknya yang aku nampak, wajahnya cukup jelas berkerut.
Mungkin dia pelik dengan keberadaan Akhmal di samping aku agaknya.
Mebiarkannya, aku buat-buat tak nampak.
"Hai Suraya.
Sini pun awak!" Terperanjat aku apabila Azril muncul entah dari mana.
Dan lelaki ini seperti biasalah akan ikut kepalanya sendiri tanpa mempedulikan sama ada orang marah ke, bengang ke... dia main langgar aje.
Tak sensitif langsung soal hati.
"Ni sapa?" Soal Azril lagi apabila Akhmal tersenyum kepadanya.
"Akhmal, ni Encik Azril.
Encik Azril, ni Ak "Boyfriend ke?" teka Azril sambil mengjongketkan kening.
Aku tenung Akhmal.
Serba salah aku untuk jawab pertanyaan itu.
Sebaliknya Akhmal kelihatan tenang saja.
Mulutnya tidak lekang dengan senyuman.
"Ya, saya.
Tapi bukan boyfriend sangatlah, cuma kawan kenal-kenal hati budi, teman tapi mesra lagi!" Membulat mata aku apabila Akhmal berkata begitu.
"Oooo.... teman tapi me Ajuk Azril dengan sinisnya.
Panjang betul dia punya 'Ooo' tu.
Dalam sinis dibuat-buat itu, aku menangkap kekecewaan yang tersulam.
Aku nampak beberapa urat muka Azril mengendur apabila Akhmal mengatakan begitu.
Tapi kenapa? Sekali lagi, aku buat-buat tak tahu dan membiarkan perasaan ingin tahu pergi sahaja.
Lagipun, tak mahulah dikatakan perasan seseorang.
Sumber:Internet