Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 4

. Kereta Proton Perdana V6 berwarna kelabu milik Agung merapatiku yang sudah menunggu di pondok pengawal.
Semakin kereta itu merapat, semakin aku berdebar-debar walhal ini bukan pertama kali aku dengan Agung keluar bersama.
Apabila kereta itu memarkir di hadapan, Agung menurunkan cermin kereta dan sudah melemparkan senyuman manisnya kepada aku.
"Maaf Suraya, lambat sikit.
" Katanya tanpa aku minta.
Lambat? Sebenar tak lambat pun.
Sengaja Agung berkata begitu kerana dia serba salah mengheret aku ke dalam 'masalah kehidupannya'.
Aku menarik tuil dan duduk di sebelah penumpang.
Tingkah laku aku seperti biasa, spontan tanpa mengawal keayuan membuatkan Agung senang denganku.
Sempat aku mengerling ke arah lelaki itu, memakai baju kemeja biru dan berseluar khakis berwarna perang muda dan berkasut Dr.
Cardin.
Rambutnya pendek disikat ke belakang menampakan dia lain daripada hari biasa.
"Kita nak pergi date ke ni, Abang Agung?" tiba-tiba mulut ini gatal menyuarakan soalan yang boleh 'mengkantoikan' perasaan aku terhadap Agung.
Agung mengerling ke arah aku sepintas, membuatkan aku terasa seperti dipanah petir.
Bahangnya terus naik ke muka.
Nasib baik hanya beberapa saat sahaja sebelum Agung tiba-tiba tergelak.
Fuh, lega aku! "Apasal tanya gitu? Handsome sangat ke abang ni?" katanya dalam bersisa ketawa.
Merah padam muka aku.
Padan muka, gatal lagi mulut.
"Ha ah... handsome sangat.
Kita nak ke Alamanda ni, buat apa sebenarnya?" Aku sengaja mengubah topik.
"Abang ada nak beli barang sikit.
" Terangnya ringkas, namun cukup membuatkan kufaham.
Barang yang dimaksudkan oleh Agung ialah barang yang akan dijadikan hantaran perkahwinannya dengan Dewi yang bakal berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi.
Aku terkelu selepas mengetahui niat dan tujuan untuk ke sini.
Patutlah Agung tidak mengajak Dewi.
Okey, terus-terang katakan, Agung lebih suka aku menyertainya ketika membeli barang-barang hantaran mereka supaya barang-barang hantaran ini menjadi elemen kejutan semasa hari besar mereka nanti.
Selain itu, dengan alasan aku adalah kawan baik Dewi, Agung beranggapan aku tahu apa yang Dewi suka atau apa yang Dewi tidak suka.
Jadi aku dijadikan kaunter pertanyaan ataupun pusat rujukan untuk Agung mengenali Dewi.
"Teddy bear ni, okey tak Suraya? Abang suka beruang ni.
" Tanya Agung sambil memegang dan menayang patung beruang Teddy berwarna biru muda kehijauan kepadaku.
Aku merenung beruang Teddy itu sedalam-dalamnya.
Comel sungguh beruang Teddy sebesar satu pelukan itu.
Bila aku sentuh fabriknya, lembut dan baunya sangat wangi.
Beruang itu dipakaikan pakaian formal lelaki dengan satu topi kecil disendengkan ke bahagian kanan kepala besarnya.
Aku pun turut jatuh hati beruang itu.
"Tak okey.
Dewi tak suka warna biru.
Dia suka warna purple.
" Ulasku sedikit tegang.
"Oh ya ke? Tapi abang suka sangat yang ini.
Kalau Suraya rasa, Dewi suka yang mana?" Agung meletak semula beruang Teddy ke tempat asalnya sambil melilau ke arah beruang-beruang Teddy yang lain.
Sudah tentulah dia mencari yang berwarna ungu sepertimana yang aku katakan tadi.
Sementara itu, pandanganku pula masih melekat pada beruang berwarna biru muda kehijauan itu.
Seraya itu, aku mengelus bulu lembut patung itu.
Tersenyum sambil membayangkan alangkah bahagianya andai aku yang memiliki beruang teddy ini.
Urmmm, itu kalaulah... "Macam mana yang ini?" Tanya Agung lagi, kali ini betul-betul beruang Teddy berwarna ungu.
Aku menoleh ke arah patung beruang itu.
Aku menidak lagi.
Wajah Agung tak berubah langsung walaupun aku bereaksi menolak dengan pilihannya.
Aku mencapai salah satu patung beruang lain di sisi patung beruang biru muda itu, lalu menunjuk ke arahnya.

Sumber:Internet