Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 40

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 40

. "Tahniah.
Selamat pengantin baru El.
" Ucapku di akhir majlis perkahwinan gadis itu.
"Yaya!" ucapanku dibalas dengan satu pelukan erat.
"Sorry Yaya.
Aku tak sempat sangat jumpa kau.
Kau pun satu, apasal tak naik stage tadi, tepung tawar aku?" Aku sedikit tergamam.
"A.. aku, "Haishh kau ni! Lama aku tunggu kau tau.
Kau ni memang betul laahh "Ala, sorry lah.
Dah aku nampak kau macam tak nak layan aku je.
Kecik hati aku tau.
" "Bukan tak nak layan la Yaya.
Ramai sangat! Sampai aku pening nak buat mana dulu.
Dah lah preparation dua minggu.
Paham-pahamlah.
" "Habis tu, kau macam mana lepas ni?" "Ikut plan macam aku cerita kat kau dalam phone hari tulah.
Hari Rabu nanti, aku dengan Andi dah flight ke Tokyo dah.
Memang stay sampai sana sampai Andi ada cuti panjang.
Aku pulak akan jadi housewife sepenuh masa lepas ni.
" "Ooo..." Aku tayang wajah murung tanpa sengaja.
"Aku tahu makna muka kau tu.
Jangan ler gitu.
Aku pun sedih tau.
Tapi nak buat macam mana, ini takdir aku.
" "Eh, kau janganlah cakap macam kau nak mati.
Apa kau ni? Fikirlah benda-benda yang baik.
InsyaAllah, kau mesti happy.
" Ella gelak.
"Aku tau ler, aku saja je.
Nak test kau!" "Aku tahu kau mesti penat lagi ni.
iyalah, dah dua minggu ke hulu ke hilir, kan? Dua minggu nak kahwin ni bukan calang-calang orang boleh buat.
" "Tu lah.
Aku dengan keluarga memang tak mampu babe nak buat ni semua.
Keluarga Andi pun sama.
Majlis cadangan asal nak buat kat rumah je.
Alih-alih majikan Andi campur tangan.
Tu yang sampai ke ballroom tu.
" "Oh, ya? Beruntungnya badan kau!" "Haha rezeki babe.
" "Kiranya kau pergi Tokyo nanti, rehat-rehatlah cukup-cukupnya, kan?" "Ha'ah.
Lepas habis acara pindah-memindah barang, aku kira settle lah.
Cuma Andi yang kena struggle lagi.
Nak kena sesuaikan diri kat tempat kerja baru dia.
" Kata Ella nada mengusik.
Andi dan Akhmal merapati kami berdua sebelum masing-masing tersengih-sengih.
Ella sudah kenal dengan Akhmal.
Dan dia sudah tahu siapa Akhmal setelah aku jelaskan kepadanya awal-awal lagi supaya tidak timbul banyak tanda tanya.
Alhamdullilah, Ella faham dan hormati keputusan aku.
"Jaga Yaya elok-elok ya Mal.
Dia ni nampak aje tabah orangnya, tapi dalam tu senang pecah.
Barang fragile!" kata Ella selamba.
Aku hadiahkan dia dengan satu cubitan manja pada bahagian perutnya.
Tak pernah dalam sejarah orang bagi hadian cubitan kepada pengantin.
Mengaduh Ella menahan ngilunya.
Rasakan! "Abang Agung macam mana?" bisik Ella kepadaku.
"Macam mana, macam mana?" "Kau ada cakap tak dengan dia?" Aku mengangguk.
"Habis tu?" "Eh, macam tu lah jugak.
Dia masih lagi berhubung dengan Dewi.
Takkan aku nak kacau daun.
Lagipun aku dah tak heran.
Aku selesa jadi solo! Dan.. Kita jangan bincang pasal hal aku boleh tak? Ini hari kau Ella.
Jangan kusutkan pasal aku pulak.
Nanti settle, aku ceritalah kat kau.
" "Okey.
Aku risau kau aje.
Kalau nak aku bagi pandangan, kau hello-hellolah aku.
Aku sedia bagi cadangan.
" "Tak apa.
Aku dah ada Akhmal selaku penasihat merangkap perunding peribadi baru sekarang! Dia punya buah fikiran, lagi superb!" kataku bangga disudahi dengan ketawa.
Punyalah sengal Ella, aku kutuk dia, dia tak sedar.
Siap boleh gelak sekaki lagi.
Tak perasan ke dia gelakkan diri sendiri?!
Sumber:Internet