Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 5

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 5

. Aku menjengah-jengah di sekeliling.
Kelibat Lokman dicari-cari dari puluhan manusia di stesen bas Jalan Reko, Kajang.
Kemudian mataku tertangkap kepadanya yang berdiri di tepi tiang di platform 8.
Dia pun terjengah-jengah juga mencari aku.
"Hahhh kau! Ada telefon tapi takleh guna!" sergah aku membuatkan Lokman tersentak.
"Mampus kau! Pergi sana!!!" Latah Lokman.
Aku ketawa terbahak-bahak.
Umur baru 20 tahun, tapi melatah mengalahkan nenek tua.
"Kak chik!!!" Dia mencubit lengan aku.
"Itu latah jugak ke, sengaja?" "Sengaja.
" Jawabnya tegang.
Aku hanya tersengih kepadanya.
Biarkan dia rasa jengkel kepadaku.
"Apa pasal tak turun kat rumah Abang Long aje?" "Dia kerjalah.
Takkan Man nak suruh Kaj Long pulak ambil Man? Man mana tahu nak ke rumah dia.
" Satu persatu Lokman memberi alasan.
Aku mendengus sahaja.
"Dah jadi satu kerja pulak nak kena hantar kau pergi sana.
Lepas tu nak ambil kau semula.
" Keluhku mengungkit.
Lokman menarik muka masam.
"Amboi, macam tak suka Man datang! Kalau tahu macam ni, Man tak nak datanglah!" Lokman mencampak beg ke atas jalan raya.
Aku pandang kiri dan kanan.
Ada beberapa orang yang berada di sekeliling itu memandang ke arah kami.
Tebal muka tiba-tiba.
Aku pungut beg lalu mengheret Lokman dan cepat-cepat meninggalkan kawasan itu.
Lokman kalau dia buat hal, memang jenis berani mati.
Apa nak jadi, jadilah! Aku terpaksa menghantar Lokman ke rumah Abang Long yang tinggal di Sri Rampai.
Semasa menunggu bas RapidKL untuk ke Pudu Sentral, telefon bimbitku berdering.
Aku mendapati Dewi menelefonku.
Untuk apakah perempuan ini menelefon aku? Aku bertegas untuk tidak menjawab.
Sekali, dua kali, tiga kali... telefonku ini terdiam juga akhirnya.
Lokman memerhatikan tindakan aku.
"Sapa tu kak chik?" Aku menjeling ke arah Lokman.
"Seboklah kau..." "Eee... tak nak bagitau sudahlah.
Poyo!" Bidas Lokman membuatkan darah anak daraku menyirap.
"Kau jangan nak macam-macam dengan aku ek, kang aku tinggal kau kat sini kan!" "Cakap sikit melen Cakap sikit melen kata Lokman selamba sambil menjeling ke kanan dan ke kiri.
Dia bercekak pinggang sambil sebelah kaki digoyang-goyang, macam gaya Mak Cik Peah mengejek Mak Cik Senah! Menyampah aku tengok.
Telefonku berdering lagi.
Aku tengok skrinnya, Agung pula menelefon aku.
Kali ini, aku tidak memikirkan dua kali, lantas aku jawab saja.
"Assalamualaikum "Walaikumussalam.." "Suraya ada dekat mana sekarang? Boleh Suraya tolong abang lagi tak?" "Errr... saya dekat pekan Kajang ni bang, dekat stesen bas.
Saya nak hantar Lokman ni ke rumah Abang Long.
Abang Agung nak saya tolong apa ya?" "Kami nak ke rumah Nenek ni.
Nenek pesan, ajak Suraya sekali.
" "Kami?" "Ya, Dewi ada sekali ni kedengaran telefon Agung seperti tergesel sesuatu.
Mungkin dirampas oleh seseorang yang membuatkan aku meluat.
"...Hello Yaya, jum ikut aku ke rumah nenek! Nenek rindu bangat sama ki Itu dia.
Hampir hendak termuntah aku mendengar suara perempuan seorang ini.
'Rindu bangat sama kita'?... Apa maksud dia dengan perkataan 'kita'? Dari kata Agung tadi, bunyi macam Nenek nak jumpa aku sorang aje.
'Kita' tu maksudnya kita ke, ataupun kau saja? Kau ingat aku bodoh ke Dewi?
Sumber:Internet