. Di sebuah rumah banglo di pinggir ibu kota.
Lelaki itu mencampak baju yang baru dipakai ke lantai.
Terangguk-anguk kepalanya mengikut rentak lagu bergenre progresive rock, Faint didendangkan oleh kumpulan Linkin Park.
Dia menjejak kaki ke atas treadmill lalu memulakan lariannya.
Semakin lama semakin laju kaki berlari.
Dia menyasarkan larian sejauh sepuluh kilometer dengan tempoh masa satu jam.
Selesai latihan kardio itu, diambilnya pula dumbell seberat 15kg dan dipamnya hinggalah tubuhnya mula merembeskan peluh-peluh hingga badan sasanya berkilat-kilat.
Tritt Telefonnya di kocek seluar pendeknya berbunyi.
"Hello Zril! Where are you bro?!" "Hey, Kevin my man.
Kat rumah.
I tengah workout.
What's up?" "You takde show kan malam ni? Jom gi club!" "What's time?" "At 11.
I'be there with your favorite girl, Nancy, if you're want "Pffrrt No need.
Takde mood hari ni.
No woman allowed tonight! Just the guys only!" "Sure, as u "Later bro..." Belum sempat lagi lelaki itu menyimpan telefon, sepasang suami isteri separuh usia yang sudah tercegat di muka pintu bilik lelaki tersebut.
"Nak merayap lagi malam ni lah tuh!" Sergah Encik Iskandar, seorang ahli perniagaan termuka di Kuala Lumpur.
"Cubalah duduk rumah Azril.
Kamu tu bukan budak kecik lagi, dah umur 29 tahun dah! Ni bilik ni, macam reban ayam mama tengok.
Bersepah!" Sampung Puan Asilah pula, isteri Encik Iskandar.
Anak tunggal mereka bernama Muhammad Azril Ilham itu hanya tersengih.
"Rileks papa, mama.
Jap lagi, Zril mintak Mak Bedah bersihkan.
" "Mana ada dah Mak Bedah.
Dia dah berhenti dah semalam!" kata Encik Iskandar sambil sekadar menyendeng badannya pada permukaan pintu.
Tidak tergamak dia untuk melangkah ke dalam bilik anak bujangnya itu.
Azril menjuih bibirnya.
"Sebab kamu jugaklah Mak Bedah berhenti.
Asyik berparti aje!" "Laaa... Apa kena mengena Zril suka party dengan Mak Bedah berhenti kerja?!" "Dia tak tahan dengan perangai kamu! Suka sangat party! Mama dapat tahu kamu buat barchelor party semalam ya!" "Ya.
" Jawab Azril sambil menggapai sehelai tuala di dalam almari.
Seraya dengan itu dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Encik Iskandar dan Puan Asilah berpandangan.
Seakan-akan tunggul pula mereka berdiri di situ.
Bunyi air dari paip pancuran kedengaran sebaik sahaja Azril menutup pintu.
"Azril! Mama belum habis cakap lagi ni!" "Ya, Mama.
Zril dengar ni!" "Kami nak kamu explain pasal bachelor party kamu semalam! Apa kamu buat sampai Mak Bedah terus angkat kaki!?" "Mama dengan papa tak payah risau.
Bachelor party tu takdelah liar sangat.
Kami tak hired pun mana-mana hooker.
Dia orang just mabuk-mabuk sikit je.
Mungkin sebab tu kot Mak Bedah berhenti.
Zril minum coke aje.
Macam biasa yang Mama pesan tu.
" Sambung Azril dari bilik air.
Encik Iskandar menepuk-nepuk dahi.
Jawapan sambil lewa soal agama itu langsung tidak boleh diterima.
Salah satu sebab payah untuk membentuk Azril adalah kerana ketidakprihatinan mereka juga.
Semasa anaknya itu kecil, mereka membiarkan Azril berkawan dengan sesiapa tanpa batas.
Azril membuka pintu bilik airnya.
Selamba dia memakai baju dan seluar sambil mencari-cari deodoran.
"Yang kamu beria-ia bersiap-siap ni, kenapa? Boleh tak malam ni, duduk rumah, teman papa bercakap pasal syarikat?" "Sorrylah papa.
Tak minatlah business papa jual karpet.
Ada ke muka Zril ni muka mat Pakistan nak jual karpet!? Come on papa, tak macho langsung!" "Habis tu, kamu ingat kerja jadi model kamu tu macho sangatlah? Tayang muka, tayang badan... dah macam gigolo dah papa tengok!" Azril hanya ketawa.
"Okeylah, okeylah.
Tapi next timelah papa.
Malam ni, Zril nak jumpa Kevin pun nak discuss photoshoot minggu depan.
" "Esok-esok tak boleh ke Zril? Minggu depan tu ada lagi enam hari kan? Nak manage masa pun tak reti kamu ya?" "Kamu jangan mana-mana la Zril.
Dengarlah cakap papa sekali.
" Azril seperti tidak mendengar teguran mama dan papa.
Selesai dia menyikat rambut, dia meluru untuk keluar.
"Gotta go, mama, kata Azril sambil membuat isyarat menuju ke pintu bilik.. "Kamu ni Zril, mama cakap apa pun mesti tak lut!" "Muhammad Azril Ilham! Stop right there, Mr headstrong! Or, I'll be cut your pleasure!" Kaki Azril berhenti melangkah.
"What Encik Iskandar tersenyum lebar.
"Dengar pun.
Yes, selangkah lagi Azril ke depan, papa tak teragak-agak untuk rampas balik kesenangan yang papa bagi kepada kamu!" Azril berpusing ke belakang, mengadap mama dan papanya.
Azril mendapati kedua-dua orang tuanya tersenyum puas.
"Which is...?" " kad kredit, saving, kereta, motorbike termasuklah rumah ni!" "Papa cabar Zril ke?" "Of course! Biar kamu rasa macam mana susah nak cari duit ni.
Kamu jangan ingat dengan duit part time model kamu tu, boleh hidup sampai macam ni?" Cabar Encik Iskandar.
Azril mengerut kening.
Bergelodak dada bidangnya menahan geram.
"Okey, fine.
I am so sorry Papa.
Jangan cut Zril punya elaun.
Macam mana Zril nak hidup nanti?" Azril berbaur kesal.
Encik Iskandar dan Puan Asilah mulai berasa lega.
Namun untuk seketika cuma.
Azril melangkah mengundur ke belakang setapak.
Kedua-dua orang tua Azril mengerut dahi.
"Azril!" "Whattt?? Tadi kata Azril tak boleh berjalan selangkah ke hadapan kan? Sekarang Azril mengundur lah ni..." Puan Asilah mengurut dahinya.
Pada masa yang sama dia menahan ketawa.
Ada-ada sahaja tingkah Azril menguji tahap kesabaran mereka.
Selangkah, dua langkah ke belakang... akhirnya Azril lenyap dari pandangan mereka.
Puan Asilah sudah ketawa terbahak-bahak.
" anak awak la tuh!" Selar Encik Iskandar sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Puan Asilah hanya mengangguk menerimanya sahaja.
"Anak awak jugak..."
Sumber:Internet