Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 8

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 8

. Telefon aku berdering.
Aku dengar suara Agung berada di hujung talian.
"Assalamualaikum "Walaikumussalam.
" "Suraya buat apa petang ini?" Aku merenung kepada sambal sardin dalam kuali.
Hangat menggelegak menaikkan bau yang yang menyelerakan.
Semestinya enak jika disantap dengan nasi panas-panas.
Agung memanggilku apabila aku terjeda diam.
"Suraya?" "Sorry, tengah masak.
Petang? Tak ada apa-apa.
Cuma hendak kemas-kemas barang nak letak dalam kotak.
Sebab minggu depan saya akan pindah rumah dah.
" "Oh, ya ke? Banyak ke lagi barang Suraya nak kena kemas?" "Banyak jugak la..." kataku dalam nada acuh tak acuh.
"Ermmm... baru nak ajak Suraya temankan abang.
Ada satu lagi nak barang last nak beli ni.
" Suara Agung yang sedikit serak-serak garau kedengaran sedikit seksi pula bila melantunkan kenyataan pancingan seperti itu.
Sampaikan aku rasa bertarik tali pula.
"Apa yang abang nak beli petang nanti.
" Kataku seolah berminat untuk tahu lebih, sekali gus membuatkan Agung tersenyum kerana berasakan aku mulai termakan pancingannya.
"Cincin.
" "Cincin?" "Ya, cincin.
Abang rasa saiz jari Suraya dengan Dewi samakan? Sebab abang pernah nampak Suraya pakai cincin Dewi dulu.
" Tergamam aku.
Alamak? Bila masa pulak ni cerita aku pakai cincin Dewi semasa aku dirisik oleh Encik Talha pensyarah sampai ke telinga Agung? Aku mengetap gigi.
"Jadi, alang-alang tu, apa salahnya temankan abang petang ini.
" "Ta "Okey, kali ni last dah.
Please temankan abang..." kali ini Abang Agung merayu pula.
Suara dia... menggoda betul! "Okey.
" Aku setuju.
"Abang pickup Suraya pukul enam okey.
" Kata Agung sebelum memutuskan talian.
Entah apa pasal lah aku ni.
Nilah susahnya jadi orang bendul ni.
Semua pakat setuju aje.
Aku menemani Agung untuk sekian kalinya.
Kali ini, destinasi Agung untuk membeli penanda cintanya kepada Dewi ialah di Pavilion.
Apabila aku bertanyakan tentang Dewi, Agung memberitahu perempuan itu sedang berkerja.
Aku mencebik.
"Hai sir, mi may I help you?" tanya gadis berbangsa cina dengan satu senyuman yang cukup manis.
Cukup untuk memujuk sesiapa saja untuk melaburkan setiap sen untuk membeli barangan kemas di kedai ini.
"Oh, I'm looking for a wedding halo.
Which one do you recommend?" Soal balas Agung.
Haihh, hebat betul bahasa Inggeris dia! "Oh, which pattern do you're prefered most? Classic, messy or simple? "Simple but an exclusive.
" "Oh, okey.
How much do you budget?" "1K or above.
" Jawab Agung selamba badak.
Aku teguk air liur.
1K? Nak beli cincin harga seribu ringgit? Yang buatkan aku macam nak terjatuh biji mata itu adalah dengan mendengar tonasi Agung menjawab seribu ringgit tu.
Macam tak ada apa-apa dengan jumlah seribu ringgit kan? Nak beli cincin apa sampai lebih seribu ringgit? Aku yang jadi tukang sarung cincin ni tersenyum-senyum apabila dapat memakai cincin yang mahal dan mengujakan.
Emas tulen 999 lagi tu, mahunya tak berseri-seri aku pakai.
Betul kata orang, emas sememangnya mempunyai aura misteri untuk menyerikan wajah kepada seseorang wanita.
Patutlah dalam Islam sendiri pun menggalakkan dan mengharuskan wanita mengenakan perhiasan ini, rupanya inilah yang dimaksudkan kenyataan tersebut.
Yang lebih menyerikan wajah aku ialah kerana aku menjadi orang pertama menyarung cincin yang dipilih oleh Agung sebelum disarungkan kepada pemilik sebenarnya.
Tidak mengapalah, janji aku yang orang pertama menyarung cincin ini dahulu walaupun tahu ia bukan milikku.
Urusan kami di kedai emas itu tidak memakan masa yang lama.
Sebabnya, Agung agak mahir dan tidak cerewet dalam urusan memilih dan membeli barangan perhiasan wanita ini.
Kena sahaja dengan reka bentuk mengikut seleranya dan padan dengan saiz jari aku, okey done! Terus dia bayar dan tidak fikir panjang lagi.
Lagipun, Agung tahu yang Dewi kurang berminat dengan barangan kemas melainkan perhiasan dari mutiara.
Selesai urusan di kedai emas, kami menapak ke bilik solat berdekatan sebelum pulang sahaja.
Beberapa kali Agung cuba mengajakku untuk makan malam, namun kutolak.
Bukan sebab tak lapar, tetapi lebih kepada tidak mahu berdua-duaan dengan bakal suami orang ini.
"Betul ni... Tak nak dinner dulu?" Aku menggeleng-geleng lemah.
"Baru nak belanja bakso dekat Food Republic" kata Agung seolah berbisik.
Bakso? Ni yang aku lemah ni... Agung mengilas ke arah aku yang terukir senyuman di bibir.
Boleh menyesal kalau tak perkena bakso dekat Pavillion.
Bukan selalu dapat makan kat restoran di shopping mall popular di Malaysia ni.
"Okey jom..." Serius.
Agung bukan sahaja seorang Abang Cool, malahan psiko gila.
Pandai betul dia manipulasikan perasaan aku.
Ke aku ni yang memang lurus bendul? Aku membuntuti Agung dan... Buk! Tiba-tiba Agung berhenti melangkah.
Aku terlanggar dia dari belakang.
Terkejut jugak aku.
Apa hallah orang tua ni boleh buat brek kecemasan? Aku pandang wajah dan matanya tepat ke arah kelibat seorang perempuan dan seorang lelaki berjalan tidak jauh dari tempat kami berdiri.
Dewi! Perempuan yang berjalan sambil memeluk lengan seorang lelaki itu adalah Dewi.
Habislah pecah tembelang, desisku.
"Ermmm... Abang Agung.." Aku mencuit bahu Agung, dengan niat untuk menenangkannya.
Namun lelaki itu hanya membatu dengan memerhati setiap gerak geri Dewi dan lelaki yang sudah boleh dianggap sebagai bapa.
Malangnya kemesraan yang ditunjukkan bukan lagi dianggap anak dengan bapa.
Sambil melentok ke bahu, tangan pula liar meraba-raba ke pinggang, dada... aku yang tengok pun ni pun mahu nak bunuh dua ekor tu, dan-dan tu jugak! Tikam-tikam, pastu cincang buang ke laut... baru puas hati.
Aku sangkakan Agung akan ambil tindakan serupa apa yang aku fikirkan, ru "Jomlah..." kata dia bersahaja.
Bulat mata aku mendengar.
Mana hati perasaan marah dia hah? Dah terang-terang Dewi tengah bercanda asmara di hadapan matanya, apalah dia fikirkan? Agung meletak kotak cincin di atas dashboard kereta.
Lama dia merenung kotak cincin yang diperbuat dari kain baldu berwarna Royal Blue itu.
Walaupun aku resah dengan tindakannya, namun aku tetap memilih untuk berdiam diri.
Tidak mahu menghurai lanjut dengan situasi tadi.
Kata orang, orang yang pendiam ini sekali dia marah, boleh meletup mengalahkan gunung berapi.
"Abang okey ke?" spontan pertanyaan itu keluar dari mulutku.
Cepat-cepat aku tutup mulut supaya benda yang janggal tidak terkeluar daripada mulut aku lagi.
Aku tak naklah sebab mulut, badan binasa.
"Okey.
" Jawabnya Agung bersahaja.
Lega mendengarnya.
Kemudian, Agung memandang tepat ke wajahku.
Anak mata hitam bercahayanya itu bertaut dengan anak mataku.
"Cuma abang nak Suraya jangan bagitau sesiapa apa yang kita nampak tadi.
Termasuklah Dewi sendiri.
Abang tak nak main serkap jarang aje.
" "Okey Abang Agung.
" Janjiku.
Aku tersenyum.
Tenang sungguh lelaki ini.
Dalam keadaan sebegini pun masih lagi boleh bertenang.
Kalau aku, mahu aku rabakkan si Dewi tu.
Azril melurut ke bawah sedikit cermin mata hitam jenis aviator dengan jari telunjuk bagi membaca alamat pada tembok hadapan pondok pengawal yang menempatkan bangunan kilang.
Dia sempat memerhati sekeliling kawasan itu.
"Tempat apa ni? Macam kubur aje katanya sambil menanggalkan cermin mata hitam lalu diletakkan kepada leher baju kemejanya.
Seraya dengan itu, Azril membongkok semula memasukkan bahagian badannya ke dalam perut kereta untuk mengambil fail, resume serta sijil-sijilnya di tempat duduk sebelah penumpang.
Hari ini adalah hari pertamanya untuk memulakan tugas sebagai pembantu pentadbiran di kilang AHC Electronic & Supply (M) Sdn.
Bhd.

Sumber:Internet