Gelap

Encik Hot Vs Abang Cool 9

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Encik Hot Vs Abang Cool 9

. "Yaya! Yaya!" Jerit Ella apabila mendapati aku berada di line.
Aku melemparkan pandangan harimau kepadanya.
"Kau dah kenapa, perempuan!? Macam orang sawan aje!" Tanyaku geram.
"Weyhhh, tadi kat luar aku jumpa mamat sado handsome gila! Aku tak tahu nak explain macam mana, tapi hot gila wehhhh!!!" kata Ella sambil mencucuk komponen-kompenen pada papan PCB dengan gaya mengada-ngadanya.
"Ahh kau, semua laki kau kata handsome!" Bidasku.
"Tapi yang ni sangat hot, babe! Bontot dia bontot dia tu tak boleh nak tahan!" "Weh, apa yang kau merepek ni Ella? Sejak bila pulak hobi kau tengok bontot orang laki ni? Kau takde kerja ek? Handsome tahap mana sampai kau boleh sawan macam ni hah?" "Kau tak tengok lagi, tak apalah.
Tu hah, budak-budak department QC dah ushar-ushar.
Maklumlah lelaki hot tu officeboy kilang ni, so hari-harilah dia lalu-lalang depan blok department QC nanti.
" "Lelaki lelaki hot! Nama tak tahu, sudahlah.
Buat kerja! Kan mengamuk Kak Ros nanti!" Tegahku.
Ella hanya mengerling kepadaku.
Mungkin sebab tidak setuju dengan penegahan yang terluah dari mulutku tadi.
Iyalah, mana ada orang suka ditegur untuk buat benda yang dia sudah tahu.
Dah memang kerja dia kan, tahulah nak buat.
"Okey, maaflah.
" Ella hanya tersengih sahaja sementara tangan galak membuat kerjanya.
"Eh, tadi aku terdengar Kak Ros bersembang dengan Mr.
Tan.
" Ella kembali bersuara.
"Pasal apa El? Penting ke tak penting? Kalau tak penting tak usahlah kau bersuara.
" "Pasal family day dengan annual dinner kita.
" "Wah, penting tu! Okey, teruskan.
" Galakku pula.
"Aku dengar Mr.
Tan nak buat family day sekali gus dengan annual dinner.
Kau nak tahu tak kat mana? Dekat Langkawi dik non!" Aku turut tersenyum.
Menarik! Sepanjang lima tahun aku kerja dekat kilang, belum pernah lagi aku dengar organisasi ini membentangkan cadangan makan malam berprestij macam ini.
Ini mungkin disebabkan cadangan Rosnah a.
k.
a Kak Ros.
Garang-garang Rosnah, ada juga baiknya kepada kami .
"Betul ke babe? Bila dia orang nak buat?" Soalku teruja.
"Bulan Februari nanti ra "Wahh.. serius, aku tak Ya, sebagai seorang pekerja kilang merangkap operator pengeluaran macam aku ini, majlis makan malam adalah majlis yang paling ditunggu-tunggu.
Ini kerana pada malam itulah aku akan rasa dihargai dengan dirai setelah membanting dan memerah keringat sepanjang tahun.
Sebagai seorang pekerja makan gaji dengan gaji yang rendah, tak ada apa yang aku inginkan selain rasa dihargai.
Bagiku, itulah sebab utamanya.
Tapi bagi orang lain, selain boleh melaram dengan pakaian cantik-cantik, pada malam itulah mereka dapat mencuci mata.
Tak perlu lagi melihat rakan sekerja berpakaian uniform kilang.
Bahkan, tika inilah dapat test market diri masing-masing! Apa-apapun apa yang mereka nak buat, buatlah.
Aku sekelumit tidak terfikir untuk berbuat demikian.
Aku sudah serik dengan keadaan ini.
Cukuplah insiden hampir dicabul di kelab malam beberapa bulan yang lepas.
Aku mengeluh.
Aku cukup kurang selesa untuk menyebut tentang perkara itu, apatah lagi mengingatkan semula kejadian pada malam itu.
Ia betul-betul sebuah kekhilafan di dalam hidup aku yang banyak mengajar untuk aku memilih siapa kawan, siapa lawan dan orang boleh dipanggil sahabat.
Telefon bergetar di dalam seluar denim.
Pantas aku seluk dan menyahut panggilan itu.
Belum apa-apa lagi, aku sudah terdengar Dewi menangis tersedu-sedu.
"Helo Yaya, kamu di mana ya? Boleh kita ketemui sebentar?" "Aku dekat pasar malam ni Dewi.
Datang ajelah rumah aku sekejap lagi.
" "Okey.
" Dewi setuju tanpa mempersoal lagi.
"Menyusahkan betullah!" Dengus aku tanpa berdalih lagi.
Suasana pasar malam di Seri Ayu ini agak riuh juga.
Aku hanya membeli beberapa jenis sayur dan ikan untuk dimasak pada esok hari.
Selebihnya aku beli makanan untuk dijadikan makan malam.
Kalau di pasar malam, tak ada makanan lain yang aku pandang.
Semestinya bakso mak cik Kalsom yang menjadi tumpuan.
Selesai sahaja, aku menapak pulang ke rumah.
Dari jauh, aku sudah nampak kereta milik Dewi diparkir di bahu jalan.
"Yaya, Agung sudah minta putus dengan aku.
Dia sudah tahu apa yang aku sudah buat.
" Adu Dewi sebaik sahaja aku menolak daun pintu.
Sememangnya itulah yang diagak oleh aku pun sedari tadi.
Aku meletak barangan di atas meja makan.
Kemudian mengilas ke arah Dewi.
"Habis tu?" Dewi melontar pandanganku.
"Kamu tolong aku Yaya.
Agung sudah tidak percaya kata-kata aku!" "Dah terang-terang kamu curang Dewi, kau nak tegak benang yang basah lagi kenapa? Kau pujuk lah dia sendiri.
Dia nampak kau dengan sugar daddy kau tu, dengan mata dengan kepala dia sendiri tau! Aku yang tolong cover pun terpalit sekali.
Langsung dah tak percaya dengan aku juga dah.
" Bentah aku.
"Tu lah, aku dah pesan.
Kau setapak lagi nak jadi bini dia, kenalah hentikan kerja terkutuk kau tu! Tak dengar cakap... inilah padahnya.
" "Waduhhh.. kamu jangan kata begitu kepada aku Yaya.
Aku harus dapatkan wang sebanyak mungkin untuk lunaskan hutang bapa aku.
" "Macam tak ada cara lain kan? Sudahlah, aku cadangkan kau bagi masa untuk Agung aje.
Tunggulah seminggu dua, kalau dia tak move on jugak, nasib kau lah!" "Tapi aku ingin jadi isteri dia Yaya!" "Kau cakaplah macam tu kat dia, bengong! Yang kau cakap kat aku, buat apa?" Dewi terdiam seketika.
"Kamu sebenarnya sengaja tidak mahu menolong aku ya, Yaya?" Aku terjegil.
"Kamu sudah lupa yangaku pernahkan selamatkan kamu?" tiba-tiba Dewi mengungkit.
Aku menjadi lemahapabila Dewi mengbangkitkan hal itu.
Deras pendirianku bergoncang.
    
Sumber:Internet