Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 19

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 19

. Hampir 15 minit lamanya Adam memeluk erat tubuh Delisa, dengan satu tangan membelai rambut, sambil satu tangan lagi mengusap-usap belakang wanita itu, sehinggalah Delisa kembali tenang, dengan nafasnya semakin tenteram.
Bagi Delisa pula, apabila dia merengkok di dalam pelukan Adam, dia berasa sangat nyaman dan selamat seperti seorang bayi kecil yang berlindung di dalam pelukan ibunya.
Setelah melihat Delisa kembali tenteram, Adam perlahan-lahan melepaskan pelukannya, sambil mata tidak lekang merenung wanita jelita itu.
Dengan tangan kiri masih memapah tubuh Delisa, tangan kanan pula mencapai sudu pada pinggan nasi ayam yang diletakkan di atas lantai sebentar tadi.
Dicedoknya sup ayam dari mangkuk dan dituangkan ke atas nasi.
Dicebiskan sedikit ayam bercampur nasi dan sup dan kemudian sudu diangkat dan dihalakan pada mulut Delisa.
ʻʻYou have to eat, Lisa.
Tak nak perut kosong.
Nanti lagi sakit.
Makan sikit dulu, lepas tu makan ubat ya?ʼʼ kata Adam dengan penuh lembut dan manja.
Delisa mengangguk perlahan.
Walaupun kurang berselera, Delisa tahu yang dia sedang kelaparan.
Dan apabila ada lelaki yang sudi menyuapkannya makanan, Delisa tidak membantah.
Delisa membuka mulut sedikit, dan Adam menyuapkan nasi ayam tersebut ke dalam mulut wanita itu.
Adam kemudian menyuapkan dalam empat-lima suapan lagi sebelum Delisa menggeleng kepala, menyatakan dia sudah selesai makan.
Adam kemudian meletakkan sudu dan mengambil gelas air kosong pula.
Dihulurkan perlahan ke dalam mulut Delisa sambil air ditelan perlahan.
Beberapa titis air mengalir membasahi bibir dan dagu.
Adam meletakkan gelas air kosong kembali di atas lantai dan mengelap titisan air di bibir dan dagu Delisa pula dengan sentuhan yang manja.
ʻʻMakan ubat ya?ʼʼ bisik Adam dengan perlahan.
Delisa mengangguk.
Dicapai butiran panadol dan aspirin dan disuap ke dalam mulut Delisa, kemudian disusuli dengan air kosong sekali lagi.
Delisa menelan kedua-dua ubat itu, dan kemudian menutup matanya untuk berehat.
Adam menyandarkan kepala Delisa pada dadanya, tangan kiri mengusap rambut, sambil tangan kanan memeluk semula tubuh wanita itu.
Delisa hanya merehatkan kepalanya pada dada Adam, mukanya disembabkan pada dada lelaki itu, sambil dia menarik nafas dalam, menghidu bau tubuh lelaki itu.
Menyedari yang Delisa sendang menghidu tubuhnya, Adam tersenyum sedikit tatkala dia sedar yang tubuhnya agak berbau agak kuat sebab tidak mandi sejak dari semalam.
ʻʻSorry, badan I bau busuk sikitʼʼ katanya perlahan, meminta maaf.
ʻʻTak lahʼʼ jawab Delisa perlahan, sedikit tersenyum sendirian.
Ditariknya nafasnya semakin dalam sambil tubuh Adam dipeluk erat.
Walaupun tubuh lelaki itu berbau sedikit kuat dan tegar, tetapi bau tubuh lelaki yang dipeluk itu sedikit sebanyak dapat menenangkannya.
ʻʻYou tak balik rumah ke malam tadi?ʼʼ tanya Delisa perlahan.
ʻʻStill pakai baju semalam?ʼʼ sambungnya.
Adam tersenyum sambil membalas pelukan Delisa dengan erat juga.
Dicium kepala dan rambut wanita itu dengan dalam.
ʻʻTak.
I tak balik pun malam tadi.
I... I tidur dalam keretaʼʼ jelas Adam.
ʻʻPadanlah masamʼʼ jawab Delisa sambil senyumannya semakin melebar.
Terus dia memeluk tubuh Adam semakin erat.
ʻʻRupanya dah satu hari tak mandi keʼʼAdam sedikit malu.
Selalunya dialah yang paling well-grommed sekali.
Tubuhnya sentiasa bersih dan wangi, disulami dengan bauan cologne yang mahal dan berjenama.

Sumber:Internet