Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 22

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 22

. Sebuah van private ambulance yang tidak mempunyai sebarang tanda tiba di sebuah rumah cottage satu tingkat yang terletak agak terpencil di Bukit Tinggi.
Rumah cottage tersebut diperbuat dari susunan batu-batu kasar seperti sebuah rumah kolonial zaman dahulu kala.
Mengiringi private ambulance tersebut ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Range Rover Evoque, diekori oleh sebuah Lexus RX L Hybrid dan sebuah Nissan X-Trail.
Van ambulans tadi berhenti disebelah rumah, manakala kenderaan lain memarkirkan tempat masing-masing disebelah tepi rumah itu.
Dua orang paramedik membuka pintu belakang van tersebut dan menarik sebuah katil beroda dengan seorang lelaki yang tidur nyenyak di atasnya.
Sementara itu Tengku Zaleha dan pembantunya turun dari kenderaan Lexus dan membuka kunci pintu hadapan cottage untuk membenarkan ahli-ahli paramedik tadi menolak masuk katil beroda yang mereka bawa ke dalam rumah.
Dari Evoque pula turun Nurul dan dua orang jururawat bernama Zahrah dan Rejab.
Keduanya adalah pasangan suami isteri dan juga rakan sejawatan Jasmina.
Dari X-Trail pula turun Jasmina dan Syed.
Pelbagai peralatan dan kelengkapan dibawa keluar dari boot kereta masing-masing.
Kesemua mereka masuk ke dalam rumah cottage satu tingkat itu.
Rumah tersebut ada tiga bilik tidur, dua ruang tamu, satu ruang makan dan sebuah dapur.
Ruang tamu pertama adalah ruang rehat menempatkan dua set three-seater sofa and empat kerusi single-seater mengelilingi sebuah coffee table rendah yang diperbuat dari kayu jati.
Ruang tamu kedua ialah bilik bacaan yang menempatkan pelbagai rak buku yang disandarkan di dinding dengan beberapa kerusi single seater di ruang tengah.
Ruang makan menempatkan sebuah meja kayu yang besar yang boleh menempatkan lapan orang tetamu disekelilingnya.
Ruang dapur menempatkan sebuah dapur gas, dapur dan oven AGA yang boleh menggunakan gas ataupun kayu api atau arang batu.
Ketiga-tiga bilik tidur menempatkan sebuah katil queen size dan kelengkapan almari, dan meja solek.
Bilik tidur utama adalah bilik paling besar berbanding dua bilik lain.
Zaleha mengarahkan dua orang paramedik tadi menolak katil beroda yang sedang mereka bawa ke bilik tidur utama.
Setelah sampai di bilik tidur utama, kedua-dua orang paramedik tadi sambil dibantu oleh Rejab dan Syed mengangkat perlahan-lahan lelaki yang masih koma itu dengan memindahkannya ke atas katil utama.
Syed dan Rejab kemudiannya memeriksa keadaan pesakit koma itu sambil dibantu oleh Zahrah dan Jasmina.
Kedua-dua ahli paramedik tadi menolak semula katil beroda keluar dari rumah dan masuk semula ke dalam ambulans.
Mereka berdua kemudiannya meninggalkan perkarangan rumah selepas menyalam Nurul yang mengucapkan terima kasih.

Sumber:Internet