Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 28

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 28

. Hati Delisa berdebar-debar.
Jantungnya berdegup kuat.
Inilah kali pertama dia akan pergi bercuti dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai ikatan talian perkahwinan dengan dirinya.
Walaupun dirinya betul-betul gembira melihat tiket penerbangan charter flight Berjaya Air dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Samui Airport yang akan berlepas dalam masa setengah jam lagi, tapi naluri hatinya berasa sedikit risau tentang apa yang bakal dilakukannya ini.
ʻʻSayang, I nampak you termenung jer sejak tadiʼʼ kata Adam perlahan kepada Delisa yang duduk termenung melihat tiket dan pasport di tangannya sambil mereka duduk berduaan di café Old Town White Coffee menunggu panggilan penerbangan diumumkan.
ʻʻIʼm okay, Adam.
Nervous sikit jerʼʼ jawab Delisa sambil tersenyum sedikit, cuba untuk menenangkan hatinya sendiri, walaupun matanya masih merenung tiket ditangan kanannya.
Di tangan kirinya dia memegang telefon pintar Samsung Galaxy S7 pemberian Syafiq tiga tahun dulu.
Skrin telefon itu direnung.
Satu harapan terdetik dihatinya kalau-kalaulah ada pesanan masuk dari Syafiq.
Tetapi Delisa menghela nafas dan berasa hampa apabila skrin yang ditenungnya itu masih tidak muncul ada apa-apa notifikasi pun dari Syafiq.
Sudah berminggu-minggu dia menunggu apa-apa berita dari suaminya.
Tapi satu pun tidak muncul tiba.
Dengan hati yang sedikit kecewa, Delisa mematikan terus telefon bimbitnya dan meletakkannya di atas meja.
ʻʻSayangʼʼ pujuk Adam perlahan, ʻʻJanganlah kenang lagi perkara yang lepas.
Kita look forward to the future, our future, okay sayangku?ʼʼ katanya memujuk.
Delisa mengangkat mukanya dan melihat Adam.
Jantungnya masih kencang.
Adakah lelaki di hadapanku ini benar-benar soul-mate diriku yang sebenar? Kenapa baru sekarang dia muncul dalam hidupku? Setelah aku bergelar seorang isteri? Kenapa aku diuji seperti ini?Tetapi, tatkala melihat wajah Adam, ianya sedikit sebanyak menenangkan hatinya.
Delisa tersenyum nipis sambil mengangguk sekali.
Papan skrin Departures yang tertera di dinding hall tersebut bertukar menjadi hijau menandakan penumpang penerbangan SZB ke USM sudah boleh boarding.
Adam memimpin tangan Delisa sambil kedua-duanya menarik bagasi hand luggage beroda sambil berjalan menuju keluar tarmac dimana pesawat ATR 42-500 sedang menunggu mereka.
Apabila mereka menaiki pesawat, Adam membantu meletakkan hand luggage Delisa di kompartment atas kepala, sambil memimpinnya duduk di kerusi bersebelahan dengan tingkap kapal terbang.
Sebuah headphone berjenama Bose QC 35 diberikan kepada Delisa yang kemudian memakainya dan menyambungkan sambungan Bluetooh kepada iPhone Adam untuk mereka sama-sama menikmati lagu romantis dari playlist yang telah disusun khas oleh Adam sendiri.
Tatkala QC 35 itu ditekapkan ke telinga, segala bunyi luar termasuk bunyi enjin turboprop kapal terbang itu dimatikan terus menerusi teknologi noise cancellation headphones tersebut.
Penerbangan yang memakan masa satu jam setengah itu berjalan dengan lancar, dan akhirnya mereka semua mendarat dengan selamat di Samui Airport, Thailand.

Sumber:Internet