Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 3

. SYAFIQ MUKHLIS cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perasaan debaran yang berada di dalam jantungnya tatkala menunggu kata putus dari Siti Amirah dan suaminya, Abdul Rozak.
Kening Amirah berkerut memikirkan tawaran yang baru dikemukakan oleh Syafiq sebentar tadi, manakala suaminya Rozak hanya memaparkan body languange yang bersahaja seperti tidak ada apa-apa serius yang perlu difikirkan.
ʻʻJap, japʼʼ kata Amirah memulakan perbincangan dari pihak mereka, ʻʻJadi kalau kami setuju dengan cadangan Encik Syafiq, maka kami akan kehilangan 20% dari hasil jualan?ʼʼ soalannya diajukan bagi mendapatkan kepastian.
ʻʻBukan macam tu, kakʼʼ jawab Syafiq sambil tersenyum.
ʻʻKalau akak dan abang terima tawaran saya, jualan pes Nasi Tuah ciptaan akak yang special ni akan berlipat lima kali gandaʼʼ jelasnya.
ʻʻHaah?ʼʼ tanya Amirah dengan kehairanan, ʻʻAkak tak fahamʼʼ sambungnya sambil menggeleng-gelengkan dengan dahi yang masih berkerut.
Syafiq menarik nafas sedikit, senyuman masih belum lekang dari bibirnya, ʻʻMacam ni, kakʼʼ kata pemuda berumur 27 tahun yang berasal dari Taiping, Perak itu cuba memulakan sales pitchnya.
Tangan kanannya membetulkan sedikit tali leher biru yang diikat kemas pada kemeja putih berjalur biru nipis yang juga sepadan, sambil menelan air liur sedikit, masih diiringi dengan senyuman manis disebalik rasa nervous yang masih mencengkam jantungnya.
ʻʻKalau akak bagi saya eksklusif deal untuk pasarkan pes Nasi Tuah ni, saya sangat yakin, saya boleh jual pes ni paling kurang 100 bungkus sebulan.
Cuba akak check prestasi jualan saya dengan Instragram dan Facebook.
Banyak dah peniaga tempatan yang telah saya bantu.
Dan yang bestnya, bila pes Nasi Tuah dah famous dan dikenali ramai, senang saya nak pitch dekat supermarket pula nantiʼʼ suara Syafiq semakin berbunyi yakin untuk tenang sebelum menyambung, ʻʻAkak jangan risau sangat pasal komisen saya yang 20% tu.
Akak hanya perlu look forward tentang jumlah jualan yang saya dapat achieve nantiʼʼ ʻʻKalau Encik Syafiq tak dapat nak achieve 100 jualan sebulan, macam mana?ʼʼ tanya Rozak pula, cuba menyelah.
Syafiq hanya tersenyum, sambil tangan kirinya menyeluk jambul rambut ala-ala stail James Dean yang kemas disikat rapi di atas kepalanya, ʻʻItu urusan saya.
Kalau saya dah janji, mesti saya kotakan.
Macam ni, abang... saya hanya akan caj komisen 20% kalau saya berjaya achieve jualan 100 bungkus sebulan.
Kalau tak achieve, saya tak ambil satu sen punʼʼ Syafiq cuba memberi keyakinan tambahan.
Amirah mengalih muka untuk melihat wajah suaminya yang nampak semakin yakin dengan janji-janji anak muda ni.
Kemudian, dia memandang semula ke arah Syafiq.
ʻʻOkay, kalau macam tu, akak setujuʼʼ katanya setelah berjaya diyakinkan.
ʻʻAlhamdulillahʼʼ Syafiq berucap syukur.
ʻʻKalau macam tu, kita sign agreement yang saya dah sediakan niʼʼ katanya sambil menunjuk dengan ibu jari tangan kirinya kepada kepingan surat perjanjian yang terletak di atas meja diantara mereka, tangan kanan pula menghulurkan pen.
Amirah mengambil pen tadi dan menandatangani borang perjanjian penjualan eksklusif pes Nasi Tuah kepada Syarikat Local Food Made By Local Hands Sdn Bhd, milik Syafiq.
Sewaktu turunnya tandatangan pada borang perjanjian tersebut, Syafiq berucap syukur di dalam hatinya pada Ilahi.
Setelah selesainya urusan tandatangan perjanjian tersebut, Syafiq mengumpulkan semula kesemua dokumen-dokumen yang terbentang di atas meja dan memasukkannya ke dalam messenger bag yang diperbuat dari kulit tiruan tersebut.
Ketiga-tiga mereka bangun dari tempat duduk masing-masing, dan Syafiq menyalam tangan Rozak sambil menunduk hormat kepada Amirah.
ʻʻTerima kasih kepada abang dan akak kerana beri kepercayaan kepada saya.
InshaAllah saya tidak akan hampakan abang dan akakʼʼ katanya sambil tersenyum manis.

Sumber:Internet