Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 37

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 37

. Tiga hari telah berlalu sejak Delisa discharge dari hospital Koh Samui setelah dia pengsan selama dua hari akibat keracunan methamphetamine dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Walaupun Delisa merayu pada Adam meminta untuk pulang ke Kuala Lumpur, tetapi Adam berkeras agar Delisa berehat secukupnya di villa mereka sebelum mereka pulang ke tanahair.
Delisa terpaksa akur dengan keputusan Adam memandangkan Adam yang membiayai kesemua kos percutian mereka, termasuklah penempahan tiket kapalterbang untuk perjalanan pulang.
Pada dua hari pertama, Delisa banyak berehat di tepi pantai.
Dia hanya duduk sendirian di atas pasir sambil bermain-main dengan ombak-ombak kecil dengan kakinya.
Sekali sekala dia akan masuk ke dalam laut dan berendam di dalam air masin itu.
Adam pula memberikan Delisa sedikit ruang untuk berehat sepenuhnya.
Terasa juga rasa bersalah di dalam dirinya kerana dia merasakan yang dia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan Delisa pengsan akibat pengambilan dadah dan alkohol.
Tetapi ada juga rasa bersalah yang lain yang menyusup sedikit di dalam hati Adam.
Sejak dia melihat posting instagram Jasmina tentang Syafiq yang terlantar di hospital, jiwanya tidak tenteram.
Sangkanya, Syafiq telah meninggalkan Delisa sebab pergi merantau.
Rupanya, Syafiq telah mengalami kemalangan, sehingga menyebabkannya koma.
Terdetik di dalam hati Adam untuk memberitahu Delisa tentang keadaan suami kekasihnya itu.
Tetapi setiap kali dia ingin membuka mulut, hatinya menahan bibirnya dari bersuara.
Adam terus memendam perasaannya dan memikirkan cara terbaik untuk mereka keluar dari kemelut percintaan terlarang itu.
Tetapi Adam tidak mahu kehilangan Delisa.
Walaupun sedikit rasa kasihan pada Syafiq, tetapi Adam sejujurnya telah benar-benar jatuh cinta pada Delisa, dan dia tak kan mahu melepaskan kekasih hatinya itu kembali ke pangkuan suaminya.
Adam banyak berfikir sepanjang dua hari itu.
Dia lebih tertumpu melihat Delisa mandi laut dan menjaga kekasih hatinya itu sebaik mungkin.
Makanan yang dipesan oleh pembantu baru yang menggantikan Prasong semuanya yang sihat.
Tiada lagi alkohol.
Tiada lagi perangsang.
Hanya perahan jus buahan yang segar dihidangkan setiap pagi sampailah ke malam.
Tiba sebelah malam pula, Adam membiarkan Delisa tidur disebelahnya.
Atas saraan doktor, Adam tidak menyetubuhi Delisa sepanjang dua hari itu.
Walaupun mereka berdua tidur sekatil, Adam tidak menyentuh Delisa, atau membuat sebarang percubaan untuk menggoda Delisa di atas katil.
Masuk hari ketiga, iaitu hari terakhir mereka bersama di Koh Samui sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya, Delisa makin perasaan perubahan pada Adam sejak tiga hari ini.
Walaupun Delisa dapat rasakan yang Adam merasa sedikit bersalah, dan ingin memberi Delisa ruang untuk berehat, tetapi tergerak di dalam hatinya kalau-kalau ada sesuatu yang Adam rahsiakan dan tidak luahkan kepada dirinya.
Seperti biasa, Delisa bermain-main dengan ombak ditepi pantai sambil diperhatikan oleh Adam yang sedang duduk di atas beach recliner yang disediakan pihak villa.
Setelah puas bermain dengan ombak-ombak kecil dan air pantai laut yang begitu jernih sekali, Delisa bangun sambil menyapu kepalanya, menguraikan titisan-titisan air masin yang melekat pada rambutnya.
Dengan perlahan, Delisa berjalan ke arah darat, memerah rambut hitamnya yang panjang, sambil dilihat dengan senyuman oleh Adam yang sedang duduk di atas sebuah kerusi panjang tadi.
ʻʻTak mandi sekali ke?ʼʼ tanya Delisa sambil menghampiri Adam.
Adam hanya tersenyum, menghulurkan segelas Pina Colada kepada Delisa.
ʻʻI suka tengok you mandi, sayangʼʼ
Sumber:Internet