Gelap

Hati Mereka Yang Terluka 38

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Hati Mereka Yang Terluka 38

. ʻʻKeadaan fizikal awak dah bertambah baikʼʼ kata Dr Syed Izzuddin kepada Syafiq Mukhlis setelah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas tubuh lelaki itu.
ʻʻKaki awak pun dah nampak fully recoveredʼʼ katanya tersenyum.
Jasmina yang berdiri dibelakang Syed juga tersenyum melihat Syafiq yang sedang diperiksa oleh doktor itu di atas katilnya.
ʻʻSaya rasa sihat, doktor.
Dah seminggu saya sedar.
Rasanya saya dah boleh balik ke rumah saya sekarang kan, doktor?ʼʼ balas Syafiq kembali.
Syed menyimpan stetoskop yang telah digunakan tadi untuk memeriksa pernafasan dan denyutan jangung Syafiq, kembali ke dalam beg perkakasannya.
ʻʻSaya faham awak ingin pulang.
Tapi awak kena faham yang awak koma lebih dari sebulan setengah lamanya, Syafiq.
Your muscles dah tak bergerak sekian lama.
So it will take time for all your muscles to remember back all their responsibilitiesʼʼʻʻSaya dah boleh berjalan dengan sendiri doktor.
Tak perlu dipapah atau dipimpin lagiʼʼ Syafiq masih cuba untuk memberi Syed sedikit keyakinan.
Syed menutup beg perkakasannya dan menggalas tali beg tersebut dibahunya sambil berdiri.
ʻʻYa saya tahu.
In fact, saya akan minta Jasmina buat beberapa ujian refleksi hari ini.
Kalau semuanya okay, saya akan beri laporan kepada Datuk Nurul, dan awak boleh discharge sekiranya semuanya okayʼʼSyafiq meghela nafas sedikit, tapi masih mampu tersenyum hormat.
ʻʻBaiklah.
Terima kasih, doktorʼʼSyed mengangguk, ʻʻOk, saya mintak diri dulu, saya nak bergerak ke hospitalʼʼSyed kemudian menggalas begnya dan melangkah untuk keluar dari bilik tidur Syafiq.
Jasmina yang melihat Syed berjalan melintasinya, tiba-tiba memegang tangan lelaki itu, ʻʻYouʼʼ bisiknya perlahan, ʻʻJom lah breakfast dulu sebelum you pergi.
I dah sediakan sarapan pagi niʼʼSyafiq mengerutkan dahinya sambil melihat dengan tajam Jasmina memegang tangan Syed.
ʻʻI dah lambat ni, babeʼʼ bisik Syed perlahan, ʻʻNak travel ke KL pun ambil satu setengah jam.
I need to go nowʼʼʻʻOk, biar I sediakan bekal untuk you ya? I dah buatkan coffeeʼʼ senyum Jasmina.
Syed mengangguk, sedikit tersenyum, melepaskan tangan Jasmina yang memegang tangannya tadi, ʻʻThank you, MeenʼʼSyed keluar dari bilik tidur tersebut sambil diekori oleh Jasmina dari belakang.
Syafiq rasa tak sedap hati apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Jasmina terhadap Syed.
Sesuatu di dalam hatinya tidak merestui kemesraaan mereka ini.
Syafiq perlahan-lahan bangun dari katilnya.
Dia mendengus sedikit.
Kedua-dua tangannya ditongkatkan ke tepi katil.
Ditolak tubuhnya untuk berdiri.
Kakinya masih sedikit lemah, sedikit rasa sakit pada kaki kiri yang patah dulu.
Tetapi Syafiq cuba untuk tidak mempedulikan rasa sakit di kakinya.
Dia mampu berdiri.
Dia mampu berjalan dengan dua kaki sendiri.
Perlahan-lahan dia mencapai sehelai jaket bulu, disarungkan ke tubuhnya, dan kemudian dizipkan jaket itu rapi.
Syafiq berjalan keluar dari bilik tidur itu, langkahnya menuju ke pintu hadapan, dan terus menghirup udara nyaman Bukit Tinggi tatkala dia sudah berada di luar cottage batu itu.
Syafiq melihat Jasmina yang sedang memberikan bekal makanan dan minuman panas kepada Syed yang kini sudah berada di keretanya.
Syed senyum pada Jasmina sambil mengambil bekal yang diberikannya itu.
Jasmina melambai Syed pergi sehinggalah hilangnya kereta dari pandangannya.
Jasmina kemudian menoleh semula kepada Syafiq dan senyum manis pada lelaki itu.
ʻʻFiq! Jom kita breakfast?ʼʼ
Sumber:Internet